Tuesday, April 30, 2013

Rehatkan Minda Sejenak

Last week ada beberapa unit aku masuk lelong. Persaingan yang agak sengit sebenarnya, kemenangan hanya pada 1 unit sahaja sepanjang 2 minggu yang lalu. Pada aku, bukannya soal menang atau kalah yang aku ukur kan. Tak bebaloi pada aku jika menang pada harga yang tinggi, menang pada harga yang rapat dengan market value.

Aku lagi sanggup kalah dari menang pada harga tinggi. Itu pendapat aku. Sesetengah orang, asal masuk lelong jer dia nak menang. Tak kisah pada harga berapa pun. Janji menang. Sebab nya dia fikir dia dah penat buat homework dan dah bayar upah agent utk pergi bidding. Ada yang fikir macam ni.

Berapa sgt la upah agent tu, rm100-rm300 jer. Berbanding korang akan untung puluhan ribu jika menang rumah pada harga yang berbaloi-baloi. Apa la sgt rm100-rm300 tu.

Sabtu lepas aku mendapat jemputan dari keluarga kakak aku. Dah lama tak dinner family katanya. Memang betul pon, sejak aku buat bisnes ni, dah jarang aku pergi lepak2 rumah kakak aku. Jika dulu setiap 2 minggu mesti aku pegi sana lepak2. Pegi dinner sana. Walaupun jadual aku pada hari Sabtu agak padat sebenarnya, maklumla hari Sabtu ni ramai customer yang memerlukan kereta sewa. Dan pada hari ni jugak la, 4 biji dari 6 biji myvi keluar showroom. Nak kena pickup kat perodua Kajang. Namun begitu, aku 'mencuri' masa bekerja aku untuk aku spend masa bersama dgn family.

Pukul 4ptg aku gerak ke rumah akak aku. Naik satu kereta jer ke Shah alam plak utk ambil cousin aku. Dah pick up cousin aku, kami menuju ke Jeram, Kuala Selangor. Apa lagi, Aroma ikan bakar la yang menjadi port kami. Jam baru pukul 6 ptg, tapi pelanggan yang beratur nak pilih ikan, mak aii panjang nya boleh tahan gak.

Anak aku dan anak sedara aku tak duk diam, berlari ke sana sini. Anak aku ni kalau dah jumpa dengan cousin dia, memang geng la. Macam2 aktiviti, budak2 gitu la. Aku dulu2 lagi nakal kot. Aku sempat menikmati suasana sunset kat sana, menarik.



Terperanjat aku tengok lauk yang sampai. Mak aii, ni dah macam makan untuk 12 orang ni. Sampai kebanyakan lauk yang sampai tu terpaksa kami tapau bawak balik. Perut masing2 dah penuh. Dah tak larat dah. Ni la yang selalu terjadi bila mana abg ipar aku yang pilih lauk. Main ambik jer. Aku terpaksa menunggu budak2 sambil cop meja.

Sebelum balik, kami singgah kat Kg Kuantan. Tengok kelip-kelip sambil naik perahu. Tengok kelip2 tu tak der la best sgt bg aku, tapi yang aku best nya adalah naik perahu. Teringat masa kampung aku di landa banjir, umah nenek aku ada sampan. Masa sek men, sampan tu dah jadi macam hak aku lak. Pakcik aku dah ada bot. So aku la yang main sampan. Best2.. Siap buat 'perahu sewa' lagi, angkut orang kampung sebelah ke kg sebelah satu lagi. Orang yang nak gi keje, orang yang nak gi masjid, orang yang tak nak baju seluar diorang basah la. Sekali angkut dapat la 50sen rsnya. 

Di kg Kuantan, bayaran utk satu sampan tengok kelip-kelip ni adalah rm50, boleh muat 4 orang dewasa. Tripnya dalam masa 20-30 min pusing tepian sungai yang ada pokok Berembang, yang mana kelip2 ni suka duduk. 


Balik dari kg kuantan dah pukul 11pm. Aku pegi ambil myvi yang baru keluar showroom. Myvi ni yang investor punya, dia pajak kat sykt kami, KLezCar. Myvi dia sepatutnya keluar 6 biji. Tapi stok ada 4 bijik jer dulu. Lagi 2 bijik next week.

Kepada kawan-kawan yang memerlukan kereta sewa viva, myvi, alza, avanza, freed, odyssey, alphard boleh lah contact saya di talian 017-877 2280 untuk tempahan.



Friday, April 19, 2013

Pentingnya Berada Di Kalangan Orang yang Positif

Salam Jumaat kepada kawan-kawan di luar sana.

