Thursday, May 23, 2013

Dewan Seminar Bajet KLezCar

Sabtu lepas dewan seminar KLezcar telah ditempah oleh satu pihak untuk menjalankan seminar fcpo. Dan sehingga hari jumaat jam 330ptg, dewan seminar kami belum mempunyai aircond, belum mempunyai kerusi, belum lagi mempunyai meja.

Aku bertanggungjawab untuk menyediakan 3 benda utama ini. Atas beberapa sebab semua kerja ini terpaksa dilakukan last minute.

Aircond pada mulanya kami berkira-kira nak beli aircond baru. Tapi mahal la plk. Dah nama pun dewan seminar bajet, jadi semua brg2 pon berlandaskan kos yg bajet jugak la. Tapi walaupun bajet, kualiti tetap diutamakan.

Untuk aircond ni, kami beli aircond jenis cassette,  jenis yg built in kat siling tu. Ada 4 penjuru yg akan bertiup angin sejuknya nanti. Barulah selsesa peserta seminar kelak kan. Aircond ni 3hp, dari brand York. Harhanya siap psg rm1600. Tambahan rm300 utk copper sebab tambahan copper sepanjang 20kaki lagi diperlukan.


Orang yg pasang aircond ni hny muncul pada jam 4ptg. Risau plk aku takut2 tak siap pasang jer benda alah ni. Kalau tak siap, jawabnya kena pakai kipas la esok ni. Jam 730pm, Alhamdulillah aircond siap dipasang, berfungsi dgn baik. Done satu job.

Abis bersepah office, dgn debu dan habuk merata sbb diorg drill lubang nak psg aircond tu. Kena mop dan kena kemas dl.

Pkl8pm, hny kerusi shj yg smp. Mana meja yg aku tempah skali dgn kerusi? Hangin satu badan aku. Aku pergi ke kedai perabot tu tny apasal hny kerusi shj yg smp. Boeh dia ckp yg meja hny akan smp plg awal pkl11am esok. Sedangkan program esok nak stat pkl830am. Ya Allah, ini cubaan buat insan kerdil mu.

Sebagai solution sementara, kedai bersetuju pinjamkan 10 biji meja yg berlainan saiz sbg ganti. Alhamdulillah 10 biji boleh digunakan utk 20org. Cukup la utk cover peserta esok.  Pkl 10pm kedai perabot htr 10 biji meja yg dipinjamkan dl. Lepas la utk event esok.

Lapar, dan masih byk lagi benda kecik yang belum settle utk event esoknya. Mop lantai belum, kemas opis belum, plastik balut kerusi belum bukak lg. Aku dan partner aku ambil keputusan utk mop lantai dl dan br gi mkn. 2 kali kena mop sbb byk habuk akibat dari pemasangan aircond.

Pkl 1am pinggang dah lenguh, balik umah tidur. Pukul 3am partner aku dari Gombak dtg opis utk settlekan kerja yang berbaki. Thanks beb. Aku dah x larat dah. Dia sambung keje-keje bukak plastik balut kerusi dan susun meja n kerusi dlm dewan seminar. Bahagian opis kat depan tu pun belum siap kemas lagi, dia jugak yg tolong siapkan.

Esoknya jam 8am aku smp opis. Menu nasik lemak dah smp, sedap pulak nasik lemak dia ni. 1st time aku try deal ngn kedai mkn ni. nasib baik tak mengecewakan. Peserta mula membanjiri opis klezcar. Apa lagi, pekena nasik lemak dulu la sblm kelas bermula.

Jam 930 kelas bermula. Pukul 1 rehat utk lunch. Dan menu lunch bukan calang2 beb, kambing golek sekor. Siap golek kat bawah opis aku lg.







Kelas abis pkl 6pm. Pukul 8pm semua peserta pulang. Boleh rehat.

Untuk kwn2 yg nk menyewa bilik seminar klezcar, harganya adalah rm100 shj. Dari jam 8am-7pm. Apasal murah? ini adalah sebahagian dari charity pihak klezcar.



1 comment:

  1. TERBAIK.

    Tuhan sengaja kasi susah, supaya kita rasa nikmatnya bila smua kesusahan itu hilang satu persatu...

    ReplyDelete