Monday, June 24, 2013

Anda Bermasalah Nak Beli Rumah Untuk Investment?

Rata-rata dah tahu yang sebelum ini aku ada menyediakan servis untuk menjadi agen lelong. Apa yg aku tawarkan adalah servis A to Z. Dari mencari listing unit yg sesuai dijadikan pelaburan, site visit, cek market value, cek market sewa, buat analisa, masuk bidding, pecah rumah, repair rumah, cari tenant. Semua benda ni aku buat pada harga yg murah. Bg aku harga yg aku letakkan adalah tidak berbaloi sebenarnya.

Ramai kawan2 aku katakan harga yg kenakan adalah sgt murah. Memang aku akui. Tapi kenapa aku teruskan dgn harga tu? sebabnya niat aku untuk tolong org lain mendapatkan rumah pelaburan pada harga dan kos yg murah. Macam mana diorang nk dapat harga dan kos yg murah jika aku caj tinggi.

Tu cerita lelong. Dan sekarang ni aku agak perlahan dgn unit lelong. Ramai jer client yang bertanyakan listing lelong baru. Aku tak sempat sekarang disebabkan aku banyak fokus kepada kereta sewa, KLezCar yang masih baru bertapak.

Alhamdulillah skrg ni aku dah ada team aku sendiri yang boleh menjalankan bisnes kereta sewa ini. Penglibatan aku secara langsung sudah mula aku kurangkan. Aku mula guide staf aku dari seorang runner biasa kepada seorang yang aku rasanya layak dipanggil seorang manager ataupun paling kurang supervisor.
Ingat, jangan kita menindas dan mempergunakan orang lain, dalam bahasa lembutnya memperkudakan orang demi kepentingan diri. Tak bagus beb, tak leh tahan lama punya, konfirm. (mcm dah ada pengalaman diperkudakan jer, ahaks)..

Dah tertubuhnya KLezCar. Skrg ni aku dan beberapa orang dah setup KLezProperty plk. Kami fokuskan kpd seminar dan menyediakan rumah subsale yg mana harganya 10-30% di bawah harga pasaran.
Tak paham kan? aku dah agak dah.

Kami cari rumah subsale yang mana rumah tu sesuai dibuat investment, ciri2 rumah investment mesti kena ada pada rumah tersebut. Kami akan nego harga utk dapatkan 10-30% below mv. Kami juga akan nego mengenai duit pendahuluannya. Jadi tak perlu lah keluarkan 10% sebagai duit pendahuluan. Dah kawtim semua, kami akan dahulukan duit kami utk byr booking rumah tersebut.

Dah ada beberapa unit pelaburan yang dah  kami booking, baru lah kami akan adakan satu seminar yang diberi nama Seminar Celik Pelaburan Hartanah (SCPH) dari jam 9am ke 2pm dgn kos bayaran rm50 sahaja.
SCPH ni kami akan kongsikan asas-asas pelaburan hartanah. Ianya amat sesuai utk yang baru nak bermula menceburkan diri dalam bidang ini. Untuk yang ingin belajar dgn lebih lanjut dan mendalam, kami akan rekemenkan Seminar Hartanah anjuran Shafie Bustan ataupon nama glamernya pie2020.

Di akhir SCPH, kami akan tawarkan kepada peserta seminar rumah pelaburan yang kami dah booking td. So peserta seminar hny perlu bawa dokumen utk submit loan shj. Yang lain kami akan uruskan. Dan sudah tentulah kami akan kenakan service charge terhadap rumah yang kami tawarkan itu dgn kadar yang berpatutan.

So, disini kami dah selesaikan mslah tentang pencarian rumah. Dan harga yang kami dapat dari ejen/tuan rumah pulak mestilah 10-30% di bawah harga pasaran. So buyer akan dapat buat markup loan, jadi duit downpayment nya akan jadi sikit la.

Lawyer plak kami dah  kawtim yang mana buyer hny akan byr kos lawyer setelah duit disburse. So buyer tak perlu upfrontkan duit mereka.

Next SCPH akan diadakan pada 29Jun ini, bertempat di office KLezcar, no 26/3, jln pjs 3/34, taman sri manja, 46000 pj, slgr.
Bayaran RM50 shj, boleh di bank in ke dlm akaun cimb SS Niaga Services 12680000842109.
Emelkan bukti pembayaran dan details anda (nama, emel, no tel) kepada info@klezcar.com dengan subjek SCPH29Jun.

