Tuesday, July 30, 2013

Mencari Kereta Sambung Bayar

Kepada mereka yang tak mampu lagi untuk membayar kereta mereka, kini saya bersedia untuk menyambung bayar kereta tersebut.
Kereta tersebut akan digunakan untuk bisnes kereta sewa oleh sykt saya sendiri. Tidak akan timbul isu kereta tersebut akan di jual kpd mana-mana pihak lain.

Kiranya saya yang akan bayar bulanan kat bank, saya akan servis kereta, saya akan hidupkan road tax insurans kereta tersebut dan sudah semestinya kereta tu akan diserahkan kpd saya untuk saya jalankan perniagaan kereta sewa. Jika ada tertunggak beberapa bulan kat bank, kita akan discuss berdasarkan jumlah tertunggak dan juga keadaan kereta. Jika kereta tu cun, kemungkinan tunggakan kat bank akan saya selesaikan dan kemungkinan juga sedikit imbuhan akan diberikan.

Ini bagi saya Win win situation. Owner kereta terlepas dari di blackliskan oleh pihak bank sehingga kereta di tarik. Dan kereta diserahkan kpd saya, saya akan bayar bulanan kereta itu seperti yang sepatutnya.

Ini juga sesuai kpd mereka yang hendak jual/trade in kereta mereka untuk membeli kereta baru tetapi kereta lama mereka used car ambil tak tinggi harganya, siap kena topup kat bank beberapa ribu lagi.
So dari topup beberapa ribu kat bank, baik la serahkan kat saya jer.

Tapi tak semua jenis kereta yang saya ambil. Tengok kepada keadaan kereta dulu la, kalau kereta tu terlalu uzur, maaf la tak dapat den nak nolong.

Kepada yang memerlukan pertolongan, boleh call 017 877 2280

Kami bersedia menyambung bayar kereta anda.

Sunday, July 28, 2013

Ubah Cara Berfikir Untuk Menjadi Orang Luar Biasa

Tajuk jer dah macam skim multilevel atau nama singkatnya mlm. Nasib korang la, dah korang nak baca sgt. Sejak aku resign dari tempat kerja lama aku, sehak aku keluar dari comfort zone kerja makan gaji ni, aku berjumpa dgn ramai org, dan ramai jugak org yg dtg berjumpa dgn aku. Ni yg dtg jumpa face to face, blom kira yg emel, pm kat fb dan sms lg. Bermacam mslh atau ragam aku jumpa.

Kpd yg menghantar emel, pm atau sms,  yg mana aku tak sempat nak reply aku minta maaf. Bukannya aku tak nak respon kpd isu korang tapi aku sendiri agak busy. Ada benda yg lebih penting perlu aku selesaikan .

Bila aku berjumpa dgn org, aku suka membuat analisa dari apa yg dia cakapkan. Topik yg dibicarakan, cara dia berfikir,  cara dia menerima pendapat org lain dan mcm2 lagi. Aku bukanlah seorg yang hebat, tapi aku mempunyai impian utk menjadi hebat.

Dari perjumpaan itu, ramai yg aku ketemui itu mempunyai minda org biasa, maaf jika ada yg kurang senang dgn apa yg aku tuliskan. Bagi aku, sebelum kita mengubah diri kita dari org biasa  menjadi orang luar biasa, perkara pertama yang kena ubah adalah minda, cara kita berfikir.

Aku bg contoh. Susah ke senang nak mendpt pendapatan 5 angka sebulan bagi org yg hanya mempunyai kelayakan tertinggi peringkat SPM shj?

Ada yg jawab susah sbb rata2 gaji utk bdk spm ni lebih kurang rm900 jer.
Ada jugak yg jwb senang. Hah apa caranya jika senang sgt tu?
Ada jugak yg jawab tak mustahil.
Ada jugak yg jawab boleh dapat.
Tapi apa caranya? hah bila tny cara apa nk dpt 5 angka, ssh plk nk bg jwpannya kan.

Ramai jer yg kwn aku ada degree, tapi end up jadi businessman yg mn x menggunakan langsung degree yg dia ada tu.  So sama la dgn bdk level spm.

Bila kita dah set dlm minda kita yang aku tak nak jadi orang biasa, aku mesti jadi org yg  luar biasa. Bila ayat ini selalu bermain di minda kita, secara tak lgsg ianya akan memberikan kesan kpd perbuatan kita.

Org biasa akan shopping bila dpt gaji, org luar biasa tak pernah peduli pun pasal masa utk shopping.
Org biasa bila dah bekerja, dln masa 3-6bulan akan beli kereta. Org luar biasa 3 tahun pon naik motor jer lagi.
Org biasa akan fokuskan nak beli rumah utk duduk sendiri dulu,  lps tu barulah fikir nak beli rumah utk investment,  buat sewa.  Org luar biasa akan beli rumah utk investment dl dan akan pastikan yg rumah dia duduk sendiri itu adalah free.

Ada kwn sekampung aku yg tahu aku ada beli Alphard,  tp setiap kali aku balik ke kg, dia tak pernah tgk aku bawak balik alphard. Biasa yg dia tgk aku balik dgn avanza ataupun viva. Dia tny aku knp aku tak bawa balik alphard, for sure lg selesa dan boleh gak tayang kat org kg. Jwpn aku senang jer. Niat aku beli alphard adalah utk buat sewa, bknnya utk kegunaan personal, aku jenis yg berselipar jepun, cukuplah viva menjadi teman aku.

Kerana utk menunjuk nunjuk kpd org kg, sanggup dia berhutang. Inilah prinsip 'biar papa asalkan bergaya'.

Jadi kepada anak muda diluar sana, tlglah ubah minda anda. Biarkan sj kwn2 nak kutuk, janji anda tidak dibebani dgn hutang yg tidak baik.





Monday, July 22, 2013

Housewife Macam Mana Nak Beli Rumah?

Ada ker orang yang bergelar suri rumah tangga sepenuh masa atau dikenali sebagai housewife beli rumah atas nama dia? Tak heran pon jika laki dia belikan cash rumah tu dan letak nama wife dia atas rumah tu. Yang jadi persoalan dan lebih mengheran kan lagi kat sini adalah, bagaimana seorg housewife dpt beli rumah secara pinjaman dari bank. Ada cara ker? mana ada kan, Takkan la org yang tak ada payslip dpt loan rumah yang harga ratus ribu.

Kali ni aku kongsikan sedikit tips psl topik ni. Benda ni agak pelik dan susah bg org biasa, padahal bg org lain, benda ni biasa jer. X der apa2 yg pelik pon. So jgn block minda yer, terima jer dan buat.

Housewife tak ada payslip. Ke ada yg housewife ada payslip? Mn la tau kot2 suami dia masa bagi duit belanja dapur, skali dgn payslip lagi.
Dan utk membuat pinjaman (loan rumah, loan kereta, apa2 loan ajer la) memerlukan payslip sebagai salah satu bukti yg orang itu ada pendapatan tetap setiap bulan.
Jadi,  buat la payslip.

Adus mcm mn nak buat payslip? Caranya gini. Cari jer kwn2 yg ada sykt, tak kisah la enterprise atau sdn bhd. Jadikan kawan anda ni sbg majikan maya anda. Tak ada kwn2 yg ada sykt? Suruh jer husben anda bukak satu sykt. Dan anda jadi staf maya sykt dia.  Setakat ni paham?

Skrg dah ada sykt maya. Next, soal pembayaran gaji plk. Anda buat la berapa byk gaji yg anda nak. Cthnya gaji yg anda nak rm2600, so setiap bulan suruh la sykt maya tadi tu sediakan cek bernilai rm2600. sediakan CEK yer, bukannya cash. Sebab apa, sebabnya mana ada sykt yg byr gaji staffnya dgn cash, mesti byr dgn cek. Kalau sykt kecik tu ada la kot, mcm warung2, kedai cendol, tu mungkin byr cash la.

Buat benda ni selama plg kurang 3 bulan, dah ada 3 bulan bank statement yang tertera rm2600 kan. Dah boleh apply loan tak? belum lagi.. sabar.. ada lagi dokumen yang perlu sykt maya sediakan utk kuatkan permohonan loan anda ni. Sykt maya tadi kena sediakan Surat Perlantikan dan Pengesahan jawatan terhadap anda.

