Wednesday, September 18, 2013

KLezCar Melebarkan Sayapnya

Alhamdulillah.. kami berjaya membuka satu cabang baru utk klezcar iaitu KLezCarwash, satu perniagaan yang berasakan kepada car detailing.

KLezCarwash bukan fokus kpd hanya basuh kereta shj, kami lebih fokus kepada car detailing dan juga Auto Spa. Antara produk yang kami tawarkan adalah seperti cuci kereta, instant wax, car polish 3 layer, car waxing dan lain2 lagi.

Branch pertama KLezCarwash terletak di Shell usj7 dekat dengan Summit. Tapak ni kami beli dari owner lama yg sudah tidak mahu lagi meneruskan perniagaan carwash ini lagi atas beberapa sebab. Menurut beliau, masalah utama yg dihadapinya adalah pekerja.

Alhamdulillah syukur, kami dipermudahkan urusan, kami berjaya mendapat pekerja 3 orang dlm masa 3 hari. Dan carwash kami memulakan operasi yang pertama pd hari jumaat minggu lps.

Pertama sekali yang terlintas kat fikiran kami sebelum kami memulakan bisnes ini adalah bisnes ini mudah. Apa plak yg tak mudahnya, basuh kete jer pon.  Tapi sangkaan itu meleset. Ianya tidak semudah yang kami fikirkan apabila kami memulakan operasi. Apakah sukatan sabun yg diperuntukkan utk 1 biji kereta? Apakah aturan yang betul utk mencuci kereta?
Tu baru soal yg basic iaitu basuh kete, belum masuk bab treatment and detailing lg. Haru kepala otak aku duk mikir.

Duit dah invest, kedai dah beli, pekerja dah jumpa, nak tak nak kena cekalkan hati jugak teruskan jer apa yg dah dimulakan. Byk giler aku rasa aku nak citer pasal bisnes car wash ni. Nanti la, ada masa nanti aku citer yer.. Kalau korang nak bljr camner run bisnes ni pon boleh, x der hal punya.

KLezCarwash ini terletak di Shell USJ7. Senang jer nak cari, Summit sebelah kiri, terus ada traffic light, terus jer dlm 20 mtr slps trafic light tu ada Shell di sebelah kiri. Situ lah kami beroperasi.
Kepada kawan, sila la dtg basuh kete kat tempat kami yer. Insyaallah semalam kami baru sahaja memulakan kelas belajar treatment, polish dan detailing kereta. Lepas ni saper2 nak polish kete, boleh dtg polish kat sini yer.







2 comments:

  1. Car is a status symbol, if car get old and not looking good then use Car Polish to change a look of your car.

    ReplyDelete