Sila buat tempahan awal untuk mengelakkan dari seat penuh.

p/s: Rumah yang kami tawarkan ini adalah khas utk peserta seminar shj. Tak boleh beli jika tak dtg seminar kami.

Thursday, June 13, 2013

Aku Nak Jadi Retis

Last Monday kami, KLezcar menerima kunjungan dari pihak Astro Awani yang di ketuai oleh Saudara Hilal Azmi dari segmen bisnes alternatif. Pukul 1230 tghr pihak Astro sampai di opis kami.

Sebenarnya benda ni aku dah plan dari 2 minggu lps lg. Dah set appoinment utk sesi production ini. Dlm masa 2 minggu ni sempat la aku gi buat facial dl. Hehe. Tak nak kalah aku kat MAMAT ni.

Neves dan gelabah.. Mana taknya, ni lah pertama kali aku di temu ramah nak masuk tv. Ahh belasah jer la, takkan nak tolak peluang ni kan. Dan peluang ni aku yang cari. Dan peluang ni kosnya adalah FREE, mau tolak lagi ker?

Bercakap pasal peluang, bagi aku ini adalah peluang keemasan untuk menaikkan lagi nama KLezCar di peringkat nasional. Jika untuk mengiklankan sesuatu brand atau produk di tv, ianya menelan kos yang tinggi. Kos yang amat tinggi bagi sykt yang masih lagi baru macam kami. Dengan adanya peluang yang sebegini, sudah tentulah kami tidak ingin lepaskan begitu sahaja.

Sebelum ni aku ingatkan dia akan bg aku soalan-soalan yang bakal ditanya masa rakaman, rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Dia main tanya apa yang terlintas di fikiran dia jer, dan aku plk kena jwb on the spot. Aduss. Menguji minda betul la.

Soalan demi soalan aku jawab. entah kena tak jawapan aku tu dgn soklan yg ditanya oleh Hilal tu. Ahh lantak la.. Janji masuk tv. hehe

Siapa cakap aku tak takut. Siapa cakap aku tak malu. Siapa cakap aku dah bersedia masuk tv. Jika aku layan kan semua benda tu semestinya aku takkan buat keputusan sebegini. Bagi aku kita mesti bijak ambil peluang risiko.











Tuesday, June 11, 2013

Seminar Hartanah 8 dan 9Jun2013

8 jun 2013 merupakan hari berlangsungnya buat pertama kalinya Seminar Celik Pelaburan Hartanah anjuran KLezProperty (anak sykt KLezCar) di Bilik Seminar ibu pejabat KLezCar. Apa yang kami kongsikan kepada para peserta adalah bagaimana atau apa kaedah yang perlu dilakukan oleh para peserta sebelum mereka melangkah masuk ke dunia pelaburan hartanah.

Tiada guna anda membuat pelaburan hartanah bernilai jutaan ringgit jika anda tidak pandai utk menguruskan kewangan anda.

Alhamdulillah seminar celik pelaburan hartanah pertama kali ini berjaya mengundang 15peserta yang rata-ratanya dtg dari lembah klang. Tapi ada 2 org peserta dtg sejauh dari Johor dan sorang lagi peserta siap naik flight dari Kota Bharu ke KL semata-mata utk dtg mencari ilmu shj. Terharu plk aku rasa.

Para peserta dtg seawal jam 845am. Kami sediakan nasik lemak sebagai ganjaran kpd peserta seminar.  Kelas bermula jam 930am dan berakhir jam 2 lebih. Rata-rata para peserta berpuas hati dgn input yg di share pd pg itu. Ada yg tak percaya yang ini merupakan kali pertama kami mengadakan seminar ini. Alhamdulillah syukur.

Di hujung seminar, kami tunjukkan bonus yg kami sediakan iaitu 7 biji rumah yang amat sesuai utk dijadikan pelaburan yang mana ianya dijual pada harga 10-30% di bawah harga pasaran.

Terperanjat para peserta seminar apabila kami tunjukkan satu persatu unit yg kami telah jumpa dan telah kami booking. Ada diantara peserta beritau yg dia dah 5 kali pergi tgk rumah tp semuanya harga above mv. Bkn satu perkara yg sng nak dpt unit yg mcm ni.





