Friday, December 27, 2013

#Free Sharing Oleh CEO KLezProperty, Tuan Kay Mustafa

Mungkin ada kawan-kawan diluar sana yang tidak aware lagi akan kewujudan Free sharing yang pihak KLezCar dan KLezProperty organize. Matlamat utama pihak kami adalah untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada masyarakat di luar sana dengan percuma.

Apa yang akan kami kongsikan didalam sesi free sharing ini?
Kami akan kongsikan pengalaman kami, pengetahuan kami, cerita kami, nasihat kami di dalam bidang yang kami mahir kepada orang ramai.

Berapa kos atau yuran pendaftaran?
Free sahaja. Tak perlu bayar apa-apa pun. Dtg dan dgr sahaja.

Kenapa Free? Ni mesti ada udang di sebalik mee..
Ini adalah sumbangan CSR kami kepada masyarakat umum. Ilmu yang kami ada ini harus dipanjangkan supaya ianya memberi kami sedikit bekalan ketika kami bergelar arwah.
Semua kos seperti dewan, elektrik dan air disponsor sepenuhnya oleh pihak KLezCar dan KLezProperty. Semua ahli di dalam team ini terlibat secara langsung.

Ni mesti nak upsale atau menjual apa2 produk ni kan?
Syarat utama yang pihak kami kenakan kepada semua speaker adalah ianya mestilah TIADA apa-apa unsur menjual produk/servis yang ditawarkan. Ianya mestilah berkonsepkan memberi pengetahuan secara percuma kepada masyarakat umum tanpa ada apa-apa niat yang terselindung.

Bila free sharing ini diadakan? ada jadual?
Free sharing yang kami anjurkan akan dibuat pada hari Ahad. Kami cuba untuk mendapatkan kerjasama dari pihak-pihak tertentu supaya dapat menjadi speaker tanpa apa2 bayaran.
Buat masa ni, kami meletakkan target yang free sharing ini akan diadakan setiap 2 minggu sekali pada hari Ahad.
Dan pada ketika ini, kami tidak mempunyai jadual tetap berkenaan dgn sesi yang seterusnya. Apa yang anda boleh lakukan adalah dgn klik LIKE di FB page KLezCar dan KLezProperty. Semua info kami update di page ini.

Kat mana tempat free sharing?
Kami adakan sesi free sharing di office KLezcar. Bole klik http://klezcar.com/location.php

Topik apa yang dibincangkan?
Berdasarkan pada free sharing yang lepas, lebih kurang 9 sesi kali telah adakan, antara topik yang disentuh adalah:
- Basic property investment
- Financial management
- Income Tax
- Auction properties
- Bisnes kereta sewa
- Beraninya aku berhenti kerja

Siapa speaker (penceramah)?
Yang pernah bersama dengan kami untuk menjadi speaker adalah:
- shafie bustan (pie2020)
- kay mustaffa
- AF ZA (CEO KLezCar)
- Syahroll
- Khairul Adha
- Hassan Azahari
- Mohd Waqiyuddin
- saya sendiri.

Sesi yang terhampir adalah pada 29Dec2013, Ahad jam 10am-12pm.
Speakernya adakah CEO KLezProperty, Tuan Kay Mustaffa.

________________________________________________________________________________
Salam.
FREE SHARING DATANG LAGI.
di bawakan khas dari KLezproperty.com/KlezCar.com datang lagi!!

Tajuk: INCOME dari Hartanah ~ My Way
Tarikh: 29 Dec 2013, AHAD.
Masa: 10am - 12pm
Speaker: Tuan Penasihat
Tempat: http://www.klezcar.com/location.php
Fee: kan free sharing, so FREE la.

Ianya sesuai kpd mereka yang BARU nak belajar bagaimana nak create INCOME/CARI PENDAPATAN TAMBAHAN/BINA SALURAN PIPE/CARI DUIT SAMPINGAN/NEWBIE/TERTEKAN DENGAN KENAIKKAN HARGA BARANGAN bagaimana hendak mendapatkan income dari hartanah melalui keadaan yang telah tuan penasihat buat.