Ttg caruman KWSP plak, jika anda mempunyai bajet lebih setiap bulan, boleh la anda carum dlm KWSP. ingat, 12%+11%=23% dari gaji anda kena carum dlm KWSP. Jika tak ada bajet lebih, x yah carum pon x per. Cuma tak berapa kuat la application tu berbanding dgn org yang ada caruman KWSP.

Sekarang selesai tak masalah housewife utk beli rumah? Cara ni agak senang la, ada lagi beberapa cara yang agak teknikal untuk di kongsikan. Guna je cara ni dulu. Insyaallah lepas.

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan Dari Shahril Sidek

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi aku masih diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman yang ditempuh dgn org ramai. Dulu diberi peluang untuk jadi Cikgu, tak nak pegi. Sekarang ni barulah terhegeh-hegeh nak berkongsi ilmu dgn org, melalui medium blog.

Ingin aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Semoga aku terus diberikan kekuatan dan idea untuk terus menulis perkongsian.




2 hari lepas aku singgah di rumah nenek mertua aku. Dia berpesan pada aku, jika boleh rezeki yang kita dpt pada bulan ini, kita ambil sedikit sahaja cukup sekadar utk cukup-cukup makan, dan bakinya kita dermalah. Ibaratnya begini, 11 bulan hasil pendapatan kita tu, kita ambillah, tp yg 1 bulan tu kita bagilah.

Menarik jugak teknik ni. Jika pendapatan kita rm5K sebulan, maka kita kena menderma rm5K pada bulan ramadhan ini. Ramai yang mengeluh? Ramai yg tak sanggup? Tapi saya percaya ramai dermawan ada diluar sana, yang sanggup gunakan teknik ini. Ingat, lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang akan kita dapat, lagi banyak Dia akan bagi. Tak rugi pun kan?










Sunday, July 7, 2013

Seminar Sembang Hartanah Anjuran AE Consultancy Services






Ni memang otai beb.. memang otai jemput otai2 lain plak dlm satu majlis. Pasal pengisian aku tak tahu apa yg otai2 ni nak kongsikan. Tapi jika dari segi experience yg diorang lalui, memang otai habis.

Aku tak nak citer lebih2 pasal speaker yg ada ni, korang boleh baca kat blog AE ni.
Bagi aku harga yg ditawarkan tu cukup murah beb, dgn kehadiran 3 otai lain plk.
Nak register tu korang masuk jer dlm blog Abang Ensem dan search Seminar Sembang Hartanah.

Saturday, July 6, 2013

Personal Coaching KLezProperty

Ni adalah sambungan kpd posting yg sebelum ni. Aku salah sorg dlm team KLezProperty telah keluarkan produk baru, iaitu Personal Coaching.

Sebelum ni ramai sgt yg duk tanya aku pasal personal coaching. Sebelum ni aku sorang, tak ada team, so semua benda aku yang handle sendri. Mana la nak dan aku, kereta lagi, rumah lelong lagi, seminar lagi. Alhamdulillah sekarang aku dah ada team. So tak ada lah semua benda aku perlu handle semuanya sendiri.

So skrg ni personal coaching klezproperty dh muncul di pasaran. Apa yg kami akan cover di dlm personal coaching ini?

Semua benda yg korang nak tahu dan yg kami tahu akan kami kongsikan. Akan kami guide juga bkn setakat dlm bidang pelaburan hartanah. Kami juga akan guide anda jika anda benar2 berminat nak meninggalkan comfort zone anda skrg.

Dah terbukti, beberapa org didlm team KLezCar dah mula meninggalkan comfort zone diorg. Dlm masa 3 - 4 bulan shj diorg mampu menjana pendapatan 5 angka. Rasa mcm tak logik jer kan. Tp tu lah hakikatnya.

Harga yg kami tetapkan adalah rm6999 shj. Mahalkan? Mestilah, baru lah korg belajar btl2. Tapi jgn bimbang, nilai ni korg boleh dpt balik setelah korg beli rumah dlm masa 2minggu, insyaallah.

Kpd yang berminat utk sesi personal coaching ini, boleh hubungi aku kat 0179391161 utk temujanji.



