Wednesday, April 10, 2013

Hujung Minggu yang super pack

Weekend yang lepas memang satu hujung minggu yg bz bg aku. Seperti mn yg ramai ketahui, sabtu lps ada cimb mega auction yang bertempat di Hotel Istana. Dan seperti yang lps2, memang cimb mega auction ni akan mengundang ramai pembida walk in. Maksudnya pembida yang dtg sendiri tanpa di wakili oleh mana2 agent.

Apa mslhnya dgn pembida yang walk in ni? Biasanya diorang ni beli unit utk diorang tinggal sendiri. Dan bila mana diorang nak duduk sendiri, diorang pny budget mmg hangus la, mmg bajet pada harga mv jer diorg  ni. Dan ramai jugak di kalangan diorang ni yang tak tahu brp harga mv. 

Aku ada masuk 3 unit yang di kawasan yang slalu aku main. Dan seperti biasa,  kekalahan melanda utk ketiga- tiga unit tersebut walaupin harga yang client aku bajet tu dah dikira tinggi. 

Terlalu byk unit yang hot dilelong pada hari tersebut. Dan kebanyakannya terjual pada harga yang menghampiri harga mv. Bg aku, agak kurang bijak jika dibeli utk dibuat investment.  

Lelong stat pkl 1030am. Malam sblm tu aku dpt booking org nak sewa alza, 2 hari dan kereta perlu dihantar ke bkt puchong. Dan customer ni nak sewa bermula jam 11 am. Alamak, dah clash ngan auction yang pkl 1030 ni. So aku offer kat customer yang aku akan htr kete tu sblm pkl9, dan sewa hny bermula dari jam 11am. Kiranya customer dpt kete awal 2 jam free. Customer happy dan mslh aku selesai. 

Pkl9 aku dh smp ke lokasi penghantaran. Dan pkl 910am aku mula bergerak ke hotel istana. Jem tahap gaban kat jln puchong, ada eksiden dpn ioi. Terpaksa aku gunakan jln dlm utk elak jem. Dan disebabkan byk masa di bazirkan sebab jem itu,  aku amik keputusan utk baik ke rumah dan naik motor jer ke hotel istana.







Nasib baik sempat smp sblm auction bermula. Kat sana aku berjumpa dgn Faris Aswadi, Hafiz ejen lelong, bro budin dan beberapa kenalan lain lagi. Seperti biasa, kalah ketiga-tiga unit. hehe. Lps auction, kami semua lepak kat mamak sambil bertukar-tukar pendapat.

Selesai sesi melepak, aku ke Kajang utk ke opis sifu aku, Pie2020. Dia ada buat seminar hari tu dan menjemput aku utk berkongsi pengalaman aku sepanjang bergiat aktif dalam dunia hartanah ini. Terima kasih kepada Pie2020 kerana sudi menjemput aku. Cuak jugak aku bila bercakap dpn peserta seramai 12 org tu. Maklum la, ni benda baru bagi aku. Kalau setakat duk sembang kat kedai mamak tu, biasa la. Tak formal.




Seminar pie abis agak lewat kali ni, dalam pkl 7. Sempat gak aku lepak dgn Peruz yang dtg dari Terengganu, Bennie dan juga yang tidak asing lg, Usop. Heheh. Balik smp rumah dah pukul 810pm, badan terasa lesu dan mlm tu aku tidur awal. Tapi apa kan daya, aku terpaksa pegi tgk satu rumah yang aku handle bg pihak client di Bukit Subang.




No comments:

Post a Comment