BUKAN TEORI tapi PRACTIKAL..menjana serendah dari rm50.00 ke rm1,000.00 melalui bidang ini tanpa berhenti KERJA.PART TIME sahaja.Khas untuk NEWBIE SAHAJA.yang dah OTAI tu tak payah datang..kan tanya banyak2 pulak..bagi peluang kat orang lain dapat sharing percuma...hehehe..

Bukan MLM,FREE SHARING bagi membantu rakan-rakan berdepan dengan kenaikkan harga barangan dan KOS SARA HIDUP yang tinggi akibat tindakan pihak pemeritah..Anggaplah satu alternatif bagi meningkatkan pendapatan BULANAN.

So semua dijemput hadir yer.
Seperti biasa, kerusi ada 40 shj. 

_________________________________________________________________________________








Friday, December 20, 2013

Undercon: D'Sara Sentral

Wow.. Lokasi yang ni memang superb, Class A. Tu bagi aku lah, berdasarkan penilaian lokasi dan faktor2 yang mengagumkan aku, so aku class A.

Mahunya tak A, bangunannya bersambung terus dgn MRT station, pengangkutan awam yg lain macam bas dan teksi tu takyah duk citer la, memang ada jer. Bersebelahan dgn Kota Damansara plk tu. Harga rumah area tu memang dah naik mencanak-canak.

Lokasinya dah matang, ada semua kemudahan dan fasiliti di kawasan sekitar.
Design dia plak cukup lengkap dgn Retail shops, 1 block SOVO, & 4 blok of serviced apartments.

Yang nak bali buat office pon boleh, yang nk tinggal sendri pon boleh, yang nak peram 5 tahun lagi la boleh sementara nk tunggu ianya btl2 ranum.

Pasal developer plak, developer ni dah memang satu gergasi kat malaysia, Mah Sing. 

Otai Faizul Ridzuan dan Ahyat ada bg free talk kat sana pada ahad ni jam 1-3pm. Bagi korang yang nak gi usha tips2 investment secara percuma, boleh la pegi sana. Siap ada free gitf lagi utk 100 peserta yg awal.

Lain-lain info korang boleh usha kat website http://www.dsara-sentral.com.my/#home







Friday, December 13, 2013

Bantuan Mangsa Banjir Oleh Team Klezcar

Alhamdulillah kami diberikan kekuatan, diberikan rezeki utk dikongsi. Setiap rezeki yang diterima, ada terselit rezeki org lain.

Kami berjaya mengumpulkan dana rm10760 dlm masa 1 hari, jutaan terima kasih kpd semua partners kezcar yang menyumbang. Terus kan semangat ini, jgn biarkan usaha ini terhenti.

Kami mula shopping barangan utk diagihkan kpd mangsa banjir. Tapi barangan apa yg diorang perlukan?  Sy tgk kat fb ada skuad bantuan banjir di jerantut. Sy call diorg utk mendptkan nombor tel skuad banjir kuantan.

Sy berckp dgn en halim. Dia beritahu yang air di kuantan mulai surut dan sudah ramai yg pulang kerumah. 70% rumah di tenggelami air. Habis barangan di dlm rumah musnah sama sekali. Masyaallah sedikit ujian dari yg maha esa.

Atas penjelasan beliau, maka kami membuat keputusan utk menghulurkan bantuan seperti beras, gula, susu, periuk nasi, keetle, baju, pampers dan beberapa barangan lain.

Jam 3am kami memulakan perjalanan kami ke kuantan. Insyaallah subuh nanti kami akan tiba ke destinasi.





Thursday, December 12, 2013

Ebook: Mudahnya Beli Rumah

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah dgn izinNya saya merasmikan pelancaran ebook saya yang pertama bertajuk "Mudahnya Beli Rumah".

Ebook ini di jual pada harga rm10.
Pembayaran boleh di buat kepada mana-mana akaun di bawah:

i. BANK ISLAM 12029010045695 
(Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha).

ii. Maybank 5082 2521 5570
(PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN)

iii. Mana-mana pusat jagaan anak yatim yang memerlukan bantuan.

Setelah pembayaran selesai, sila emel kepada ebook@klezcar.com
Link akan dihantar kepada emel anda dalam masa 24jam.