Dah agak lama aku tak update blog aku, idea dah mula kurang sbnrnya. Tatkala terlintas utk aku menulis blog, masa pulak tidak mengizinkan aku. Minggu ni aku agak sibuk dgn membuat marketing offline untuk kereta sewa. Mana tak nya, loan investor utk 4 biji Myvi dan 3 biji Nissan Almeera dah approve. Sebelum kereta tu keluar showroom, aku kena pastikan marketing aku kuat dan demand terhadap kereta pajak ni berterusan. Tu utk 2 investor, ada lagi 2 investor yang tgh tunggu queue utk submit loan kereta. Sabar, tunggu.. Aku ambil pajak stage by stage.

Aku boleh definasikan diri aku sbg org yg bersungguh-sungguh dalam membuat satu kerja. Bila aku dah nekad nak buat, aku akan buat. Dan aku tak suka buat separuh jalan. Tetapi aku memerlukan Energy, aura dan support dari kawan2 sekeliling. Lumrah manusia biasa, aku juga akan down bila tiba masa-masa tertentu. Dan di saat ini lah, energy positif dan aura orang-orang sekeliling aku teramat diperlukan.

Pushing Factor. Satu benda yang akan membuat kan aku terpaksa kuat dan terus bangkit utk meneruskan perjuangan aku.

Seperti contoh: Aku ada 5 biji kereta sewa (viva), aku mampu utk run seorang diri tanpa memerlukan runner/staff. Buat apa aku perlukan runner lagi, baru 5 biji jer pun. membazir jer bayar gaji rm1k kat runner. Baik aku simpan duit tu. Aku terus mengambil keputusan begitu dan aku tetap dgn 5 biji viva aku dan marketing tak perlu aku push lagi disebabkan kuantiti kereta yang sedikit.

Impak: Aku akan berada di takuk itu shj. Dan aku sudah berada dalam satu zon yang selesa, iaitu comfort zone.

SAY NO TO COMFORT ZONE. Ianya akan menjadikan anda lebih berdaya maju dan hendak lagi maju kehadapan.

Senario yang berbeza: Aku masih ada 5 biji viva. Aku ambil runner yang bergaji rm1k walaupon aku masih lagi boleh handle sorang diri.

Impak: Aku terpaksa bekerja lagi gigih dan terpaksa menambah bilangan kereta sewa utk mengadakan kerja kpd runner aku dan utk cover gaji rm1k tadi. Secara tak langsung aku lagi maju satu langkah ke hadapan.

"The losers in life can’t push themselves because they think they’ve already arrived." -Robert Kiyosaki.


Wednesday, April 10, 2013

Hujung Minggu yang super pack

Weekend yang lepas memang satu hujung minggu yg bz bg aku. Seperti mn yg ramai ketahui, sabtu lps ada cimb mega auction yang bertempat di Hotel Istana. Dan seperti yang lps2, memang cimb mega auction ni akan mengundang ramai pembida walk in. Maksudnya pembida yang dtg sendiri tanpa di wakili oleh mana2 agent.

Apa mslhnya dgn pembida yang walk in ni? Biasanya diorang ni beli unit utk diorang tinggal sendiri. Dan bila mana diorang nak duduk sendiri, diorang pny budget mmg hangus la, mmg bajet pada harga mv jer diorg  ni. Dan ramai jugak di kalangan diorang ni yang tak tahu brp harga mv. 

Aku ada masuk 3 unit yang di kawasan yang slalu aku main. Dan seperti biasa,  kekalahan melanda utk ketiga- tiga unit tersebut walaupin harga yang client aku bajet tu dah dikira tinggi. 

Terlalu byk unit yang hot dilelong pada hari tersebut. Dan kebanyakannya terjual pada harga yang menghampiri harga mv. Bg aku, agak kurang bijak jika dibeli utk dibuat investment.  

Lelong stat pkl 1030am. Malam sblm tu aku dpt booking org nak sewa alza, 2 hari dan kereta perlu dihantar ke bkt puchong. Dan customer ni nak sewa bermula jam 11 am. Alamak, dah clash ngan auction yang pkl 1030 ni. So aku offer kat customer yang aku akan htr kete tu sblm pkl9, dan sewa hny bermula dari jam 11am. Kiranya customer dpt kete awal 2 jam free. Customer happy dan mslh aku selesai. 

Pkl9 aku dh smp ke lokasi penghantaran. Dan pkl 910am aku mula bergerak ke hotel istana. Jem tahap gaban kat jln puchong, ada eksiden dpn ioi. Terpaksa aku gunakan jln dlm utk elak jem. Dan disebabkan byk masa di bazirkan sebab jem itu,  aku amik keputusan utk baik ke rumah dan naik motor jer ke hotel istana.







Nasib baik sempat smp sblm auction bermula. Kat sana aku berjumpa dgn Faris Aswadi, Hafiz ejen lelong, bro budin dan beberapa kenalan lain lagi. Seperti biasa, kalah ketiga-tiga unit. hehe. Lps auction, kami semua lepak kat mamak sambil bertukar-tukar pendapat.

