Thursday, June 13, 2013

Aku Nak Jadi Retis

Last Monday kami, KLezcar menerima kunjungan dari pihak Astro Awani yang di ketuai oleh Saudara Hilal Azmi dari segmen bisnes alternatif. Pukul 1230 tghr pihak Astro sampai di opis kami.

Sebenarnya benda ni aku dah plan dari 2 minggu lps lg. Dah set appoinment utk sesi production ini. Dlm masa 2 minggu ni sempat la aku gi buat facial dl. Hehe. Tak nak kalah aku kat MAMAT ni.

Neves dan gelabah.. Mana taknya, ni lah pertama kali aku di temu ramah nak masuk tv. Ahh belasah jer la, takkan nak tolak peluang ni kan. Dan peluang ni aku yang cari. Dan peluang ni kosnya adalah FREE, mau tolak lagi ker?

Bercakap pasal peluang, bagi aku ini adalah peluang keemasan untuk menaikkan lagi nama KLezCar di peringkat nasional. Jika untuk mengiklankan sesuatu brand atau produk di tv, ianya menelan kos yang tinggi. Kos yang amat tinggi bagi sykt yang masih lagi baru macam kami. Dengan adanya peluang yang sebegini, sudah tentulah kami tidak ingin lepaskan begitu sahaja.

Sebelum ni aku ingatkan dia akan bg aku soalan-soalan yang bakal ditanya masa rakaman, rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Dia main tanya apa yang terlintas di fikiran dia jer, dan aku plk kena jwb on the spot. Aduss. Menguji minda betul la.

Soalan demi soalan aku jawab. entah kena tak jawapan aku tu dgn soklan yg ditanya oleh Hilal tu. Ahh lantak la.. Janji masuk tv. hehe

Siapa cakap aku tak takut. Siapa cakap aku tak malu. Siapa cakap aku dah bersedia masuk tv. Jika aku layan kan semua benda tu semestinya aku takkan buat keputusan sebegini. Bagi aku kita mesti bijak ambil peluang risiko.











6 comments: