Friday, September 27, 2013

Ebook Rumah Lelong - Terhangat Di Pasaran

Semua dah tahu rasanya yang tok guru aku dlm bidang hartanah ini adalah Shafie Bustan atau nama rempitnya pie2020. Tahun 2013 ini dia mula mengeluarkan beberapa ebook. Hasil pengalaman yang telah dilalui sepangjang 11 tahun bergelumang dlm kancah pelaburan hartanah ini.

Jika nk ditanya psl pengalaman dia dlm bidang ni, 4 hari 4 mlm pon x abis. Setiap unit yang dimenangi nya ada cerita yg tersendiri. Mesti ada satu peristiwa yang unik bg setiap unit yg dimenangi, cerita-cerita lucu di semasa proses ops pecah rumah, cerita-cerita gembira dpt free gift byk dlm rumah tu, cerita-cerita sedih sebab dpt rumah hancur dan byk lagi.

Proses A-Z dlm pelaburan rumah lelong dititik beratkan dlm ebook ini. Walaupon kebanyakan proses itu telah aku lalui dah telah aku ketahui, tetapi aku masih katakan yg ebook ini BEST, tahap gaban punya.

KLIK DISINI --> Ebook Sifu Rumah Lelong




Malas aku nk citer panjang psl ebook ni, aku nk gi byr bil handphone aku, aku lupa byr dah kena block dah. sorry jika aku x reply sms/wassap/call korang.


Wednesday, September 18, 2013

KLezCar Melebarkan Sayapnya

Alhamdulillah.. kami berjaya membuka satu cabang baru utk klezcar iaitu KLezCarwash, satu perniagaan yang berasakan kepada car detailing.

KLezCarwash bukan fokus kpd hanya basuh kereta shj, kami lebih fokus kepada car detailing dan juga Auto Spa. Antara produk yang kami tawarkan adalah seperti cuci kereta, instant wax, car polish 3 layer, car waxing dan lain2 lagi.

Branch pertama KLezCarwash terletak di Shell usj7 dekat dengan Summit. Tapak ni kami beli dari owner lama yg sudah tidak mahu lagi meneruskan perniagaan carwash ini lagi atas beberapa sebab. Menurut beliau, masalah utama yg dihadapinya adalah pekerja.

Alhamdulillah syukur, kami dipermudahkan urusan, kami berjaya mendapat pekerja 3 orang dlm masa 3 hari. Dan carwash kami memulakan operasi yang pertama pd hari jumaat minggu lps.

Pertama sekali yang terlintas kat fikiran kami sebelum kami memulakan bisnes ini adalah bisnes ini mudah. Apa plak yg tak mudahnya, basuh kete jer pon.  Tapi sangkaan itu meleset. Ianya tidak semudah yang kami fikirkan apabila kami memulakan operasi. Apakah sukatan sabun yg diperuntukkan utk 1 biji kereta? Apakah aturan yang betul utk mencuci kereta?
Tu baru soal yg basic iaitu basuh kete, belum masuk bab treatment and detailing lg. Haru kepala otak aku duk mikir.

Duit dah invest, kedai dah beli, pekerja dah jumpa, nak tak nak kena cekalkan hati jugak teruskan jer apa yg dah dimulakan. Byk giler aku rasa aku nak citer pasal bisnes car wash ni. Nanti la, ada masa nanti aku citer yer.. Kalau korang nak bljr camner run bisnes ni pon boleh, x der hal punya.

KLezCarwash ini terletak di Shell USJ7. Senang jer nak cari, Summit sebelah kiri, terus ada traffic light, terus jer dlm 20 mtr slps trafic light tu ada Shell di sebelah kiri. Situ lah kami beroperasi.
Kepada kawan, sila la dtg basuh kete kat tempat kami yer. Insyaallah semalam kami baru sahaja memulakan kelas belajar treatment, polish dan detailing kereta. Lepas ni saper2 nak polish kete, boleh dtg polish kat sini yer.







Wednesday, September 11, 2013

Free Talk Oleh Faizul Ridzuan

Siapa yang tak kenal akan penulis buku WTF, Faizul Ridzuan.
Siapa yang tak pernah pegi dgr talk dia? Biasanya kalau nak dgr talk dia ni, kena byr fee beratus-ratus jugak la.
Kali ni korang dpt dgr talk dia secara FREE.
Dia akan buat talk pasal properties pada Sabtu ni.. Details adalah seperti di bawah.