Cover Ebook

Monday, December 9, 2013

Tips Financial Management

Pengurusan kewangan adalah satu benda yg penting dan mustahak. Jgn kerana terikut ikut arus kehidupan kawan2 sekeliling menjadikan kita hamba kepada kereta.

Kehidupan bergaya dan berjenama mmg stylo. Tapi jika ini yg menjadi pilihan anda maka anda silap, melainkan status kewangan anda sudah teramat mantap.

Ramai kawan2 yang seusia saya mengeluh bila tarikh keramat iaitu tarikh gaji masuk tak muncul2. Sampaikan ada yg terpaksa berikat perut, ada yang terpaksa dtg kerja naik motor sedangkan Toyota Wish lah yang menjadi kebanggaan nya.

Kita tak perlu untuk menjadi hebat dan bergaya di mata orang lain.
Pakaian yg berjenama, kereta besar, jam tangan yg mahal, handphone yg canggih, ini semua tidak menunjukkan yg anda seorang yg hebat dan bergaya pun.

Sekadar ingatan kpd diri aku sendiri dan buat kawan2 yg lain.

Saturday, December 7, 2013

RM800,000 di dalam Laci Almari Part II

Cerita ini merupakan kesinambungan dari cerita yang lalu, sila baca m800000 di dalam laci almari Part I

Sudah hampir 2 tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Selalu la jugak bila aku bersama dgn kawan2 lama yg kenal dia, aku ada jugak bertanya perkembangan terbaru mengenai kawan aku ni. Tetapi tak ramai yang mengikuti perkembangan dia menyebabkan kami semua tidak tahu akan berita terbaru.

Tak kisah la semua tu, aku tetap meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Sabtu yang lalu, jam 1.30am telefon aku berdering. Saper la yang duk call aku malam buta ni, nombor yang tidak dikenali muncul di skrin hanset aku. Ni mesti customer yang nak menyewa homestay kat Tiara Beach Resort ni. Aku menjawab panggilan tersebut walaupun aku dibuai lena mimpi sebelum terjaga akibat deringan telefon.

"Assalamualaikum, Shahril ni aku ni"
"Wslm, Aku mana ni? tak cam pulak aku sbb nombor ni aku tak pernah save"
"Bengong nate ni, ni aku la, Mr X"

Tak pasal2 aku kena bengong sebiji. Tapi kalau org kelantan yg dah berkenalan lama, perkataan begini biasa ajer dan tiada langsung mengguris perasaan.

"Hah, orang kaya Mr X rupanya, apa citer ni call aku masa ni. Ni waktu tidur la?"
"Gini, aku nak sewa kete la esok tghari. Nak gi amik wife aku kat Kedah"
"Bukan ke ko ada BMW dan Honda, nak sewa kete aku buat apa lagi? Kete aku semua dah habis la, maklumla weekend."
"Tolong la ejas sbiji utk aku, tak kisah la kete apa pun, janji bole samapai ke Kedah jer, Nanti esok aku citer kat ko apa yang jadi. Tak best citer dlm telepon ni"

Kesian la plak aku dengar suara dia merayu.
"Takper la, nanti aku ejas Myvi. Tapi ni bukan kete aku, aku kena amik kete dari branch Klang"
"Ok terima kasih ril. Esok pkl 3ptg aku gi amik kete. Nanti bg alamat opis ko"
"Ok beres. Jumpa esok, Kalau aku tak ada, nanti staff aku yang akan bg kete kat ko"
"Ish jgn la, aku nak jumpa mata ko. Tolong la"
"Pulak dah, ok2. Nanti aku ejas masa aku"

Apasal plk Mr X ni tetiba jer nak sewa kete ngn aku, setahu aku dia ni mewah jer sebelum ni, ada BMW, ada honda. Tak kisah la, esok jer la jumpa dia.
Esoknya jam10am dia call lagi utk konfirm kan kete ada atau tak, aku cakap ada. So pkl3 jumpa kat opis. Set.

Petang tu hujan. Dia sms aku bgtau dia lambat skit sbb hujan, dia naik motor.
Pkl 330 dia muncul kat opis klezcar. Siap isi semua dokumen, aku turun tunjukkan kete.
Dia ajak minum air, nak sembang2 ngan aku. Aku on ajer.

