Friday, December 13, 2013

Bantuan Mangsa Banjir Oleh Team Klezcar

Alhamdulillah kami diberikan kekuatan, diberikan rezeki utk dikongsi. Setiap rezeki yang diterima, ada terselit rezeki org lain.

Kami berjaya mengumpulkan dana rm10760 dlm masa 1 hari, jutaan terima kasih kpd semua partners kezcar yang menyumbang. Terus kan semangat ini, jgn biarkan usaha ini terhenti.

Kami mula shopping barangan utk diagihkan kpd mangsa banjir. Tapi barangan apa yg diorang perlukan?  Sy tgk kat fb ada skuad bantuan banjir di jerantut. Sy call diorg utk mendptkan nombor tel skuad banjir kuantan.

Sy berckp dgn en halim. Dia beritahu yang air di kuantan mulai surut dan sudah ramai yg pulang kerumah. 70% rumah di tenggelami air. Habis barangan di dlm rumah musnah sama sekali. Masyaallah sedikit ujian dari yg maha esa.

Atas penjelasan beliau, maka kami membuat keputusan utk menghulurkan bantuan seperti beras, gula, susu, periuk nasi, keetle, baju, pampers dan beberapa barangan lain.

Jam 3am kami memulakan perjalanan kami ke kuantan. Insyaallah subuh nanti kami akan tiba ke destinasi.





5 comments: