Monday, November 25, 2013

9 Sebab Kenapa Perlunya Berkumpulan Di Dalam Bisnes

Kenapa perlunya kita berjemaah? Kenapa perlunya kita bekerja dlm kumpulan?
Tak boleh ke nak kerja sorang2? Kan lg sng nak decide apa2 keputusan.

Keupayaan seseorang utk manage sesuatu benda dilakukan bersendirian memang tidak dinafikan. Ada jer yg MAMPU mengharungi ranjau bisnes bersendirian. Ada juga yg tak mampu, mereka ini memerlukan dorongan, semangat, aura dari team yg lain utk menaikkan bisnes mereka.

Byk benda yg aku belajar sepanjang 10bulan aku bergiat secara aktif di dlm group klezcar.  10bulan mmg satu masa yg singkat utk aku katakan aku dah lalui macam2. Tp dengan 10bln ini aku rs aku mampu berkongsi sedikit idea dan cerita.



Knp pentingnya group:

1. SUPPORT.
Setiap ahli di dlm kumpulan akan memcuba yg terbaik utk memberikan sokongan terhadap ahli yg lain. Org luar mungkin boleh memberikan support kpd seseorg itu, tetapi tahap mana atau sejauh mn support itu diberikan mungkin berbeza.

2. AURA.
Aura yang positif akan memberikan kesan yang positif kepada anda. Bagaimana mungkin untuk anda mendapatkan aura yang positif yang lahir dari kalangan orang yang positif jika anda tida bersama dgn mereka?

3. TRUST.
Transaksi bisnes yang mencecah ke amount yang besar seperti ratusan ribu atau jutaan ringgit memerlukan trust level yang agak tinggi. ianya menjadi lagi mudah dan senang jika kita lebih mengenali secara dekat seseorang itu.

4. VISIBILITY.
Manusia lebih mudah ingat apa yang dia SELALU nampak, yang selalu muncul di hadapan matanya. 

5. MENAIKKAN SEMANGAT.
Dalam dunia bisnes, kerap kali kita down. Dan masa kita down inilah kita memerlukan seseorang untuk menaikkan kembali semangat juang kita. Hanya orang yang sama dalam bidang bisnes shj boleh memahami dgn dalam bagaimana kawan mereka dlm ketika dia down.

6. PEMBELAJARAN.
Ianya menjadi satu topik baru, info yang baru setiap kali kita bersama dgn kumpulan. Ada shj input yang baru yang kita tak pernah tahu atau yang kita buat2 tak tahu sebelum ini.

7. HARAPAN.
Agak susah aku nak elobrate point ini. Tapi harapannya setinggi gunung. Harapan apa? Aku tak boleh nak jelaskan. Tak reti untuk di taip.

8. BUSINESS GROWTH.
Kawan A dah melangkah ke level yg seterusnya, perasaan DENGKI dan ingin mengatasi kawan A membuak-buak. Menyebabkan anda terpaksa bekerja lebih keras dan kreatif untuk menyaingi kawan A. Ianya sikap yg bagus tapi jangan lah sampai santau, bomoh plk. Tanya jer si A tu bagaimana dia buat, apa teknik yang digunakannya, insyaallah dia akan bagitau. Amalkan persaingan yang sihat.

9. CONNECTIONS.
Aku tak tahu siapa kenalan si A. Jika aku berkawan rapat dgn si A, secara tidak langsung kenalan luar si A akan aku kenal. Begitu juga sebaliknya. Networking amatlah penting bagi seorang bisnesman. Dan cara yang paling senang untuk mendapatkan connection adalah dgn 'berkawan'.








1 comment: