Tuesday, August 27, 2013

Financial Management Part II

Aku mula bgtau details yang diperlukan. Last skali slps analisa dilakukan, "Anda tiada masalah kewangan" Damn.. macam mana plk dia ni boleh cakap aku ni x der masalah kewangan sedangkan setiap hujung bulan aku hampir lemas, dan tabungan aku masih kosong. Biar betik dia ni, tak puas hati aku.

3 org kot x silap aku yang berkongsi masalah diorang pd mlm tu. Selesai jer majlis, aktiviti mkn mee goreng. Orang lain pi serbu mee goreng, masing2 kelaparan mana taknya dah pkl 11 mlm tapi belum dinner lagi. Aku tahan perut pegi approach Zaidi, tanya pasal  "Anda tiada masalah kewangan".




Dia cakap pendapatan aku melebihi komitmen termasuk perbelanjaan, so tak der masalah la. Yg ada masalah tu jika komitmen tu melebihi pendapatan. A'aa betul jugak mamat ni cakap.

Tips yang dia bagi kat aku senang jer.

1. Gaji laki dan bini dimasukkan dlm 1 akaun. dari 1 akaun ni akan bayar semua bil, hutang dan juga elaun kpd laki dan bini.

2. Beli buku 555, catatkan semua perbelanjaan harian yang ko guna. Beli air kelapa, isi minyak motor, makan kfc, masuk tandas, bayar sewa rumah. Semua perbelanjaan mesti ditulis. Buat benda ni 3 bulan cukup.

Aku balik jer ke melaka, trs aku buat apa yg disuruh. Alhamdulillah pada bulan kedua slps aku implemen benda ni, ianya mula menampakkan hasil.

Setelah platform kita kukuh dan stabil, barulah kita boleh mula berjinak-jinak ke alam pelaburan. Bagi aku tiada gunanya income dari investment dapat 10k sebulan tapi financial management teruk, habis gitu jer 10k sebulan tu. Macam mana nak handle 100k jika 10k pon tak mampu handle?

Sepanjang perkenalan aku dgn Zaidi, dia ni memang tidak lokek ilmu. Bila dia bukak mulut jer, sah-sah 2 3 jam punya discussion.

Pesan aku kpd yang nak berubah, ubah dulu struktur kewangan anda, stabil dan kukuhkan dulu platform ni barulah mula intai-intai alam investment.

Monday, August 26, 2013

Financial Management

Ramai yang tak suka menabung, termasuk la aku suatu ketika dahulu. Dapat jer gaji rm3k sebulan, joli katak la apalagi.  End up pada minggu ketiga jer dah pokai, duit tinggal beberapa puluh shj menunggu gaji yg strsnya masuk. Tu yang jadi duk hafal kalendar gaji, bulan 8 gaji masuk 25hb, bulan 9 gaji masuk awal 22hb sbb ada deepavali. Lawak pon ada jika dikenang balik.

Kenapa yer orang kita ni tak ramai yg suka menabung? adakah kita sudah dilatih dan dididik sebegini? Walhal masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu pesan supaya simpan dut ni, jangan belanja abis.

Tahun 2007 adalah tahun dimana aku membuat titik pusingan atau dlm bahasa omputihnya disebut sbg "Turning Point". Masa tu aku baru shj mendirikan alam rumahtangga. Terus terang aku cakap masa tu, kewangan aku mmg bermasalah. Dulu sblm kahwin aku fikir, gaji aku rm1900, hutang aku cuma loan bljr jer. Lps dah kahwin, campur ngan gaji bini aku plk rm1700. Wow kaya2. Sepatutnya x der masalah kewangan la.

Tapi realiti yang sbnrnya tidak berlaku sebegitu. 6 bulan slps kahwin, struktur kewangan aku terumbang ambing. Pening aku duk pikir. Rupanya ada loop hole kat sini, aku lupa yang bini aku ni adalah manusia biasa spt aku jua, setiap kali manusia biasa ni bawak sesuatu income, dia juga akan bawa hutang/komitmen. Bini aku juga memerlukan perbelanjaan harian, beli baju, beli handbag, beli alat mekap dll lagi. Aduss parah ni.

Bila dah parah tu, mula la tangan ni gatal duk cari info kat internet. Kena cari doktor secepat mungkin untuk merawat penyakit aku ni, takutnya jadi kanser plk. Cari punya cari terjumpa la dgn http://www.urusinsan.net
Hah ni klinik dah jumpa, saper doktornya. Doktor yang bertugas adalah Zaidi Ismail.

Kebetulan pada masa tu, selang beberapa minggu dia ada buat seminar pengurusan kewangan ke apa nama dah, tapi yang aku tahunya ianya berkenaan dengan restructure financial mngmnt. Hah inilah dia, Allah dah bagi petunjuk untuk aku, aku mesti bertindak. Dari melaka aku turun ke hotel de palma, shah alam. Fee dia masa tu aku dah lupa, 100-300 jer kot.