Venue : Gasing Hall, Level 2, Grand Bluewave Hotel, Bandar Shah Alam
Time : 11am
Boleh register untuk perkongsian hartanah daripada Faizul Ridzuan jam 11 sabtu ni di
http://www.studiofourteen.com.my/index2.php

Ianya bersempana soft launch satu projek baru. Hah, ni peluang beb kepada peminat undercon.
Yang dah lama duk usha projek baru yg nk soft launch, mungkin korang boleh consider jugak unit yang ni.
Projek ni diberi nama Studio Fourteen di Shah Alam.

Beberapa info yang aku tahu psl projek ni adalah:

Ianya studio 5-bintang yang merupakan pertama di pusat bandar Shah ALam di seksyen 14.
Ianya tak crowded sgt, tak sampai 200 unit, dan cuma ada 30 unit untuk dijual Sabtu ini. Saper cepat dia dapat.



Harganya lebih kurang dlm ~rm300k selepas tolak discount itu ini. Gaji mesti at least RM3000 untuk lepas loan!

Bayar RM5000 sebagai deposit. Takder la byk sgt..

Kalau korang nak tahu details psl projek ni, korang usha sendiri la kat website diorang.
www.studiofourteen.com.my/index2.php 

Anggaran sewa RM1700-RM1800 furnished. Kwsn yg di populasikan oleh pelajar dan jugak lecturer, minah2 kilang pon ramai jugak hehe.

Shah Alam mungkin akan dapat MRT, jadi pusat bandar Shah Alam akan benefit.
Last skali, mesti lah pihak penganjur ada sediakan makan minum beb, siap ada free gift skali


Aku sendri pon tak pernah beli lagi beli unit undercon ni, byk lagi nak kena bljr dari Otai FR ni..

Thursday, September 5, 2013

Open House pada 7Sept

Ramai yg tanya aku bila aku nk wat open house. Hah ni dah dah tiba masanya...
Tarikh dah set, 7Sept, Sabtu ni. Tapi open house ni bukan aku punya la. hehe.
Ianya anjuran IJM Land. Aku pegi makan jer..
Tahun ni byk sgt aktiviti yang aku kena monitor closely, tu yg x nyempat nk plan utk buat open house.

Tapi x per, korang jgn duk frust sgt, korang gi jer kat open house IJM Land ni. Byk aktiviti yg diorg dh set.
Antaranya adalah:
- Yg konfirmnya mestilah makan FREE dengan jamuan terbuka
- Ada juga persembahan komedy dari Harith Iskandar
- Persembahan nyanyian dari penyanyi Atilia
- Belajar property investment daripada FAizul Ridzuan, penulis buku “WTF? 23 hartanah sebelum 30”
- Layan prospect memiliki rumah bunglow pada harga kurang daripada RM500,000 di kawasan yang tak sampai sejam untuk ke KLCC, dekat dgn Jusco & Mydin, KTM, 6 sekolah, dan macam2.
- Dapat hadiah misteri
- Layanan VIP – Tour bus untuk melihat Bandar Seremban 2

Ramai gak kwn2 blogger aku yg lain nk turun, Insyaallah jika aku berkelapangan aku pon akan gi jugak sana.

Tapi kalo korang nk dtg, kena register dulu sebab tempat terhad – Hanya untuk 100 orang pertama sahaja yang SMS ROSLINDA at 013-338 2529 dengan maklumat berikut : Nama, Phone, email

Event details :

Lokasi : IJM Land Seremban 2 sales office – Dekat sebelah Jusco Seremban 2.

MAsa : Jam 5 ptg hingga 9 malam

Tarikh : 7 Sep 2013






Monday, September 2, 2013

Minyak RON95 naik RM0.20

Malam ini menyaksikan satu fenomena di setiap pam minyak di seluruh pelusuk tanah air. Rakyat Malaysia terutamanya yang bergolongan sederhana dan rendah berpusu-pusu ke pam minyak utk mengisi minyak penuh tangki gara-gara nak jimat rm0.20/liter.

Jika satu kereta mempunyai tangki yang bersaiz 40 liter, maka kenaikan RM8 setiap satu tangki penuh akan mengambil tempat. Bukannya banyak pon RM8.

Tapi apa yang boleh dibuat dengan RM8?
- Breakfast, lunch kadang2 pon dah rm10
- Full tank minyak motor utk ketempat kerja.
- tambang naik lrt/komuter.
- parking kete
- beli housing handphone kat pasar mlm.

Apa pulak kesan yang mungkin timbul?
-kenaikan harga barangan keperluan atas dasar kesemua barangan ini memerlukan kos transportation.
- harga teh tarik dan roti canai di kedai mamak.
- kenaikan harga servis (apa2 jenis servis yang ditawarkan). Jika dulu kos upah utk tukar minyak hitam dan oil filter rm5 shj, kini rm10.
- dan banyak lagi kenaikan lain menggunakan alasan minyak dah naik.