Tuesday, April 30, 2013

Rehatkan Minda Sejenak

Last week ada beberapa unit aku masuk lelong. Persaingan yang agak sengit sebenarnya, kemenangan hanya pada 1 unit sahaja sepanjang 2 minggu yang lalu. Pada aku, bukannya soal menang atau kalah yang aku ukur kan. Tak bebaloi pada aku jika menang pada harga yang tinggi, menang pada harga yang rapat dengan market value.

Aku lagi sanggup kalah dari menang pada harga tinggi. Itu pendapat aku. Sesetengah orang, asal masuk lelong jer dia nak menang. Tak kisah pada harga berapa pun. Janji menang. Sebab nya dia fikir dia dah penat buat homework dan dah bayar upah agent utk pergi bidding. Ada yang fikir macam ni.

Berapa sgt la upah agent tu, rm100-rm300 jer. Berbanding korang akan untung puluhan ribu jika menang rumah pada harga yang berbaloi-baloi. Apa la sgt rm100-rm300 tu.

Sabtu lepas aku mendapat jemputan dari keluarga kakak aku. Dah lama tak dinner family katanya. Memang betul pon, sejak aku buat bisnes ni, dah jarang aku pergi lepak2 rumah kakak aku. Jika dulu setiap 2 minggu mesti aku pegi sana lepak2. Pegi dinner sana. Walaupun jadual aku pada hari Sabtu agak padat sebenarnya, maklumla hari Sabtu ni ramai customer yang memerlukan kereta sewa. Dan pada hari ni jugak la, 4 biji dari 6 biji myvi keluar showroom. Nak kena pickup kat perodua Kajang. Namun begitu, aku 'mencuri' masa bekerja aku untuk aku spend masa bersama dgn family.

Pukul 4ptg aku gerak ke rumah akak aku. Naik satu kereta jer ke Shah alam plak utk ambil cousin aku. Dah pick up cousin aku, kami menuju ke Jeram, Kuala Selangor. Apa lagi, Aroma ikan bakar la yang menjadi port kami. Jam baru pukul 6 ptg, tapi pelanggan yang beratur nak pilih ikan, mak aii panjang nya boleh tahan gak.

Anak aku dan anak sedara aku tak duk diam, berlari ke sana sini. Anak aku ni kalau dah jumpa dengan cousin dia, memang geng la. Macam2 aktiviti, budak2 gitu la. Aku dulu2 lagi nakal kot. Aku sempat menikmati suasana sunset kat sana, menarik.



Terperanjat aku tengok lauk yang sampai. Mak aii, ni dah macam makan untuk 12 orang ni. Sampai kebanyakan lauk yang sampai tu terpaksa kami tapau bawak balik. Perut masing2 dah penuh. Dah tak larat dah. Ni la yang selalu terjadi bila mana abg ipar aku yang pilih lauk. Main ambik jer. Aku terpaksa menunggu budak2 sambil cop meja.

Sebelum balik, kami singgah kat Kg Kuantan. Tengok kelip-kelip sambil naik perahu. Tengok kelip2 tu tak der la best sgt bg aku, tapi yang aku best nya adalah naik perahu. Teringat masa kampung aku di landa banjir, umah nenek aku ada sampan. Masa sek men, sampan tu dah jadi macam hak aku lak. Pakcik aku dah ada bot. So aku la yang main sampan. Best2.. Siap buat 'perahu sewa' lagi, angkut orang kampung sebelah ke kg sebelah satu lagi. Orang yang nak gi keje, orang yang nak gi masjid, orang yang tak nak baju seluar diorang basah la. Sekali angkut dapat la 50sen rsnya. 

Di kg Kuantan, bayaran utk satu sampan tengok kelip-kelip ni adalah rm50, boleh muat 4 orang dewasa. Tripnya dalam masa 20-30 min pusing tepian sungai yang ada pokok Berembang, yang mana kelip2 ni suka duduk. 


Balik dari kg kuantan dah pukul 11pm. Aku pegi ambil myvi yang baru keluar showroom. Myvi ni yang investor punya, dia pajak kat sykt kami, KLezCar. Myvi dia sepatutnya keluar 6 biji. Tapi stok ada 4 bijik jer dulu. Lagi 2 bijik next week.

Kepada kawan-kawan yang memerlukan kereta sewa viva, myvi, alza, avanza, freed, odyssey, alphard boleh lah contact saya di talian 017-877 2280 untuk tempahan.



2 comments:

  1. work smart and always family first.... :)

    ReplyDelete
  2. As salam Bro. Tahniah atas kejayaan dalam bisnes car rental dalam masa yang singkat. Semoga Bro Shahril bertambah sihat dan bahagia, kaya dan berjaya. Amin

    ReplyDelete