Sampai2 sana ada la dlm 40 org kot. Zaidi pon terangkan apa yg patut dan sesi terakhir adalah sesi merawat beberapa pesakit yg volunteer. Sesi ni pesakit kena explain semua pendapatan dan hutang dia ada, dan Zaidi akan analisa dan bagi pendapat mengenai struktur kewangan pesakit tersebut. Gila malu beb nak kena expose semua income dan hutang kita di depan 40 org yg kita tak kenal. Jatuh la air muka aku.


Zaidi mula angkat tangan sambil mengajukan soalan "Siapa volunteer nak berkongsi kewangan dia sbg rujukan kpd yang lain2?" Dan seperti ada magnet yang kuat, aku terus angkat tangan. Ahh pedulikan apa orang lain nk kata, bukan diorang tolong tanggung pon beban yang aku pikul ni, masa tu soal malu mmg aku letak kat belakang.

Nak tahu apa yg berlaku selanjutnya? nantikan sambungan kisah ini di post yang akan dtg.


Tuesday, August 20, 2013

Potensi Homestay Di Cameron Highlands


Tahun ni aku beraya sakan, aku cuti dari 7Aug – 18Aug, 11 hari aku cuti raya tahun ni. Setiap tahun aku dapat cuti raya walaupun masa aku kerja dulu, cuti raya sepatutnya hny dapat 2 tahun sekali, tapi nasib menyebelahi aku, aku dapat cuti raya jer tetiap tahun.

Tahun ni plak tahun pertama aku menyambut Hari Raya dlm status tidak bekerja. Tu pasal la aku sebat bercuti smp 11 hari.  Nasib baik bini aku pon dpt cuti pjg gak.  
Best giler rs bila jadi org yg tak perlu bekerja dlm ms 11 hari tu, Insyaallah 4 tahun lagi mudah-mudahan dpt pencen la.

Di penghujung cuti, pada weekend yg lps aku gi bercuti di Cameron Highlands, bawak 1 keluarga aku, mak ayah, family adik dan family kakak aku. Ada la dlm 8 org dewasa, 4 bdk2. Aku sewa homestay, malas nk duk hotel, jimat dan lagi selesa sbb boleh masak.

Homestay yg aku biasa menginap adalah di Puncak arabella, tanah rata. Harga 1 mlm rm250, kalau 2 mlm tu dia bg rm480. Ok la harga tu, sebab aku pergi pon ramai jugak. Aku call owner yg biasa aku deal, skali unit dia hny available utk 1 mlm ajer, aku nk 2 mlm. Aku minta tlg dia rekemen kan unit lain, dlm ms 15 min dia feedback, ada unit lain di blok H, tingkat1, cuma sizenya kecik skit tapi harga sama, tak kecik harga tu.

Aku ok ajer, asalkan kelengkapan rumah lengkap dan boleh masak. Aku bukannya nk bercerita pasal kegembiraan kami pegi petik buah strawberry yg berharga rm40/kilo sedangkan keesokan harinya tu kami singgah di pasar pagi harganya rm10/kilo shj (cuma bezanya yg tu kami petik sendri, yg ni dah siap petik tapi buah sama jer). Insyaallah ada masa aku akan kongsikan kehebatan service bangla di ladang strawberry.

Hijau, tenang jiwa aku..

Aku nk bercerita pasal potensi homestay kat sana. 2 hari aku duk sana, aku buat sedikit kajian. Cuti2 pon sempat buat research, dah mmg minat aku bab2 ni, nak wat camner. Aku call beberapa homestay kat sana, just nk tahu sm ada pada hari sabtu dan ahad tu unit diorg penuh atau kosong. Dari 10 yg aku call, 9 unit full sm ada full utk 1 hari atau utk kedua-dua hari, hanya 1 unit shj yg kosong utk sabtu dan ahad tu. 

Wow, giler jugak demand kat sini, padahal semua no tel tu aku amik kat sana jer, ada yg kat signboard tepi jln, ada yg tampal kat apt, ada yg letak kat tangga. Rata-rata harga 1 mlm kat sana antara rm200-250 utk 1 apt.

Aku sempat jugak bertanyakan beberapa penduduk kat sana, utk sublet mmg susah sbb majoriti owner akan run sewa harian (homestay) berbanding bg sewa bulanan. Dan sewa bulanan kat sana boleh mencecah rm1000 sebulan. 

Manakala unit tersebut juga dijual pada harga sekitar rm240k-270k utk apt keluasan mungkin 800sf. Unit ni owner beli dgn developer beberapa thn lps adalah rm88k shj, mungkin dah 8-10tahun kot usianya. Boleh tahan gak kenaikkan harga tu. 
Jika loan rm240k, installment dalam rm1100 sebulan. Campur dgn kos maintenance dan api air, mungkin cecah rm1500/bln. 

