Monday, August 26, 2013

Financial Management

Ramai yang tak suka menabung, termasuk la aku suatu ketika dahulu. Dapat jer gaji rm3k sebulan, joli katak la apalagi.  End up pada minggu ketiga jer dah pokai, duit tinggal beberapa puluh shj menunggu gaji yg strsnya masuk. Tu yang jadi duk hafal kalendar gaji, bulan 8 gaji masuk 25hb, bulan 9 gaji masuk awal 22hb sbb ada deepavali. Lawak pon ada jika dikenang balik.

Kenapa yer orang kita ni tak ramai yg suka menabung? adakah kita sudah dilatih dan dididik sebegini? Walhal masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu pesan supaya simpan dut ni, jangan belanja abis.

Tahun 2007 adalah tahun dimana aku membuat titik pusingan atau dlm bahasa omputihnya disebut sbg "Turning Point". Masa tu aku baru shj mendirikan alam rumahtangga. Terus terang aku cakap masa tu, kewangan aku mmg bermasalah. Dulu sblm kahwin aku fikir, gaji aku rm1900, hutang aku cuma loan bljr jer. Lps dah kahwin, campur ngan gaji bini aku plk rm1700. Wow kaya2. Sepatutnya x der masalah kewangan la.

Tapi realiti yang sbnrnya tidak berlaku sebegitu. 6 bulan slps kahwin, struktur kewangan aku terumbang ambing. Pening aku duk pikir. Rupanya ada loop hole kat sini, aku lupa yang bini aku ni adalah manusia biasa spt aku jua, setiap kali manusia biasa ni bawak sesuatu income, dia juga akan bawa hutang/komitmen. Bini aku juga memerlukan perbelanjaan harian, beli baju, beli handbag, beli alat mekap dll lagi. Aduss parah ni.

Bila dah parah tu, mula la tangan ni gatal duk cari info kat internet. Kena cari doktor secepat mungkin untuk merawat penyakit aku ni, takutnya jadi kanser plk. Cari punya cari terjumpa la dgn http://www.urusinsan.net
Hah ni klinik dah jumpa, saper doktornya. Doktor yang bertugas adalah Zaidi Ismail.

Kebetulan pada masa tu, selang beberapa minggu dia ada buat seminar pengurusan kewangan ke apa nama dah, tapi yang aku tahunya ianya berkenaan dengan restructure financial mngmnt. Hah inilah dia, Allah dah bagi petunjuk untuk aku, aku mesti bertindak. Dari melaka aku turun ke hotel de palma, shah alam. Fee dia masa tu aku dah lupa, 100-300 jer kot.

Sampai2 sana ada la dlm 40 org kot. Zaidi pon terangkan apa yg patut dan sesi terakhir adalah sesi merawat beberapa pesakit yg volunteer. Sesi ni pesakit kena explain semua pendapatan dan hutang dia ada, dan Zaidi akan analisa dan bagi pendapat mengenai struktur kewangan pesakit tersebut. Gila malu beb nak kena expose semua income dan hutang kita di depan 40 org yg kita tak kenal. Jatuh la air muka aku.


Zaidi mula angkat tangan sambil mengajukan soalan "Siapa volunteer nak berkongsi kewangan dia sbg rujukan kpd yang lain2?" Dan seperti ada magnet yang kuat, aku terus angkat tangan. Ahh pedulikan apa orang lain nk kata, bukan diorang tolong tanggung pon beban yang aku pikul ni, masa tu soal malu mmg aku letak kat belakang.

Nak tahu apa yg berlaku selanjutnya? nantikan sambungan kisah ini di post yang akan dtg.


14 comments:

  1. Menanti dengan penuh kesabaran...

    ReplyDelete
  2. sabar itu satu nikmat. gunakanlah nikmat sabar itu dgn sebaiknya. hehe..

    ReplyDelete
  3. sambung cepat sikit bang..haha..

    ReplyDelete
  4. kesedaran sahaja tanpa usaha..
    cakap pun tak berguna...

    ReplyDelete
  5. sudahnya sewaktu nk datang depan tersadung dan jatuh mcm nangka.

    ReplyDelete
  6. Huahhaha .. suka-suka jer kau ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mengimbau kisah salam bro. Zaman2 kealpaan masa tu, baru nk berubah. Anyway thanks so much bro.

      Delete
  7. sentimentalnya...

    ReplyDelete