Thursday, July 4, 2013

KLezProperty Semakin Mengganas

KLezProperty telah 2 kali buat seminar. Seminar pertama di buat pada 8Jun13, berjaya mengundang 15 peserta dari serata tanah air, ada yang datang dari sekitar KL, ada yang datang dari Kedah, Johor dan Kelantan. Tak sangka jugak yang ramai peserta dari luar KL sanggup dtg ke seminar kami. Pada aku ianya dah cukup berjaya, dengan hanya persiapan yang kurang dari 5 hari, kami berjaya mengadakan seminar pertama, kami namakannya sebagai Seminar Celik Pelaburan Hartanah, SCPH.

Kenapa beri nama Celik Pelaburan Hartanah? Apa yang kami kongsikan dalam seminar kami ini adalah sekadar untuk membuka mata kepada orang yang baru nak bermula, baru nak bljr2 menjadi pelabur hartanah. Itulah keluar nama Celik tu. Sesuai jugak dengan bayarannya, hanyalah RM50 sahaja utk sesi dari jam 9-2pm, siap makan pagi lagi kami sediakan. Terus terang, kami bukannya buat duit dari seminar SCPH ini.

Seminar kali kedua SCPH pada 29Jun13. Berjaya menarik minat 12 peserta. Seperti biasa geng kami bertindak luar biasa, keje last minute punya. Hehe. Pukul 2pagi baru kami mop office, baru nak susun kerusi, baru nak setup projektor. Nasib baik la pkl 8pm tu aku dah gi tempah nasik lemak utk peserta seminar esok. Bising tokey kedai tu sbb aku tempah last minute, siap dia sound lagi, lain kali tempah 1 hari sblm, 24jam sblm yer. Hehe.

Siap ngemop dan susun semua dah pukul 430am, lepak minum jap kat mamak depan opis, balik rumah ngam2 tok bilal azan subuh. Lps subuh baru tido, pukul 8 dah kena smp opis. Memang badan agak keletihan, tapi semangat melihatkan para peserta yg dtg tu mampu menghilangkan kepenatan itu.

Alhamdulillah sesi kami habis jam 3 lebih. Ada 3-4 org peserta yang tak mahu balik lagi, siap melepak ngan kami smp ke jam 5 lebih. Aku mmg dah kehabisan gas, terpaksa mengundur diri balik rumah utk tido. Geng2 lain ada yg tido kat opis smp ke maghrib.

Plan utk SCPH yg ke 3 mungkin lps raya. Kering tekak aku nak berceramah kat depan 5 jam. Sabar yer, jgn bimbang, insyaallah kami akan buat SCPH ini dalam tempoh berkala, mungkin setiap 2 minggu, mungkin.. Sebabnya SCPH ini kami tawarkan BONUS. Dan nak sediakan bonus tu yang ssh skit.

Bonus apa? kami tawarkan rumah pelaburan yang harganya 20-40% di bawah harga pasaran. Rumah ni rumah subsale, bukannya lelong, dan kami dah siap2 booking rumah ni utk para peserta SCPH. Ingat senang ke nak dapatkan rumah pada harga bawah market value? Susah beb.

Ramai yang bertanyakan pd aku, tak der buat Personal Coaching ke? Sebelum ni memang aku agak kesempitan dari segi masa disebabkan kebanyakan benda aku uruskan sendiri. Semenjak tertubuhnya KLezProperty ini, maka aku sudah mempunyai team, aku dah ada ahli kumpulan yang lain yang sama-sama berminda positif dan beraliran selari dengan aku. Maka boleh lah kami sama-sama berkerjasama, share tugasan, share tenaga dan minda. Oleh sebab itu, kami KLezProperty dah mula menawarkan Personal Coaching, siap money back guarantee lagi.

Nanti lah di post seterusnya aku ceritakan dgn details mengenai Personal Coaching kami. Sabar ye.

4 comments:

  1. Menunggu waktu yang sesuai untuk bersua muka.

    ReplyDelete
  2. Berminat bro..terutama umah 20-40% below mv..aku dh g 1st seminar ko ngan pie

    ReplyDelete
  3. bila next scph akan diadakan lagi? amat berminat untuk join next session sbb sessi yg terdahulu ada komitmen lain. harap ada buat selepas raya. asyik sms bro aje, tak pernah jumpa face to face

    ReplyDelete
  4. Oooooo bru tau ghupernya dh lamer tertubuhnyer KLezProperty! Tertinggal shinkansen aku nehhh!!!!!

    ReplyDelete