Selesai sesi melepak, aku ke Kajang utk ke opis sifu aku, Pie2020. Dia ada buat seminar hari tu dan menjemput aku utk berkongsi pengalaman aku sepanjang bergiat aktif dalam dunia hartanah ini. Terima kasih kepada Pie2020 kerana sudi menjemput aku. Cuak jugak aku bila bercakap dpn peserta seramai 12 org tu. Maklum la, ni benda baru bagi aku. Kalau setakat duk sembang kat kedai mamak tu, biasa la. Tak formal.




Seminar pie abis agak lewat kali ni, dalam pkl 7. Sempat gak aku lepak dgn Peruz yang dtg dari Terengganu, Bennie dan juga yang tidak asing lg, Usop. Heheh. Balik smp rumah dah pukul 810pm, badan terasa lesu dan mlm tu aku tidur awal. Tapi apa kan daya, aku terpaksa pegi tgk satu rumah yang aku handle bg pihak client di Bukit Subang.




Thursday, April 4, 2013

Kereta Sewa Alza

New money machines. Last week baru keluar kedai. Tak banyak pon pertambahan kali ni, 3 biji  Perodua Alza, bertranmisi Auto bagi kesenangan pengguna. Ini kereta investor yang pajak kat aku, KLezCar cawangan Puchong.

Alhamdulillah. Keluar jer showroom, keesokannya dah ada pelanggan yang nak sewa selama 2 hari. Sewa untuk Alza ni tak der la mahal sgt. Rm180 sehari. Sesuai la utk keluarga yang sederhana besar. Boleh muat 7 ahli keluarga.


Ini barisan kereta yang baru keluar last week. Untuk cawangan Shah Alam, Bangi dan Puchong. Last week jer pertambahan 10 biji kereta sewa yang akan berkhidmat di bawah payung KLezCar.



Jika ada yang berminat untuk menyewa kereta Viva, Myvi, Alza, Nissan Sentra, Avanza dan Alphard boleh la hubungi ni di bawah.
Boleh jugak layari website KLezCar.. Klik di sini--> KLezCar

[+] Condition kereta terbaikkk!!
[+] Berhawa dingin untuk keselesaan,
[+] Power windows untuk kemudahan pembayaran tol,
[+] Transmisi automatik mengurangkan kepenatan tekan clutch,
[+] Airbag untuk keselamatan,
[+] Power Steering...
[+] Tinted menambah keselesaan ketika cuaca panas..
[+] Boleh jalan jauh no problem

Kereta ready bila2 masa,
Telefon cepat, lambat tak dapat.. esp weekend.

Dokumen diperlukan:
[+]Salinan Kad pengenalan.
[+]Salinan Lesen memandu terkini.
[+]Bil utiliti(Air, Elektrik atau Astro) pastikan yang terkini.
[+]Kad Staff Syarikat atau Business Kad dan Kad pelajar bagi Student IPTA/IPTS.

RM180 sahaja untuk sehari. Lebih hari, lebih diskaun...
RM2400 untuk 30 sebulan.
Pastikan anda telefon untuk mendapatkan harga terbaik boleh runding.

Payment method:
Cash On Delivery. Deposit dipulangkan jika kereta dipulangkan dalam keadaan baik.

SMS kalau tak jwb call.
TQ

Shahril 017 8772280, 017 939 1161
KLezcar Puchong






Tuesday, April 2, 2013

Seminar Hartanah Oleh Sifu Aku

Aku rasa ramai yang dah tahu tentang siapa sifu aku dlm dunia pelaburan hartanah ini, tak lain tak bukan Shafie Bustan, atau lebih di kenali dgn Pie2020. Seorang full time pelabur hartanah tegar.

Banyak yang aku belajar dari beliau pada tahun 2007 lagi. Dengan hny bermodalkan teh tarik shj pada waktu itu. Ada jer benda yang aku tak tahu mengenai selok belok hartanah ini, aku tanya dan aku terus dapat jawapan tanpa dolak dalik. Tak lokek ilmu.

Mungkin ini lah apa yg dikatakan, lagi byk kita memberi, lagi byk yang kita akan dapat. Tgk la apa yg jadi pada beliau skrg. Ilmu2 hartanah yang dikongsikn bukan hny pada aku sorang, malahan ratusan orang akhirnya membuatkan dia lebih kaya dan berjaya.

Buat julung-julung kalinya aku telah di offer oleh sifu aku utk berkongsi sedikit mengenai pengalaman aku setelah bergelumang dalam pelaburan hartanah ini. Dari seorang yang makan gaji akhirnya mengambil keputusuan utk memecat bos aku. Hehe. (realy love this statement, pecat bos aku).

Bagi yang berkelapangan pada 6 April 2013, bolehlah join Seminar Hartanah ini dan insyaallah akan ada sedikit perkongsian pengalaman dari Shahril Sidek.

Untuk mendapatkan info lanjut mengenai seminar ini, sila KLIK --> Seminar Hartanah Pie2020 Pada 6.4.13 Bersama Shahril Sidek