Friday, April 19, 2013

Pentingnya Berada Di Kalangan Orang yang Positif

Salam Jumaat kepada kawan-kawan di luar sana.

Dah agak lama aku tak update blog aku, idea dah mula kurang sbnrnya. Tatkala terlintas utk aku menulis blog, masa pulak tidak mengizinkan aku. Minggu ni aku agak sibuk dgn membuat marketing offline untuk kereta sewa. Mana tak nya, loan investor utk 4 biji Myvi dan 3 biji Nissan Almeera dah approve. Sebelum kereta tu keluar showroom, aku kena pastikan marketing aku kuat dan demand terhadap kereta pajak ni berterusan. Tu utk 2 investor, ada lagi 2 investor yang tgh tunggu queue utk submit loan kereta. Sabar, tunggu.. Aku ambil pajak stage by stage.

Aku boleh definasikan diri aku sbg org yg bersungguh-sungguh dalam membuat satu kerja. Bila aku dah nekad nak buat, aku akan buat. Dan aku tak suka buat separuh jalan. Tetapi aku memerlukan Energy, aura dan support dari kawan2 sekeliling. Lumrah manusia biasa, aku juga akan down bila tiba masa-masa tertentu. Dan di saat ini lah, energy positif dan aura orang-orang sekeliling aku teramat diperlukan.

Pushing Factor. Satu benda yang akan membuat kan aku terpaksa kuat dan terus bangkit utk meneruskan perjuangan aku.

Seperti contoh: Aku ada 5 biji kereta sewa (viva), aku mampu utk run seorang diri tanpa memerlukan runner/staff. Buat apa aku perlukan runner lagi, baru 5 biji jer pun. membazir jer bayar gaji rm1k kat runner. Baik aku simpan duit tu. Aku terus mengambil keputusan begitu dan aku tetap dgn 5 biji viva aku dan marketing tak perlu aku push lagi disebabkan kuantiti kereta yang sedikit.

Impak: Aku akan berada di takuk itu shj. Dan aku sudah berada dalam satu zon yang selesa, iaitu comfort zone.

SAY NO TO COMFORT ZONE. Ianya akan menjadikan anda lebih berdaya maju dan hendak lagi maju kehadapan.

Senario yang berbeza: Aku masih ada 5 biji viva. Aku ambil runner yang bergaji rm1k walaupon aku masih lagi boleh handle sorang diri.

Impak: Aku terpaksa bekerja lagi gigih dan terpaksa menambah bilangan kereta sewa utk mengadakan kerja kpd runner aku dan utk cover gaji rm1k tadi. Secara tak langsung aku lagi maju satu langkah ke hadapan.

"The losers in life can’t push themselves because they think they’ve already arrived." -Robert Kiyosaki.


4 comments:

  1. yup. betul tu tuan. itulah momentum yang kita perlukan untuk bergerak lebih baik dan pantas.

    ada saya kongsi sedikit disini
    http://encikdin.com/cara-mudah-dapatkan-impian-korang/

    ReplyDelete
  2. wah, makin maju kehadapan la bro..ble la berguru lepas ni..

    ReplyDelete
  3. terbaik shahril sidek..bro la sifu,bro la idola kami..

    ReplyDelete