Monday, October 21, 2013

Free Sharing Pasal Property oleh Pie2020, Izwan dan Shahril Sidek

Semalam, 20hbOct2013 jam 10am berlangsungnya satu lagi majlis perkongsian ilmu hartanah oleh beberapa otai hartanah malaya iaitu pie2020 dan Izwan. Sesi kali ni ada sedikit perbezaan dari free sharing kami yang sebelum ini.

Dalam sesi kali ini, kami telah kongsikan kpd peserta mengenai satu projek undercon yang kami sendiri fikir ianya berpotensi. Tapi satu amaran keras aku sudah bagi, jangan terikut ikut otai2 atau sifu2 beli. Cthnya jika otai ni beli projek A, dan korang pon follow jugak, beli jugak projek A. Mesti la korang fikir yang projek tu bgs sbb tu otai ni beli. Tapi korang telupa plak pasal apa stratergi si otai tu. Dia punya holding power tu sama kuat ker dgn korang? Mungkin otai tu target nk flip slps 5 tahun. Jadi dlm masa 5 tahun tu kalau x der penyewa atau kadar sewa tak boleh nk cover installment, bagi dia tak ada mslh. Tp adakah masalah ini memberi kesan yg berbeza kpd korang?

Sila ukur baju di badan sendiri. Study dl kemampuan diri dan setakat mana risiko yang korang sanggup hadapi jika ianya tak menjadi spt yg korang plan.

Semalam full house beb. Seat aku beli dulu 40 biji shj. So aku dah pesan kat pie dan izwan supaya terima max 40 org shj. Sekali yg dtg tu kat 50 org. Ni lah bilangan yang terbesar yang pernah dtg ke opis aku setakat ni. Nasib baik ada kerusi plastik dan kerusi opis aku kat luar tu. Speaker plak terpaksa duk atas lantai. Hehe. Apa pun aku ucapkan selamat maju jaya dan semoga ilmu yang kami kongsikan berguna kepada anda semua.

Majlis bersurai pkl 2pm, lps tu ada gak yg join kami lunch kat kedai depan opis klezcar ni. Sedut selagi boleh yer. X per, x kisah pon.



Tuesday, October 15, 2013

Salam AidilAdha

2 hari sblm Aidil Adha Tuhan telah menjemput nenek sedara aku. Seorang OKU ( bisu) yg mengidap barah payudara. Dia pergi dgn senang, pd jam 12 tghr dia mengarahkan adiknya utk membaca AlQuran kpdnya dgn menujukkan kitab tersebut. Selesai membaca Yasin, dia menghadap kiblat dan pada jam 235pm, dia pergi meninggalkan  kami semua. Arwah dikebumikan jam 630pm. Hujan renyai2 mengiringi jenazah. Semoga arwah di letakkan bersama dgn org2 yg beriman.

 Tahun ni seperti biasa, aku dikurniakan rezeki utk membolehkan aku mengerjakan ibadah qurban. Antara topik hangat masa begini adalah harga lembu atau lebih tepat lg harga 1 bhgn lembu. Ada yg harga mencecah rm550 satu bhgn. Ada yg murah rm350 jer. Tgk la size lembu dan harga lembu tu.

Pada aku, tak kisah la harga nya rm550 ke, rm350 ke, janji kita mampu. Angka rm550 yu bknnya bsr sgt pon. Jika dibahagikan rm550 kpd 12 bulan, baru rm45.83 sebulan. Dgn rm46 sebulan tu, br menyamai dgn byrn bil letrik jer. Setahun sekali jer kita qurban ni. Personally aku agak sensetif psl qurban ni. Sedangkan hp note3 boleh beli, takkan la nk qurban 1 bhgn pon berkira. Kang Allah berkira plk ngn kita ms Dia nk bg rezeki kat kita kang,  kita jugak yg susah.

Tp ada ramai gak kwn2 aku yg buat keputusan last minute menyebabkan diorg x dpt berqurban. Semua masjid dan surau sudah full. Orang persorangan pon full jugak. Dah x der lembu dah. Jadi kena la plan awal skit. Biasanya apa yg family aku praktikkan, lps jer raya puasa trs pegi booking dgn org yg organize qurban ni. Booking trs brp bahagian yg nak. Jika cukup korum, amik trs sekor lembu.  Lembu tu mmg utk family aku jer. Sng skit.
Jadi kpd yg terlps peluang tahun ni, tahun dpn sila buat tempahan awal skit. Jgn last minute kang terlps lg.

Penat tp puas hati.. seharian duk layan daging. Jika dl bila tang perut jer, mmg aku dan sepupu aku la yg jd mangsa utk settlekan. Skrg ni bila dah besar, job tu turun kpd sepupu yg bwh aku plk. Generasi pelapis baru. Hehe.