P/s: hari ni tghr spttnya  ada personal coaching yg pertama. Tapi aku masih berada di tempat lelongan pd waktu yg aku janji dgn peserta personal coaching.  Maaf aku tak tepati janji. Insyaallah esok sy plk yg akan pergi kat tempat dia.









Thursday, July 4, 2013

KLezProperty Semakin Mengganas

KLezProperty telah 2 kali buat seminar. Seminar pertama di buat pada 8Jun13, berjaya mengundang 15 peserta dari serata tanah air, ada yang datang dari sekitar KL, ada yang datang dari Kedah, Johor dan Kelantan. Tak sangka jugak yang ramai peserta dari luar KL sanggup dtg ke seminar kami. Pada aku ianya dah cukup berjaya, dengan hanya persiapan yang kurang dari 5 hari, kami berjaya mengadakan seminar pertama, kami namakannya sebagai Seminar Celik Pelaburan Hartanah, SCPH.

Kenapa beri nama Celik Pelaburan Hartanah? Apa yang kami kongsikan dalam seminar kami ini adalah sekadar untuk membuka mata kepada orang yang baru nak bermula, baru nak bljr2 menjadi pelabur hartanah. Itulah keluar nama Celik tu. Sesuai jugak dengan bayarannya, hanyalah RM50 sahaja utk sesi dari jam 9-2pm, siap makan pagi lagi kami sediakan. Terus terang, kami bukannya buat duit dari seminar SCPH ini.

Seminar kali kedua SCPH pada 29Jun13. Berjaya menarik minat 12 peserta. Seperti biasa geng kami bertindak luar biasa, keje last minute punya. Hehe. Pukul 2pagi baru kami mop office, baru nak susun kerusi, baru nak setup projektor. Nasib baik la pkl 8pm tu aku dah gi tempah nasik lemak utk peserta seminar esok. Bising tokey kedai tu sbb aku tempah last minute, siap dia sound lagi, lain kali tempah 1 hari sblm, 24jam sblm yer. Hehe.

Siap ngemop dan susun semua dah pukul 430am, lepak minum jap kat mamak depan opis, balik rumah ngam2 tok bilal azan subuh. Lps subuh baru tido, pukul 8 dah kena smp opis. Memang badan agak keletihan, tapi semangat melihatkan para peserta yg dtg tu mampu menghilangkan kepenatan itu.

Alhamdulillah sesi kami habis jam 3 lebih. Ada 3-4 org peserta yang tak mahu balik lagi, siap melepak ngan kami smp ke jam 5 lebih. Aku mmg dah kehabisan gas, terpaksa mengundur diri balik rumah utk tido. Geng2 lain ada yg tido kat opis smp ke maghrib.

Plan utk SCPH yg ke 3 mungkin lps raya. Kering tekak aku nak berceramah kat depan 5 jam. Sabar yer, jgn bimbang, insyaallah kami akan buat SCPH ini dalam tempoh berkala, mungkin setiap 2 minggu, mungkin.. Sebabnya SCPH ini kami tawarkan BONUS. Dan nak sediakan bonus tu yang ssh skit.

Bonus apa? kami tawarkan rumah pelaburan yang harganya 20-40% di bawah harga pasaran. Rumah ni rumah subsale, bukannya lelong, dan kami dah siap2 booking rumah ni utk para peserta SCPH. Ingat senang ke nak dapatkan rumah pada harga bawah market value? Susah beb.

Ramai yang bertanyakan pd aku, tak der buat Personal Coaching ke? Sebelum ni memang aku agak kesempitan dari segi masa disebabkan kebanyakan benda aku uruskan sendiri. Semenjak tertubuhnya KLezProperty ini, maka aku sudah mempunyai team, aku dah ada ahli kumpulan yang lain yang sama-sama berminda positif dan beraliran selari dengan aku. Maka boleh lah kami sama-sama berkerjasama, share tugasan, share tenaga dan minda. Oleh sebab itu, kami KLezProperty dah mula menawarkan Personal Coaching, siap money back guarantee lagi.

Nanti lah di post seterusnya aku ceritakan dgn details mengenai Personal Coaching kami. Sabar ye.