Selesai sudah seminar pada 8jun. Bersambung plk seminar hartanah bersama Shafie Bustan dan Shahril Sidek plk yang berlangsung pd 9jun.

Yg bg nama utk hadir pada 9jun ini seramai 25org. Dan yg muncul plk seramai 31 org. Mak aii. Mana dtg 6 org lg ni. Nasib baik setup bilik seminar tu berjaya memuatkan 31 peserta.  Bermula jam 930am dan berakhir pada jam 530pm, aku dan pie di asak bertubi tubi dgn soalan yang mencabar minda dari setiap peserta. Nasib baiklah ilmu dan pengalaman yg dipinjamkan kepada kami ini mampu utk memuaskan hati peserta.

Dari bab financial management ke topik hartanah subsale, sentuh plk pasal topik hartanah lelong yg menjadi topik utama, sentuhan mesra di berikan ke dlm topik homestay. Di akhiri dgn 5 kes study yang telah dilalui oleh pie2020.

Masing2 bulat bijik mata bila kira gross profit yg diperolehi oleh pie setelah jual unit tersebut dlm masa kurg 1 tahun. Ada yg profit 50k, ada yg 86k, ada yg hampir 100k. Wowww.






Tarikh strsnya utk Seminar Hartanah bersama pie2020 dan shahril sidek akan diadakan pada 16jun13.  Masih lagi tinggal 4 seat kosong shj. Fee nya adalah rm250 shj.
Boleh bank in ke dlm akaun cimb SS Niaga Services 12680000842109.  Dah bank in sila sms kat 0179391161.

Jika terlepas date 16hb ni, belum ada tarikh yg seterusnya lg setakat ni. Jd booking cpt2 la.

Sunday, June 2, 2013

Review projek baru_Zeva

Tapak projek ni dlm kwsn aku bermain. Di kawasan yg sesuai utk dijadikan sebagai pelaburan. Ramai yg tahu mengenai betapa establishnya Equine Park ini. Mengenai lokasi, mmg dah kena dgn taste aku.

Aku tgk kpd design nya plk. Apa yg boleh aku katakan adalah woww.. mmg design yg terkini. Siap ada macam beranda cermin lak tu. Serius aku x sanggup nak berdiri kat situ, gayat beb. Memang futuristik dan ada nilai2 komersial, siap ada unit retail lagi kat bwh tu. Turun jer rumah dah boleh gi shopping. Best betul.

Bumiputra memang didahulukan. ada promotional package untuk pelabur bumiputra :-
- Lowest selling price : RM 258,888 (Before 9% bumi rebate)
- 9% bumi rebate
- Fully furnished
- Free SPA Legal Fees
- Free 1 Car park space

Dah la dpt 9% rebate, rumah lak fully furnish tu. Bawak kain baju jer. So modal utk sewakan fully furnish dah jadi kecik. Developer yg sama jugak yg buat Zest pada tahun 2009, Dulu aku tgk unit ni dijual pada harga 200k++, skrg dh jd half a million.

Untung la saper yg beli dl, masa Zest dlm pembinaan aku masa tu duk kat Melaka. Sebulan skali aku turun ke rumah akak aku di Bandar Kinrara. Selalu la lalu depan Zest tu, hati mmg teringin sgt nak beli ms tu, tp apa kan daya ilmu yg ada pd ms tu membuatkan aku jadi penakut. Tapi aku tak menyesal, disebabkan aku jd penakut pada tahun 2009, skrg ni pada tahun 2013 aku dah jadi berani. Disebabkan apa yg aku lalui pada ms yg lalu lah akhirnya menjadikan apa yg aku jadi pd hari ini. So, kwn2 yg lain, jgn menyesali masa silam anda.

Kemudahan yg ada? malas aku nak taip, korang tgk gambar la skit.

Sumpah aku gayat beb...


Korang jer la duk situ, aku tgk dari jauh jer.



Pihak developer akan buat satu event khas kpd pelabur Bumiputra pada 9 dan 16hb Jun ni. Dan yg bestnya plk saper yg register awal akan dpt buku free, buku mcm kat bwh tu. Yang ditulis oleh otai pelabur hartanah malaya, Faizul Ridzuan. Nak register camner? bukak jer http://www.zeva.com.my/