Monday, May 27, 2013

Jangan berkira untuk membeli rumah

Hidup sebagai seorang yang normal akan menjadikan kita berkira utk membeli rumah. Berkira yg mcm mn tu?

1- terlalu memilih. Tak nak rumah yang kecik-kecik ni. Apa kelas bro rumah flat atau pon apartment,  paling tidak pon double storey.  Barulah kena dgn jawatan sbg executive kan. (Dia tak sedar yg skrg ni tinggal di rumah sewa, flat lak tu. Hehe).

2. menanggap yg pembelian rumah ni merupakan satu keputusan yg plg bsr dlm hidup. Mana tak nya, teramat jarang kita dgr org beli rumah setiap tahun. Yang biasa kita dgr, org beli kete jer, selang beberapa tahun tukar kete. Rumah duk rumah sewa. Br ada klas.

3. Tiada pendedahan. Siapa yg bertanggungjawab utk dedahkan mengenai pelaburan hartanah kepada kita semu? Kerajaan? Cikgu sekolah? Mak ayah? Kawan2? Tiada mana2 pihak yg bertanggungjawab.  Ianya menjadi tanggungjwb kita sendiri untuk mencari ilmu pengetahuan dlm dunia pelaburan hartanah ni. Jangan salahkan mana2 pihak jika kita tak tahu ttg wujudnya skil dan teknik2 dlm bidang ini.

4. Kelompok kawan sekeliling. Pengaruh rakan sebaya amat kuat. Ianya akan secara tidak langsung akan mencorakkan kehidupan kita. Jadi pilih lah kawan2. Sentiasa berkawan dgn orang yg positif. Tinggalkan ajer kawan2 yg negatif tu. Bg aku sng, jika nk berjaya follow org yg dah berjaya, berkawan dgn mereka ini. Kita secara tak lgsg akan belajar sesuatu antara kita sedar atau tidak semasa kita bersama mereka ini. Sbg contoh, sebelum ni kita selalu solat dihujung waktu. Tapi bila kita bersama mereka, dgr jer azan terus diorang ajak kita ke masjid. Antara sedar dan tidak, kita akan terikut-ikut style mereka.



3 comments:

  1. cantik ayat, menusuk kalbu.... baik utk share ni... :)

    ReplyDelete
  2. realitinya mmg begitu..sembang gebang je lebih,buatnya hampeh,apa pn tadak

    ReplyDelete
  3. beli rumah subsale byk owner atau proses nak tukar nama tu panjang..ada tips macam mana nak mendapat keuntungan sewa dgn lebih cepat? at least bole cover benda lain dgn duit tu :)

    ReplyDelete