Friday, August 2, 2013

Pencen Masa Muda

Assalamualaikum kpd semua, yang sudi membaca coretan aku ini. Tahun 2013 ni berlalu dgn pantas, amat pantas sbnrnya. Sedar tak sedar dah hampir 8 bulan aku bergelar businessman sepenuh masa. Alhamdulillah, berkat doa dan diizinNya, aku mampu survive untuk mengharungi 6 bulan pertama slps berhenti kerja.

Idea yang datang kat kepala semakin menggila, byk jer projek yang nak buat. Dan ianya lagi gila sebab aku dan partner aku dah set masa untuk pencen. Jika tahun 2012 sebelum aku membuat keputusan utk berhenti kerja, aku set dalam kepala utk resign pada umur 35tahun dan akan pencen pada umur 45tahun. Sempat kot bekerja sekuatnya dlm masa 35thn - 45thn tu utk menjamin aku boleh pencen pada umur 45tahun. Tu target aku pada petengahan tahun 2012.

Tup2 pada bulan lepas slps discuss hala tuju dan planning Q4 2013 dan Q1 2014, entah macam mn umur pencen aku terpaksa diubah. Diubah dari umur 45tahun kpd umur 35tahun. Terpaksa ubah 10tahun. Cukup la kot jika pencen dapat pasif income rm5k-10k, balik duk kampung, dpt semayang kat masjid, bela ayam 2-3 ekor, tanam sayur sikit2 tepi rumah, hantar dan ambil anak sekolah. Mungkin 2minggu sekali turun ke KL utk meeting dgn staf yang handle business aku kat KL ni. Perghh syoknya tengok pakcik makcik yang pencen kat kampung, lepak kedai kopi main dam, buat pangkin depan rumah, port lepak minum kopi cicah biskut petang2. Ish tak sabar plk aku.

So waktu yang tinggal sebelum aku pencen hanyalah 4 tahun sahaja lagi. 4 tahun ni bagi aku akan berlalu dengan pantas, dan aku mestilah sepantas waktu itu juga untuk memastikan target aku tercapai.
Target aku masih di dalam bidang yang telah aku ceburi sekarang ini, iaitu kereta sewa dan hartanah. Aku akan gabungkan dua jenis pelaburan ini untuk memastikan ianya menjadi mesin cetak duit aku semasa aku pencen kelak.

Korang pernah terfikir tak berapa RM yang korang perlukan semasa korang pencen kelak? Katakan sekarang bergaji rm4k. Dengan harga gula yang baru naik, dengan kadar inflasi, brp agak-agak RM yang korang perlukan masa korang pencen? Andai kata nak pencen 4 tahun lagi la.
Cukup tak kalo dapat RM5K? Cukup la kot, pencen rm5k, sedangkan masa kerja dapat rm4k jer.

Persoalannya kat sini macam mana nak dapatkan rm5k tanpa bekerja? Hah saper ada idea sila tinggalkan kat ruangan komen di bawah.


Baju Raya dah ada

Sampul duit raya pon dah ada. Tapi duit raya jer tak der lg.

5 comments:

  1. pergh.. smoga target bro berjalan lancar spt yg dirancangkan.. harap boleh guide terutamanya dlm hartanah lelong bro

    ReplyDelete
  2. Salam.. Jika boleh, buat bisnes bidang pembuatan dan pengeluaran.. Contohnya buat baju, kuih, kek.. Sebagai langkah permulaan buka kedai kecil dulu.. Modal kecil, risiko pun kecil..

    ReplyDelete
  3. insyAllah..mudah-mudahan berjaya :

    ReplyDelete
  4. Salam... Swing dapatkan cash 1.2 juta utk 4 tahun dalam bisness yg dijalankan. Kemudian masukkan dalam tabung haji. Jadi la pasif 5K monthly....

    ReplyDelete