Tuesday, August 20, 2013

Potensi Homestay Di Cameron Highlands


Tahun ni aku beraya sakan, aku cuti dari 7Aug – 18Aug, 11 hari aku cuti raya tahun ni. Setiap tahun aku dapat cuti raya walaupun masa aku kerja dulu, cuti raya sepatutnya hny dapat 2 tahun sekali, tapi nasib menyebelahi aku, aku dapat cuti raya jer tetiap tahun.

Tahun ni plak tahun pertama aku menyambut Hari Raya dlm status tidak bekerja. Tu pasal la aku sebat bercuti smp 11 hari.  Nasib baik bini aku pon dpt cuti pjg gak.  
Best giler rs bila jadi org yg tak perlu bekerja dlm ms 11 hari tu, Insyaallah 4 tahun lagi mudah-mudahan dpt pencen la.

Di penghujung cuti, pada weekend yg lps aku gi bercuti di Cameron Highlands, bawak 1 keluarga aku, mak ayah, family adik dan family kakak aku. Ada la dlm 8 org dewasa, 4 bdk2. Aku sewa homestay, malas nk duk hotel, jimat dan lagi selesa sbb boleh masak.

Homestay yg aku biasa menginap adalah di Puncak arabella, tanah rata. Harga 1 mlm rm250, kalau 2 mlm tu dia bg rm480. Ok la harga tu, sebab aku pergi pon ramai jugak. Aku call owner yg biasa aku deal, skali unit dia hny available utk 1 mlm ajer, aku nk 2 mlm. Aku minta tlg dia rekemen kan unit lain, dlm ms 15 min dia feedback, ada unit lain di blok H, tingkat1, cuma sizenya kecik skit tapi harga sama, tak kecik harga tu.

Aku ok ajer, asalkan kelengkapan rumah lengkap dan boleh masak. Aku bukannya nk bercerita pasal kegembiraan kami pegi petik buah strawberry yg berharga rm40/kilo sedangkan keesokan harinya tu kami singgah di pasar pagi harganya rm10/kilo shj (cuma bezanya yg tu kami petik sendri, yg ni dah siap petik tapi buah sama jer). Insyaallah ada masa aku akan kongsikan kehebatan service bangla di ladang strawberry.

Hijau, tenang jiwa aku..

Aku nk bercerita pasal potensi homestay kat sana. 2 hari aku duk sana, aku buat sedikit kajian. Cuti2 pon sempat buat research, dah mmg minat aku bab2 ni, nak wat camner. Aku call beberapa homestay kat sana, just nk tahu sm ada pada hari sabtu dan ahad tu unit diorg penuh atau kosong. Dari 10 yg aku call, 9 unit full sm ada full utk 1 hari atau utk kedua-dua hari, hanya 1 unit shj yg kosong utk sabtu dan ahad tu. 

Wow, giler jugak demand kat sini, padahal semua no tel tu aku amik kat sana jer, ada yg kat signboard tepi jln, ada yg tampal kat apt, ada yg letak kat tangga. Rata-rata harga 1 mlm kat sana antara rm200-250 utk 1 apt.

Aku sempat jugak bertanyakan beberapa penduduk kat sana, utk sublet mmg susah sbb majoriti owner akan run sewa harian (homestay) berbanding bg sewa bulanan. Dan sewa bulanan kat sana boleh mencecah rm1000 sebulan. 

Manakala unit tersebut juga dijual pada harga sekitar rm240k-270k utk apt keluasan mungkin 800sf. Unit ni owner beli dgn developer beberapa thn lps adalah rm88k shj, mungkin dah 8-10tahun kot usianya. Boleh tahan gak kenaikkan harga tu. 
Jika loan rm240k, installment dalam rm1100 sebulan. Campur dgn kos maintenance dan api air, mungkin cecah rm1500/bln. 

Jika unit tersebut mampu disewakan pada kadar rm250/mlm, ianya memerlukan 6 mlm utk break even. 6 mlm adalah agak tinggi bagi aku. Yang bestnya 2-3 mlm jer dah breakeven. 

Jadi penyelesaiannya kat sini yg aku nampak adalah, cari rumah yg harga jualnya adlah rendah, mungkin kurang dari rm150k shj. Jadi harga kos bagi 1 bulan jadi rendah.



ps: teringin jer nak duk di homestay sendri di Cameron Highland..

No comments:

Post a Comment