Thursday, August 8, 2013

Salam AidilFitri Dari ShahrilSidek.com

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan utk merasai nikmat Ramadhan yang baru sahaja melabuhkan tirainya, dan sekarang kita berada di hari kemenangan.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan, terkasar tutur bahasa sepanjang perkenalan kita. Sesungguhnya aku insan yang lemah.



Kepada yang pulang beraya ke kampung halaman, sila pandu dgn berhati-hati. tak perlu lah tergesa-gesa sehingga merisikokan keselamatan keluarga anda dan juga pengguna yang lain.

Aku akan pulang beraya di kangpung halaman, mana lagi jika tak negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan la beb. Aku pulang agak lambat sbb isteri aku masih bekerja.

Tentang kereta sewa plk, alhamdulillah semua nya keluar. Aku menetapkan syarat utk musim raya ni iaitu minima sewa adalah 1 minggu dan mesti ambil plg lewat 1 hari sblm raya. Bukannya apa, aku dan staf aku nak beraya. Masak gak aku kalau bagi org sewa 1 atau 2 hari jer musim ni, maunyer raya pertama belah malam tu kena pick up kete jer kerjanya.

Permintaan terhadap kereta sewa pada musim begini teramat menggalakkan utk semua jenis kereta, dari via hinggallah ke Alphard.

2 comments:

  1. selamat hari raya ya shahril..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat...

    ReplyDelete