Wednesday, October 9, 2013

Seminar Hartanah + Kereta Sewa = Convention FREEDOM

Pada Ahad yg lalu aku ada buat satu free sharing session mengenai hartanah bertempat di ofis KLezcar. Ianya percuma shj. Tak kena bayar apa-apa pon. Ada jugak yg tanya aku kenapa buat percuma, rugi la. Apa lak yg nak dirugikan. Dewan free jer aku dapat, ianya fully sponsored by KLezCar. So aku tak ada kos kat situ, kerje aku sembang jer.

17 org jugak la yg dtg. Dikalangannya ada yg masih lg bljr, student, ada yg buat bisnes kete sewa pon ada, ada jugak otai yg dtg sbg pemerhati, hehe.. Apa pun aku amat berterima kasih pada semua yang hadir mendengar celoteh aku.

Sharing session itu jugak sebagai aku punya warm up session kepada Convention Freedom yang akan dilangsungkan pada 9 dan 10 Nov13, lokasi di sekitar KL.

Antara kekuatan yg ada pada Convention Freedom ini adalah:
1. Mengumpulkan 6 otai hartanah malaya. Masing2 pakar dalam jurus masing2.
2. Menggabungkan sekali dengan Rahsia Bisnes Kereta Sewa. Kenapa bisnes kereta sewa yang jadi pilihan penganjur? Ada 'beauty' nya bisnes ini. Nanti dalam masa convention nanti kami akan kongsikan.

Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana caranya kami mampu mengecapi FREEDOM di usia muda. Kami mampu, anda juga mampu. Insyallah kami akan tunjukkan jalannya nanti.

harganya adalah harga mampu milik. RM399 (early bird) sahaja utk 2 hari punya event. Siap dapat door gift lagi yang beharga hampir rm100. Penyertaan dalam kumpulan lagi jimat beb, kalau register 2 atau 3 orang dah jimat rm100-200.

sila register sekarang utk mendapat harga early bird, sebarang penyertaan pada bulan Nov, harganya kembali kepada harga asal iaitu rm599.

Korang usha la dlm website http://www.conventionfreedom.com


Jgn lepaskan peluang ini. ianya pertama kali diadakan di malaysia. 

Tuesday, October 1, 2013

New Project: Urbana Residence

Kebelakangan ini aku mula mendapat info mengenai New Project for Soho unit. Yang agak menarik pasal projek undercon ni adalah jika siap jer projek tu, average capital appreciation bg setiap unit adalah lebih kurang 30%. Ada jugak sesetengah unit tu hampir 50% kenaikannya dlm masa 3-4 tahun shj.

Nak2 jika dapat projek yang DIBS kan, lagi la syok sbb dlm masa 3 tahun tu x perlu bayar interest kat bank pon. Tapi kena buat study betul2 pasal lokasi dan harga. Bagi aku LOKASI adalah yg paling utama, dari segi harga plak jika ianya mahal sedikit berbanding projek2 ianya tak adalah memberikan impak yg besar sgt.

Ok la, ni info yg aku baru dpt smlm. Tak sempat nak update smlm sbb tgh sibuk melawat JB. Dia punya Danga Bay dah mula naik byk soho. Sampaikan aku nk tgk pantai pon dah ssh dari main road.

Kawan aku yang dah femes dlm bidang property ini Faizul Ridzwan akan ada slot speaker utk share psl properties investment pada:

Time : 10.30am
Date : 5th Oct 2013
Lokasi : Urbana Sales Galery at Oasis Square Oasis Damansara
GPS Coordinates 3.114062, 101.573891
E-G-05, Capital 5, No.2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Oasis Damansara, 47301 PJ, Selangor.

Pada yang berkelapangan boleh dtg tapi kena register dl yer kat SINI

Apa kekuatan lokasi ini?
(Aku tak menjual unit ini, aku hny berkongsi pandangan dan info yg aku dapat. Sila buat study sendiri, jgn dgr bulat2 apa yg aku ataupun org lain citer)


1. 600meter jer ke Putra LRT. Jalan kaki jer la bukannya jauh sgt tu. Kang kalo naik kete, x sempat masuk gear 4 dah smp dah. Hehe.
2. Supermarket Citta mall pon dekat jer, dlm range 1km.
3. Hah yang ni lah ramai yg duk cari2, DIBS (Takyah bayar interest in next 3 years)
4. Early Bird discount. Ada rebate n bumi diskaun untuk yg beli awal.
5. Ada la jugak lampu kipas tu, Dah jimat rm1-2k nk pasang benda alah tu. Partly furnished with above average fittings
6. Free legal fee and SPA
7. Great location - Ara Damansara. Subang airport sebelah jer, nak ke usj pon dekat. sebelah tu jer dah highwat Federal ngn Elite.