Ayat pertama yang keluar dari mulut dia setelah kami duduk di kedai mamak adalah
"Aku jatuh, aku kena berat. Habis semua yang aku ada sebelum ni hilang sekelip mata".

Wah, ini dah kes berat ni. Terus terang aku cakap, sepanjang 13 tahun aku kenal dia, ni lah kali pertama yang aku yakin dia bercakap benar dan ikhlas, dari anak matanya aku nilaikan.

Nov2011, bermulanya zaman kejatuhan dia.
Share yang bernilai rm1juta bertukar menjadi rm0.10 sahaja. Mak ai, penangan saham, betul2 kena terajang ni. Aku ni bukannya reti sgt bab2 share ni.
Duit yang dia ada dlm share tu adalah lebih dari rm1juta. Sekanrang bertukar menjadi rm 10sen jer.

Dia ada 4 akaun bank, minima 1 akaun ada rm2juta. So 4 akaun dah jadi rm8juta kan. Pergh banayak tu. Cukup makan sampai ke mati tu.
Bila dia gagal dlm saham, dia bukak kedai makan. Kena tipu dengan tukang masak.
Dia bukak lagi kedai ketuk dan cat kereta, partner dengan kawan baik dia masa kat universiti. Pun kena tipu jugak.

Beberapa bulan dia tidak bekerja, hanya makan dari simpanan yang sedia ada aje. Pada aku duit rm8juta tu dah lebih dari cukup. Jika expenses 1 bulan rm10k, dengan duit rm8juta, boleh survive 66.6 tahun baru habis duit tu. 66 tahun tu, jika umur sekarang 30 tahun, maka pada umur 96 tahun, baru habis duit tu. Tu kalau rm10k, kalau bole jimat jadi rm7k, dah jadi berapa ratus tahun.

Pada aku, rm7k utk kehidupan di kampung sudah mencukupi. Sedangkan pak guard yang bergaji rm1k pon boleh hidup apa.
Tapi kuasa Tuhan tiada siapa yang boleh duga, dalam masa 1 tahun, duit rm8juta lesap begitu sahaja. Aku ada tanya ke mana duit tu pergi? adakah dia setup bisnes lain atau dia invest skali lagi kat saham? tapi dia cakap dia tak ada setup atau invest lagi. Hairan bin ajaib. Dia sendiri pun hairan juga.

Pernah satu ketika, beras di rumah sudah habis. Hanya ada tepung sahaja, anak dan isteri dia terpaksa makan cekodok shj untuk 2 hari berturut-turut. Allah, tersentap hati aku.

Kenapa semua ni boleh berlaku sekelip mata sahaja?
Dia dapat rumuskan yang sumber pendapatan yang dia peroleh sebelum ini adalah dari sumber yang tidak berkat. Saham yang dia invest tidak mematuhi syariah. Mana taknya, jika saham yang patuh syariah, hanya berpotensi dapat 20% shj, tapi jika saham yang konvensional ni ianya berpotensi utk dapat sehingga 50% profit.Lagi pulak komisyen yang dia dapat bagi seorang remiser lagi byk.

Sekarang baru dia sedar. Sedar setelah terkena. Tapi alhamdulillah, Tuhan masih sayang pada dia, Tuhan memberi dia kesedaran dan peluang utk berubah sebelum ajal menjemput dia.

Satu cerita yang dikongsikan kpd aku.
"Seorang pemuda sedang mencangkul tanah. Tiba-tiba sekeping rm50 jatuh ke tanah, diambilnya rm50 tadi dan disimpan di dalam poket. Teruskan mencangkul lagi. Tiba-tiba sekeping rm50 jatuh lagi ke tanah, diambilnya rm50 tadi dan disimpan di dalam poket. Teruskan mencangkul lagi. Kali ke tiga, tiba-tiba batu jatuh atas kepala pemuda tersebut, terus pandang ke atas, mencari punca dari mata batu ini jatuh."

Apa pedoman yang boleh diambil dari cerita diatas?
Manusia ni bila mendapat kesenangan dan kemewahan, tidak ingat akan Dia. Bila dah sakit, bila dah terkena, barulah pandang ke atas dan ingat kepada Dia.

