Monday, October 21, 2013

Free Sharing Pasal Property oleh Pie2020, Izwan dan Shahril Sidek

Semalam, 20hbOct2013 jam 10am berlangsungnya satu lagi majlis perkongsian ilmu hartanah oleh beberapa otai hartanah malaya iaitu pie2020 dan Izwan. Sesi kali ni ada sedikit perbezaan dari free sharing kami yang sebelum ini.

Dalam sesi kali ini, kami telah kongsikan kpd peserta mengenai satu projek undercon yang kami sendiri fikir ianya berpotensi. Tapi satu amaran keras aku sudah bagi, jangan terikut ikut otai2 atau sifu2 beli. Cthnya jika otai ni beli projek A, dan korang pon follow jugak, beli jugak projek A. Mesti la korang fikir yang projek tu bgs sbb tu otai ni beli. Tapi korang telupa plak pasal apa stratergi si otai tu. Dia punya holding power tu sama kuat ker dgn korang? Mungkin otai tu target nk flip slps 5 tahun. Jadi dlm masa 5 tahun tu kalau x der penyewa atau kadar sewa tak boleh nk cover installment, bagi dia tak ada mslh. Tp adakah masalah ini memberi kesan yg berbeza kpd korang?

Sila ukur baju di badan sendiri. Study dl kemampuan diri dan setakat mana risiko yang korang sanggup hadapi jika ianya tak menjadi spt yg korang plan.

Semalam full house beb. Seat aku beli dulu 40 biji shj. So aku dah pesan kat pie dan izwan supaya terima max 40 org shj. Sekali yg dtg tu kat 50 org. Ni lah bilangan yang terbesar yang pernah dtg ke opis aku setakat ni. Nasib baik ada kerusi plastik dan kerusi opis aku kat luar tu. Speaker plak terpaksa duk atas lantai. Hehe. Apa pun aku ucapkan selamat maju jaya dan semoga ilmu yang kami kongsikan berguna kepada anda semua.

Majlis bersurai pkl 2pm, lps tu ada gak yg join kami lunch kat kedai depan opis klezcar ni. Sedut selagi boleh yer. X per, x kisah pon.



2 comments: