Friday, May 31, 2013

Seminar Hartanah SS Bersama Sifu Pie2020 - 2nd Batch - 16Jun2013

Atas desakan oleh beberapa peserta yg kecewa tak dapat join 1st seminar yg bakal diadakan pada 9jun13, aku dan Pie terpaksa open satu date lagi iaitu pada 16Jun13 untuk mengadakan seminar yg kali keduanya.

Untuk yg seminar 1st batch tu, boleh rujuk posting aku --> Seminar Hartanah

Sebenarnya mmg tak ada plan lgsg utk aku dan Pie mengadakan next seminar dlm masa yg terdekat. Bg aku masa tu agak dekat, selang seminggu jer. Tapi takper la, demi tidak mengecewakan peserta yg benar-benar nak bljr ilmu hartanah yg akan disampaikan oleh Pelabur Tegar hartanah, aku terpaksa redha. Apa yg aku dan pie akan kongsikan dlm seminar ini adalah dari sudut seorang pelabur, dari sudut seorang player in this game. Bukannya setakat teori semata-mata.

Memang ssh utk aku tukarkan pengalaman aku ke dlm bentuk kata-kata. Tapi aku akan cuba yg terbaik utk kongsikan dgn para peserta nanti mengenai apa kesilapan aku, apa yg aku terlps pandang, agar para peserta dpt jd kan iktibar dan strsnya diorang tidak mengulangi lagi kesilapan aku.



Kepada yang berminat untuk mengisi kekosongan yang tinggal beberapa seat lagi tu, boleh lah buat pembayaran kat akaun cimb SS NIAGA SERVICES 12680000842109.
Dah buat pembayaran tu, sila lah sms kat 017 939 1161 nama, no tel dan emel. Jgn lak dah buat payment tu diam jer.

Ni details ttg seminar tersebut.

Maklumat seminar hartanah ini ialah seperti berikut :-

Tarikh : 16/6/2013 (ahad)
Masa : 9.30am – 5.30pm
Tempat : No 12-1 , Jalan Putra 3, Taman Putra, 43000, Kajang Selangor
Bayaran : RM 250 seorang …

Monday, May 27, 2013

Jangan berkira untuk membeli rumah

Hidup sebagai seorang yang normal akan menjadikan kita berkira utk membeli rumah. Berkira yg mcm mn tu?

1- terlalu memilih. Tak nak rumah yang kecik-kecik ni. Apa kelas bro rumah flat atau pon apartment,  paling tidak pon double storey.  Barulah kena dgn jawatan sbg executive kan. (Dia tak sedar yg skrg ni tinggal di rumah sewa, flat lak tu. Hehe).

2. menanggap yg pembelian rumah ni merupakan satu keputusan yg plg bsr dlm hidup. Mana tak nya, teramat jarang kita dgr org beli rumah setiap tahun. Yang biasa kita dgr, org beli kete jer, selang beberapa tahun tukar kete. Rumah duk rumah sewa. Br ada klas.

3. Tiada pendedahan. Siapa yg bertanggungjawab utk dedahkan mengenai pelaburan hartanah kepada kita semu? Kerajaan? Cikgu sekolah? Mak ayah? Kawan2? Tiada mana2 pihak yg bertanggungjawab.  Ianya menjadi tanggungjwb kita sendiri untuk mencari ilmu pengetahuan dlm dunia pelaburan hartanah ni. Jangan salahkan mana2 pihak jika kita tak tahu ttg wujudnya skil dan teknik2 dlm bidang ini.

4. Kelompok kawan sekeliling. Pengaruh rakan sebaya amat kuat. Ianya akan secara tidak langsung akan mencorakkan kehidupan kita. Jadi pilih lah kawan2. Sentiasa berkawan dgn orang yg positif. Tinggalkan ajer kawan2 yg negatif tu. Bg aku sng, jika nk berjaya follow org yg dah berjaya, berkawan dgn mereka ini. Kita secara tak lgsg akan belajar sesuatu antara kita sedar atau tidak semasa kita bersama mereka ini. Sbg contoh, sebelum ni kita selalu solat dihujung waktu. Tapi bila kita bersama mereka, dgr jer azan terus diorang ajak kita ke masjid. Antara sedar dan tidak, kita akan terikut-ikut style mereka.



Saturday, May 25, 2013

Kenduri Doa Selamat KLezCar

Jumaat yang lalu, kami pihak KLezcar telah mengadakan kenduri doa selamat. Jemaah masjid yang berdekatan kami jemput, datang la seramai lbh kurg 20 org jemaah masjid. Campur dgn geng2 keluarga kami menjadikan total seramai 30-35org.

Imam masjid ini memang sporting abis. Masa partner kami pergi menjemput dia utk majlis ini pada hari selasa, dia siap sound kat jemaah lain lagi, hari Jumaat ni kita makan kambing. Terkedu partner aku dgr dia sound gitu.Sporting betul pak imam ni.

