Saturday, May 25, 2013

Kenduri Doa Selamat KLezCar

Jumaat yang lalu, kami pihak KLezcar telah mengadakan kenduri doa selamat. Jemaah masjid yang berdekatan kami jemput, datang la seramai lbh kurg 20 org jemaah masjid. Campur dgn geng2 keluarga kami menjadikan total seramai 30-35org.

Imam masjid ini memang sporting abis. Masa partner kami pergi menjemput dia utk majlis ini pada hari selasa, dia siap sound kat jemaah lain lagi, hari Jumaat ni kita makan kambing. Terkedu partner aku dgr dia sound gitu.Sporting betul pak imam ni.

Majlis bermula slps solat Isyak. Mula-mula berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad SAW sementara menunggu beberapa ahli jemaah lain yang belum tiba. Dah cukup korum, kami semua sembahyang hajat. Meminta dariNya pertolongan dan perlindungan keatas segala usaha yang kami lakukan. Semoga apa yang kami lakukan diberkati dan diredhaiNya, semoga segala urusan kami dipermudahkan, semoga dijauhkan segala benda-benda yang tidak elok terjadi kepada perniagaan kami.


Dah selesai sembahyang hajat, kami semua baca Yasin plak. Masing-masing baca dengan penuh semangat. Bgs betul la diorang ni. Dah selesai bacaan Yasin, jam dah menunjukkan pkl 10mlm. Aku percaya ramai diantara kami yang kelaparan, mana tak nya, pkl 10 belum dinner lg, termasuk la aku sbnrnya. Heheh.

Semoga usaha kami diberkati dan diredhai.


 Apa lagi, sembahnyang hajat dah, Yasin dah baca, masa untuk makan la plak kan. Semua di jemput turun Solat hajat dah, baca Yasin pon dah. Time untuk makan la plak. Jemput semua ke bawah, semua hidangan kami letak kat kaki lima kat bawah. Maklum la opis kami ni di tingkat 2.

Turun jer ke bawah, masing2 pergi beratur kat tempat tergolek. Apa yg tergolek? Kambing golek beb. Kat tempat nasi goreng dan lauk2 lain kosong. Heheh. Kuat betul penangan kambing golek ni. Masing2 berselera mlm tu.
Bila la nak bukak wrapping tu. Yang kat blkg tu, tgh usha kambing semacam jer. Hehe 

 Yang pakai baju Tshirt hitam tu byk giler makan kambing. Hehe..

Serius sedap beb.. Lembut dan tak berbau. 



Berselera tok imam makan. Alhamdulillah. Terima kasih pak imam. Next time kami ajak lagi. Takbir...


Puas hati dan jutaan terima kasih. Tu jer la yang kami dari pihak Klezcar ucapkan kpd yang sudi hadir. Insyaallah jika ada diberi rezeki, kami akan cuba jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti bulanan.

3 comments:

  1. alhamdulillah..moga2 allah merahmati majlis dan memberkati KLezCar..semoga allah menambahkan lagi rezeki klezcar dan bergerak lagi maju kehadapan..insyaallah..aammeen

    ReplyDelete
  2. Ade contact x utk sewa kereta kat sabah?

    ReplyDelete