Sunday, July 28, 2013

Ubah Cara Berfikir Untuk Menjadi Orang Luar Biasa

Tajuk jer dah macam skim multilevel atau nama singkatnya mlm. Nasib korang la, dah korang nak baca sgt. Sejak aku resign dari tempat kerja lama aku, sehak aku keluar dari comfort zone kerja makan gaji ni, aku berjumpa dgn ramai org, dan ramai jugak org yg dtg berjumpa dgn aku. Ni yg dtg jumpa face to face, blom kira yg emel, pm kat fb dan sms lg. Bermacam mslh atau ragam aku jumpa.

Kpd yg menghantar emel, pm atau sms,  yg mana aku tak sempat nak reply aku minta maaf. Bukannya aku tak nak respon kpd isu korang tapi aku sendiri agak busy. Ada benda yg lebih penting perlu aku selesaikan .

Bila aku berjumpa dgn org, aku suka membuat analisa dari apa yg dia cakapkan. Topik yg dibicarakan, cara dia berfikir,  cara dia menerima pendapat org lain dan mcm2 lagi. Aku bukanlah seorg yang hebat, tapi aku mempunyai impian utk menjadi hebat.

Dari perjumpaan itu, ramai yg aku ketemui itu mempunyai minda org biasa, maaf jika ada yg kurang senang dgn apa yg aku tuliskan. Bagi aku, sebelum kita mengubah diri kita dari org biasa  menjadi orang luar biasa, perkara pertama yang kena ubah adalah minda, cara kita berfikir.

Aku bg contoh. Susah ke senang nak mendpt pendapatan 5 angka sebulan bagi org yg hanya mempunyai kelayakan tertinggi peringkat SPM shj?

Ada yg jawab susah sbb rata2 gaji utk bdk spm ni lebih kurang rm900 jer.
Ada jugak yg jwb senang. Hah apa caranya jika senang sgt tu?
Ada jugak yg jawab tak mustahil.
Ada jugak yg jawab boleh dapat.
Tapi apa caranya? hah bila tny cara apa nk dpt 5 angka, ssh plk nk bg jwpannya kan.

Ramai jer yg kwn aku ada degree, tapi end up jadi businessman yg mn x menggunakan langsung degree yg dia ada tu.  So sama la dgn bdk level spm.

Bila kita dah set dlm minda kita yang aku tak nak jadi orang biasa, aku mesti jadi org yg  luar biasa. Bila ayat ini selalu bermain di minda kita, secara tak lgsg ianya akan memberikan kesan kpd perbuatan kita.

Org biasa akan shopping bila dpt gaji, org luar biasa tak pernah peduli pun pasal masa utk shopping.
Org biasa bila dah bekerja, dln masa 3-6bulan akan beli kereta. Org luar biasa 3 tahun pon naik motor jer lagi.
Org biasa akan fokuskan nak beli rumah utk duduk sendiri dulu,  lps tu barulah fikir nak beli rumah utk investment,  buat sewa.  Org luar biasa akan beli rumah utk investment dl dan akan pastikan yg rumah dia duduk sendiri itu adalah free.

Ada kwn sekampung aku yg tahu aku ada beli Alphard,  tp setiap kali aku balik ke kg, dia tak pernah tgk aku bawak balik alphard. Biasa yg dia tgk aku balik dgn avanza ataupun viva. Dia tny aku knp aku tak bawa balik alphard, for sure lg selesa dan boleh gak tayang kat org kg. Jwpn aku senang jer. Niat aku beli alphard adalah utk buat sewa, bknnya utk kegunaan personal, aku jenis yg berselipar jepun, cukuplah viva menjadi teman aku.

Kerana utk menunjuk nunjuk kpd org kg, sanggup dia berhutang. Inilah prinsip 'biar papa asalkan bergaya'.

Jadi kepada anak muda diluar sana, tlglah ubah minda anda. Biarkan sj kwn2 nak kutuk, janji anda tidak dibebani dgn hutang yg tidak baik.





5 comments:

  1. tuan,
    ada beza tak pemikiran orang yang ada kelulusan degree dengan yang ada kelulusan SPM sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ianya bergantung kpd individu itu sendiri.
      ramai jer graduan yg ada degree tapi 'selenge' jer, lambat pickup, malas dll.
      Walaupun org tu spm jer, tapi dia mempunyai keinginan yg kuat, sentiasa cakap 'Aku Nak, Aku Mesti Berusaha Untuk Mendapatkannya'.

      Delete
  2. Replies
    1. sebab aku memang memilih utk jadi luar biasa. Insyaallah kita semua boleh.

      Delete
  3. started following your terrific journey. keep motivate us! Tahniah bang dan terus maju. :D

    ReplyDelete