Majlis bermula slps solat Isyak. Mula-mula berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad SAW sementara menunggu beberapa ahli jemaah lain yang belum tiba. Dah cukup korum, kami semua sembahyang hajat. Meminta dariNya pertolongan dan perlindungan keatas segala usaha yang kami lakukan. Semoga apa yang kami lakukan diberkati dan diredhaiNya, semoga segala urusan kami dipermudahkan, semoga dijauhkan segala benda-benda yang tidak elok terjadi kepada perniagaan kami.


Dah selesai sembahyang hajat, kami semua baca Yasin plak. Masing-masing baca dengan penuh semangat. Bgs betul la diorang ni. Dah selesai bacaan Yasin, jam dah menunjukkan pkl 10mlm. Aku percaya ramai diantara kami yang kelaparan, mana tak nya, pkl 10 belum dinner lg, termasuk la aku sbnrnya. Heheh.

Semoga usaha kami diberkati dan diredhai.


 Apa lagi, sembahnyang hajat dah, Yasin dah baca, masa untuk makan la plak kan. Semua di jemput turun Solat hajat dah, baca Yasin pon dah. Time untuk makan la plak. Jemput semua ke bawah, semua hidangan kami letak kat kaki lima kat bawah. Maklum la opis kami ni di tingkat 2.

Turun jer ke bawah, masing2 pergi beratur kat tempat tergolek. Apa yg tergolek? Kambing golek beb. Kat tempat nasi goreng dan lauk2 lain kosong. Heheh. Kuat betul penangan kambing golek ni. Masing2 berselera mlm tu.
Bila la nak bukak wrapping tu. Yang kat blkg tu, tgh usha kambing semacam jer. Hehe 

 Yang pakai baju Tshirt hitam tu byk giler makan kambing. Hehe..

Serius sedap beb.. Lembut dan tak berbau. 



Berselera tok imam makan. Alhamdulillah. Terima kasih pak imam. Next time kami ajak lagi. Takbir...


Puas hati dan jutaan terima kasih. Tu jer la yang kami dari pihak Klezcar ucapkan kpd yang sudi hadir. Insyaallah jika ada diberi rezeki, kami akan cuba jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti bulanan.

Thursday, May 23, 2013

Dewan Seminar Bajet KLezCar

Sabtu lepas dewan seminar KLezcar telah ditempah oleh satu pihak untuk menjalankan seminar fcpo. Dan sehingga hari jumaat jam 330ptg, dewan seminar kami belum mempunyai aircond, belum mempunyai kerusi, belum lagi mempunyai meja.

Aku bertanggungjawab untuk menyediakan 3 benda utama ini. Atas beberapa sebab semua kerja ini terpaksa dilakukan last minute.

Aircond pada mulanya kami berkira-kira nak beli aircond baru. Tapi mahal la plk. Dah nama pun dewan seminar bajet, jadi semua brg2 pon berlandaskan kos yg bajet jugak la. Tapi walaupun bajet, kualiti tetap diutamakan.

Untuk aircond ni, kami beli aircond jenis cassette,  jenis yg built in kat siling tu. Ada 4 penjuru yg akan bertiup angin sejuknya nanti. Barulah selsesa peserta seminar kelak kan. Aircond ni 3hp, dari brand York. Harhanya siap psg rm1600. Tambahan rm300 utk copper sebab tambahan copper sepanjang 20kaki lagi diperlukan.


Orang yg pasang aircond ni hny muncul pada jam 4ptg. Risau plk aku takut2 tak siap pasang jer benda alah ni. Kalau tak siap, jawabnya kena pakai kipas la esok ni. Jam 730pm, Alhamdulillah aircond siap dipasang, berfungsi dgn baik. Done satu job.

Abis bersepah office, dgn debu dan habuk merata sbb diorg drill lubang nak psg aircond tu. Kena mop dan kena kemas dl.

Pkl8pm, hny kerusi shj yg smp. Mana meja yg aku tempah skali dgn kerusi? Hangin satu badan aku. Aku pergi ke kedai perabot tu tny apasal hny kerusi shj yg smp. Boeh dia ckp yg meja hny akan smp plg awal pkl11am esok. Sedangkan program esok nak stat pkl830am. Ya Allah, ini cubaan buat insan kerdil mu.

Sebagai solution sementara, kedai bersetuju pinjamkan 10 biji meja yg berlainan saiz sbg ganti. Alhamdulillah 10 biji boleh digunakan utk 20org. Cukup la utk cover peserta esok.  Pkl 10pm kedai perabot htr 10 biji meja yg dipinjamkan dl. Lepas la utk event esok.

Lapar, dan masih byk lagi benda kecik yang belum settle utk event esoknya. Mop lantai belum, kemas opis belum, plastik balut kerusi belum bukak lg. Aku dan partner aku ambil keputusan utk mop lantai dl dan br gi mkn. 2 kali kena mop sbb byk habuk akibat dari pemasangan aircond.

Pkl 1am pinggang dah lenguh, balik umah tidur. Pukul 3am partner aku dari Gombak dtg opis utk settlekan kerja yang berbaki. Thanks beb. Aku dah x larat dah. Dia sambung keje-keje bukak plastik balut kerusi dan susun meja n kerusi dlm dewan seminar. Bahagian opis kat depan tu pun belum siap kemas lagi, dia jugak yg tolong siapkan.

Esoknya jam 8am aku smp opis. Menu nasik lemak dah smp, sedap pulak nasik lemak dia ni. 1st time aku try deal ngn kedai mkn ni. nasib baik tak mengecewakan. Peserta mula membanjiri opis klezcar. Apa lagi, pekena nasik lemak dulu la sblm kelas bermula.

Jam 930 kelas bermula. Pukul 1 rehat utk lunch. Dan menu lunch bukan calang2 beb, kambing golek sekor. Siap golek kat bawah opis aku lg.







Kelas abis pkl 6pm. Pukul 8pm semua peserta pulang. Boleh rehat.

Untuk kwn2 yg nk menyewa bilik seminar klezcar, harganya adalah rm100 shj. Dari jam 8am-7pm. Apasal murah? ini adalah sebahagian dari charity pihak klezcar.



Wednesday, May 15, 2013

Seminar Hartanah Bersama Sifu Pie2020 - 9Jun2013

Diantara benda yang aku plan nak buat pada tahun 2013 adalah seminar. Aku boleh dianggap sebagai masih mentah dalam bidang (seminar) ini. Masih banyak lagi yang aku kena belajar dan improvekan dari segi presentation skill, confident level utk bercakap di hadapan peserta dan juga dari segi slide presentation.
Bukannya senang nak bercakap di depan peserta seminar ni.

Yang datangnya bukan calang-calang orang, ada diantara mereka dah ada 3-5 biji rumah. Tapi mereka masih dahagakan ilmu. Ada juga yang datang untuk membuat networking baru, berkenalan dgn geng-geng hartanah baru.

Aku telah di offer utk JV projek seminar ini oleh sifu aku, pie2020. Aku amat bersyukur di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Pie. Ini adalah peluang aku untuk aku belajar, belajar cara bagaimana utk handle sesuatu seminar. Suatu benda baru bagi aku. Macam tak caya pulak aku yang aku diberikan peluang sebegini. Mana tak nya, selama ini pun Pie dah handle seminar ni seorang diri, ada gak yang berkolabrasi dgn otai-otai lain mcm Abang Ensem dan Rohaniah Noor. Nama -nama besar dalam industri pelaburan hartanah di Malaysia.

Disebabkan ini adalah projek pertama aku, aku request dgn Pie utk letakkan harga yang rendah utk seminar ini, harga pengenalan. So kami agree sebagai pengenalan, harga yang ditawarkan adalah rm250/head. Seminar ini hanya akan dibuka kepada 20 peserta shj. Setakat hari semalam, seat yang kosong tinggal 8 orang shj.

Kepada yang berminat untuk mengisi kekosongan yang tinggal 8 seat lagi tu, boleh lah buat pembayaran kat akaun cimb SS NIAGA SERVICES 12680000842109.
Dah buat pembayaran tu, sila lah sms kat 017 939 1161 nama, no tel dan emel. Jgn lak dah buat payment tu diam jer.

Ni details ttg seminar tersebut.

Maklumat seminar hartanah ini ialah seperti berikut :-

Tarikh : 9/6/2013 (ahad)
Masa : 9.30am – 5.30pm
Tempat : No 12-1 , Jalan Putra 3, Taman Putra, 43000, Kajang Selangor
Bayaran : RM 250 seorang …


http://www2.pie2020.com/blog/2013/05/09/pelaburan-hartanah/seminar-terdekat-aku-pada-962013/

Wednesday, May 8, 2013

New Myvi For Rent

Hari ni hari yang agak sibuk selepas aku bercuti 3 hari dari hari jumaat hinggalah hari ahad. Balik mengundi la katakan. Perjalanan balik ke kampung halaman agak rileks, tak byk kereta ms tu disebabkan aku bertolak jam 4am. Manakala perjalanan ke KL memang jem. 11 jam. Amat memenatkan.

Banyak kerja yang pending, terpaksa aku settlekan sikit demi sedikit kerja yang tertunggak. Antara kerja yang tertunggak aku settlekan adalah mengambil 2 lagi Myvi baru untuk disewakan. Kereta ini adalah kereta investor yang pajakkan kereta myvi tu kpd aku. Kereta ni aku sendiri pergi ambil di yard perodua kat jln genting klang. Dah jadi mcm salesman lak aku.

Bertambahnya 2 biji kereta sewa yang bernaung di bawah syarikat aku. Sekarang ni total kereta sewa yang dgn sykt aku adalah:
- viva = 5 biji.
- myvi = 7 biji.
- nissan sentra = 1 biji.
- alza = 3 biji.
- avanza = 1 biji.
- alphard = 1 biji.

Next akan keluar adalah Nissan Almeera, loan dah lulus 2 biji, mengharapkan beberapa biji lagi. Insyaallah bulan depan akan keluar kereta la.

So, untuk Myvi sewa ni adalah:
RM130 sehari.
RM250 utk 2 hari.
RM1800 untuk sebulan.

So kalau ada yang nak sewa, boleh lah call sy di talian 017 877 2280.

Nak tengok gambar kereta myvi baru ni? Kali ni yang 2 biji ni warna hitam. Asyik putih jer kan.