Mr X mencari kerja, akhirnya mendapat kerja dengan satu syarikat pembinaan dgn gaji rm5k. Alhamdulillah dia mampu utk menyara keluarga dia semula. 90% dari jumlah gaji yang diperoleh nya, dia beri kepada isteri dia untuk perbelanjaan keluarga. Dia hanya gunakan 10% utk minyak motor dan makan tghr.

Acap kali dia terpaksa mengikat perut disebabkan begitu beharganya duit kepadanya sekarang. Acap kali santapan tengaharinya dengan roti dan air kosong. Acap kali juga air kosong itu digantikan dengan air paip semata-mata utk jimat rm20sen.

Pesanan dia kepada aku. Carilah rezeki di jalan yang Allah redhai. Janganlah menjauhkan diri denganNya. MasyaAllah.


Monday, December 2, 2013

RM800,000 Di Dalam Laci Almari

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Tuhan masih meminjamkan nafas, masih memberi aku kesempatan untuk berkongsi cerita, semoga dengan cerita ini dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita agar kita senantiasa meningatiNya.

Petang tadi aku berjumpa dengan kawan lama aku, yang aku kenali dia semenjak tahun thn 2000 lagi. Aku jarang berjumpa dgn dia, tak rapat sgt aku dgn dia sbnrnya.

Habis jer belajar, dia dapat kerja dgn kerajaan, gred 17 shj. Tapi dia ni pandai berkata-kata, orang cakap dia ni bermulut manis. Dia berjaya mencari rezeki dgn kelebihan yang dia ada. Dia sempat merasai kejayaan di dalam dunia multilevel. Pernah dia ajak aku dulu-dulu, tapi maaf la aku tak nak. Hehe.

Dunia multilevel dia tinggalkan setelah 2 tahun dia berkecimpung di dalam arena tersebut. Dia nampak peluang di dalam dunia saham pula. Dia menjadi seorang Remiser. Alhamdulillah rezeki anak-anak dia, dia berjaya sekali lagi di dalam arena saham ini. Dia antara nama hebat di dalam dunia saham ini.Transaksi yang dibuat bernilai puluhan juta.

Komisyen yang diterima mencecah rm50k sehari. Kalau dapat rm10k sehari tu dah dikira sedikit. Wang kertas bernilai rm50 diibaratkan sebagai rm50sen shj baginya. Duit di dalam laci almari RM800,000. Pernah di taburnya duit di atas meja makan sebanyak RM500k.

Rezeki yang dilimpahkan oleh yang maha esa amat murah ketika itu. Sehinggakan dia lupa, dia lupa kepada si pemberi rezeki. Hidup dikelilingi oleh kemewahan yang teramat sangat. Kereta mewah sebanyak 7 biji. BMW 4 biji. Bulan Sept keluar BMW baru, bulan Nov dah pegi beli RX8 pulak.

BMW yang dia beli beharga rm350k. Model mana satu pon aku tak tau.

Print bank statement bawak ke used car, used car rekemen supaya beli Ferrari model baru yang beharga rm2.4j. Kemewahan yang dirasai di usia belum mencecah 30tahun lagi. Tu baru print 1 bank bank jer. Dia ni ada 4 bank dan purata duit yang ada di dalam setiap akaun adalah rm2j. Nak pengsan aku dengar.

Kesemua kad kredit yang dimilikinya berstatus Platinium.
Setiap kali pergi ke bank, dia akan menerima layanan kelas VIP. Pengeluaran wang tidak dilakukan di kaunter sebagaimana aku dan orang ramai yg lain.



Sebut ajer nak apa, semua dibelinya. Pernah di bawanya duit rm30k di dalam poket, untuk shopping di low yatt. Tapi pulang dengan tangan kosong, tiada satu pun di belinya, ini kerana semua benda dia dah beli, sebut jer gajet apa, imac, ipad, ipod, laptop paling canggih, semua dia dah beli. Ipad sekali beli 5 unit, bagi kat anak setiap satu.

Bangga aku dengan kejayaan dan kekayaan yang dia miliki. Personally aku belum pernah lagi ada kawan yang dah lama aku kenal, yang berasal dari keluarga sederhana kini memiliki kehidupan yg serba mewah.

Cerita ni belum selesai, akan aku sambung di post yg berikutnya.