Jika unit tersebut mampu disewakan pada kadar rm250/mlm, ianya memerlukan 6 mlm utk break even. 6 mlm adalah agak tinggi bagi aku. Yang bestnya 2-3 mlm jer dah breakeven. 

Jadi penyelesaiannya kat sini yg aku nampak adalah, cari rumah yg harga jualnya adlah rendah, mungkin kurang dari rm150k shj. Jadi harga kos bagi 1 bulan jadi rendah.



ps: teringin jer nak duk di homestay sendri di Cameron Highland..

Thursday, August 8, 2013

Salam AidilFitri Dari ShahrilSidek.com

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan utk merasai nikmat Ramadhan yang baru sahaja melabuhkan tirainya, dan sekarang kita berada di hari kemenangan.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan, terkasar tutur bahasa sepanjang perkenalan kita. Sesungguhnya aku insan yang lemah.



Kepada yang pulang beraya ke kampung halaman, sila pandu dgn berhati-hati. tak perlu lah tergesa-gesa sehingga merisikokan keselamatan keluarga anda dan juga pengguna yang lain.

Aku akan pulang beraya di kangpung halaman, mana lagi jika tak negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan la beb. Aku pulang agak lambat sbb isteri aku masih bekerja.

Tentang kereta sewa plk, alhamdulillah semua nya keluar. Aku menetapkan syarat utk musim raya ni iaitu minima sewa adalah 1 minggu dan mesti ambil plg lewat 1 hari sblm raya. Bukannya apa, aku dan staf aku nak beraya. Masak gak aku kalau bagi org sewa 1 atau 2 hari jer musim ni, maunyer raya pertama belah malam tu kena pick up kete jer kerjanya.

Permintaan terhadap kereta sewa pada musim begini teramat menggalakkan utk semua jenis kereta, dari via hinggallah ke Alphard.

Friday, August 2, 2013

Pencen Masa Muda

Assalamualaikum kpd semua, yang sudi membaca coretan aku ini. Tahun 2013 ni berlalu dgn pantas, amat pantas sbnrnya. Sedar tak sedar dah hampir 8 bulan aku bergelar businessman sepenuh masa. Alhamdulillah, berkat doa dan diizinNya, aku mampu survive untuk mengharungi 6 bulan pertama slps berhenti kerja.

Idea yang datang kat kepala semakin menggila, byk jer projek yang nak buat. Dan ianya lagi gila sebab aku dan partner aku dah set masa untuk pencen. Jika tahun 2012 sebelum aku membuat keputusan utk berhenti kerja, aku set dalam kepala utk resign pada umur 35tahun dan akan pencen pada umur 45tahun. Sempat kot bekerja sekuatnya dlm masa 35thn - 45thn tu utk menjamin aku boleh pencen pada umur 45tahun. Tu target aku pada petengahan tahun 2012.

Tup2 pada bulan lepas slps discuss hala tuju dan planning Q4 2013 dan Q1 2014, entah macam mn umur pencen aku terpaksa diubah. Diubah dari umur 45tahun kpd umur 35tahun. Terpaksa ubah 10tahun. Cukup la kot jika pencen dapat pasif income rm5k-10k, balik duk kampung, dpt semayang kat masjid, bela ayam 2-3 ekor, tanam sayur sikit2 tepi rumah, hantar dan ambil anak sekolah. Mungkin 2minggu sekali turun ke KL utk meeting dgn staf yang handle business aku kat KL ni. Perghh syoknya tengok pakcik makcik yang pencen kat kampung, lepak kedai kopi main dam, buat pangkin depan rumah, port lepak minum kopi cicah biskut petang2. Ish tak sabar plk aku.

So waktu yang tinggal sebelum aku pencen hanyalah 4 tahun sahaja lagi. 4 tahun ni bagi aku akan berlalu dengan pantas, dan aku mestilah sepantas waktu itu juga untuk memastikan target aku tercapai.
Target aku masih di dalam bidang yang telah aku ceburi sekarang ini, iaitu kereta sewa dan hartanah. Aku akan gabungkan dua jenis pelaburan ini untuk memastikan ianya menjadi mesin cetak duit aku semasa aku pencen kelak.

Korang pernah terfikir tak berapa RM yang korang perlukan semasa korang pencen kelak? Katakan sekarang bergaji rm4k. Dengan harga gula yang baru naik, dengan kadar inflasi, brp agak-agak RM yang korang perlukan masa korang pencen? Andai kata nak pencen 4 tahun lagi la.
Cukup tak kalo dapat RM5K? Cukup la kot, pencen rm5k, sedangkan masa kerja dapat rm4k jer.

Persoalannya kat sini macam mana nak dapatkan rm5k tanpa bekerja? Hah saper ada idea sila tinggalkan kat ruangan komen di bawah.


Baju Raya dah ada

Sampul duit raya pon dah ada. Tapi duit raya jer tak der lg.