Monday, June 24, 2013

Anda Bermasalah Nak Beli Rumah Untuk Investment?

Rata-rata dah tahu yang sebelum ini aku ada menyediakan servis untuk menjadi agen lelong. Apa yg aku tawarkan adalah servis A to Z. Dari mencari listing unit yg sesuai dijadikan pelaburan, site visit, cek market value, cek market sewa, buat analisa, masuk bidding, pecah rumah, repair rumah, cari tenant. Semua benda ni aku buat pada harga yg murah. Bg aku harga yg aku letakkan adalah tidak berbaloi sebenarnya.

Ramai kawan2 aku katakan harga yg kenakan adalah sgt murah. Memang aku akui. Tapi kenapa aku teruskan dgn harga tu? sebabnya niat aku untuk tolong org lain mendapatkan rumah pelaburan pada harga dan kos yg murah. Macam mana diorang nk dapat harga dan kos yg murah jika aku caj tinggi.

Tu cerita lelong. Dan sekarang ni aku agak perlahan dgn unit lelong. Ramai jer client yang bertanyakan listing lelong baru. Aku tak sempat sekarang disebabkan aku banyak fokus kepada kereta sewa, KLezCar yang masih baru bertapak.

Alhamdulillah skrg ni aku dah ada team aku sendiri yang boleh menjalankan bisnes kereta sewa ini. Penglibatan aku secara langsung sudah mula aku kurangkan. Aku mula guide staf aku dari seorang runner biasa kepada seorang yang aku rasanya layak dipanggil seorang manager ataupun paling kurang supervisor.
Ingat, jangan kita menindas dan mempergunakan orang lain, dalam bahasa lembutnya memperkudakan orang demi kepentingan diri. Tak bagus beb, tak leh tahan lama punya, konfirm. (mcm dah ada pengalaman diperkudakan jer, ahaks)..

Dah tertubuhnya KLezCar. Skrg ni aku dan beberapa orang dah setup KLezProperty plk. Kami fokuskan kpd seminar dan menyediakan rumah subsale yg mana harganya 10-30% di bawah harga pasaran.
Tak paham kan? aku dah agak dah.

Kami cari rumah subsale yang mana rumah tu sesuai dibuat investment, ciri2 rumah investment mesti kena ada pada rumah tersebut. Kami akan nego harga utk dapatkan 10-30% below mv. Kami juga akan nego mengenai duit pendahuluannya. Jadi tak perlu lah keluarkan 10% sebagai duit pendahuluan. Dah kawtim semua, kami akan dahulukan duit kami utk byr booking rumah tersebut.

Dah ada beberapa unit pelaburan yang dah  kami booking, baru lah kami akan adakan satu seminar yang diberi nama Seminar Celik Pelaburan Hartanah (SCPH) dari jam 9am ke 2pm dgn kos bayaran rm50 sahaja.
SCPH ni kami akan kongsikan asas-asas pelaburan hartanah. Ianya amat sesuai utk yang baru nak bermula menceburkan diri dalam bidang ini. Untuk yang ingin belajar dgn lebih lanjut dan mendalam, kami akan rekemenkan Seminar Hartanah anjuran Shafie Bustan ataupon nama glamernya pie2020.

Di akhir SCPH, kami akan tawarkan kepada peserta seminar rumah pelaburan yang kami dah booking td. So peserta seminar hny perlu bawa dokumen utk submit loan shj. Yang lain kami akan uruskan. Dan sudah tentulah kami akan kenakan service charge terhadap rumah yang kami tawarkan itu dgn kadar yang berpatutan.

So, disini kami dah selesaikan mslah tentang pencarian rumah. Dan harga yang kami dapat dari ejen/tuan rumah pulak mestilah 10-30% di bawah harga pasaran. So buyer akan dapat buat markup loan, jadi duit downpayment nya akan jadi sikit la.

Lawyer plak kami dah  kawtim yang mana buyer hny akan byr kos lawyer setelah duit disburse. So buyer tak perlu upfrontkan duit mereka.

Next SCPH akan diadakan pada 29Jun ini, bertempat di office KLezcar, no 26/3, jln pjs 3/34, taman sri manja, 46000 pj, slgr.
Bayaran RM50 shj, boleh di bank in ke dlm akaun cimb SS Niaga Services 12680000842109.
Emelkan bukti pembayaran dan details anda (nama, emel, no tel) kepada info@klezcar.com dengan subjek SCPH29Jun.

Sila buat tempahan awal untuk mengelakkan dari seat penuh.

p/s: Rumah yang kami tawarkan ini adalah khas utk peserta seminar shj. Tak boleh beli jika tak dtg seminar kami.

10 comments:

  1. Terbaik...memang win win situation

    ReplyDelete
  2. Range harga rumah berapa? kawasan mane?

    ReplyDelete
  3. berminat....tarikh selepas 29 june bila ya? 29 june pergi bercuti..

    ReplyDelete
  4. bila nxt seminar????

    serius nak join.

    ReplyDelete
  5. Updatela kitorang untuk seminar ye...dah terlepas pulak...hu3

    ReplyDelete
  6. salam..,di taun 2014 ni masih ade lagi servis ni..berminat nak dpat kan umah bawah market value

    ReplyDelete
  7. Assalam... Sgt2 berminat..
    Dh la ilmu dpt rumah below market value pn dpt..
    Thn 2014 ni ada lg x seminar mcm ni..
    Macam mane nk tau ye..
    Boleh email x perkembang yg bakal dtg.. hafiz_zmn@yahoo.com

    ReplyDelete