Saturday, March 23, 2013

RAHSIA Untuk Meningkatkan Pendapatan Di Mata Pihak Bank

Post kali ni aku share real case study. Yang mana benda ni aku applied pada aku dan wife aku. Tak malu, tak segan, untuk aku dedahkan financial aku sekeluarga bagi tatapan umum demi untuk memberi sedikit ilmu yang mana aku rasakan berguna untuk semua. Bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk dengan apa yang aku ada. Aku tahu ramai lagi orang yang hebat dan lagi kaya dan berjaya kat luar sana. Tapi tak guna jugak jika tak nak share ilmu dengan orang. Intro jer dah kena basuh ni.. hahah..

Macam mana isteri aku yang bergaji sekitar RM1700 boleh membeli:

1) Apartment T RM132k.
    Installment RM600.  (aku round up jumlah utk senang kira)

2) Apartment PP RM113k.
     Installment RM550.  (aku round up jumlah utk senang kira)

3) Kereta RM52k.
    Installment RM450.

4) ASB loan RM100k.
    Installment RM600. (aku round up jumlah utk senang kira)

Cuba kita kira berapa installment bulanan yang harus di tanggung oleh isteri aku. 

600 + 550 + 450 + 600 = RM2200.

Gaji kasar RM1700 dan total komitmen RM2200.. Biar betul. Aku pon tak perasan. ingat kan tak sampai rm2k.

Korang nak tahu tak aku buat camner? Ke korang dah tahu? Takper la, aku citer jugak. Mungkin jalan yang aku guna tak sama dengan ko. Dan diharapkan jika jalan nya tak sama, tolong share jalan mana yang anda gunakan.

Berbalik kepada topik asal. Seperti kebanyakan pekerja gomen yang lain, wife aku ada jugak PL berjumlah RM12k. Aku kumpulkan cash dengan berbagai cara dan akhirnya aku dapat menutup PL tu, 2 tahun lps rsnya. Dengan tertutupnya PL itu, maka tiada sebarang komitmen yang ada pada diri bini aku. Tiada hutang kereta, tiada rumah dan tiada juga Card credit. Tenang dan tenteram tanpa hutang.. Hehe..

Disebabkan terlalu tenteram, maka aku mengambil keputusan utk keluar dari zon tenteram ni. Omputih cakap out of comfort zone. Nak kena ada hutang jugak br best. Maka bermulah kisah utk menambah hutang. Cerita nya bermula dari sini.

Apartment T beharga RM132k. Unit ni aku tinggal sendri, tak buat sewa. Aku beli unit ni menggunakan nama wife aku. Owner tak bagi mark up SnP, Aku bayar 10% dan selebihnya menggunakan pinjaman bank. Installment rm600.

Yang syoknya pasal Apt T ni adalah, jarak di antara tempat kerja bini aku dgn Apt T ni hanyalah sekangkang kera, less than 200 mtr. Kalau bawak motor, belum sempat masuk gear 3 dah smp. Kat sini aku dah jimat dari segi kos pengangkutan utk ke pejabat. Tidak perlu kenderaan, secara otomatik tidak perlu menanggung kos installment bank, maintenance dan insurans kete, minyak dan tol.

Sebelum ke kisah seterusnya, kita kira DSR terkini dulu. Gaji rm1.7k, hutang dah rm600. tinggal lagi rm1100. DSR jadi 35%.

Camner aku kira DSR?
DSR = (komitmen / pendapatan) x 100%

Apa itu DSR? Debt Service Ratio. Korang tanyalah pakcik Google kalo korang nak tahu lebih details.

Hah, ni dah smp bab yang PENTING, dah sampai ke topik RAHSIAnya. So, trick dia aku wat camni. Walaupon rumah ni aku duduk sendri dan tidak disewakan bilik atau mana-mana bahagian rumah ni kepada orang lain, tetapi aku buat satu tenancy agreement maya. Kenapa aku panggil sebagai TA maya? sebabnya nama penyewa dan details dalam aggreement tu adalah maya, maya semata-mata.

Nama penyewa dalam TA maya tu aku main petik jer, aku buh jer nama sesapa. Tapi untuk unit ni, aku buh spesel skit.. Aku buh nama company sebagai penyewa aku. Dan jumlah sewa nya adalah RM1500 sebulan. Untuk menjadikan ianya lebih real, aku siap stamping lagi, matikan setem. Dan untuk menjadikan ianya lebih real lagi, setiap bulan aku lalu kan duit rm1500 dalam akaun bini aku. Aku anggap korang dah paham maksud lalu kan duit itu.

Sekarang cuba kira balik DSR yang terbaru:
Income  = Gaji rm1700 + sewa rumah rm1500
             = rm2200.

komitmen = rm600 (Apt T)

DSR = 600/2200
         = 27%.

DSR dari 35% turun kepada 27%.

Macam mana DSR boleh menurun dgn adanya pertambahan hutang? Sepatutnya DSR dan pertambahan hutang adalah selari. Jika tambah hutang, maka DSR akan naik. Lagi tinggi DSR, lagi susah utk dptkan hutang.
Ini disebabkan oleh adanya pertambahan pendapatan. Pertambahan pendapatan yang dimaksudkan adalah pendapatan sewa rumah.

Next aku belikan satu rumah flat P melalui auction. Unit ni aku bayar cash dan unit ni gunakan nama wife aku jugak. Unit ni aku sewakan pada kadar rm330 shj. Satu TA maya aku buat lagi, sewanya aku letak rm1000 shj. Dan seperti biasa, aku lalu kan rm1000 setiap bulan dalam akaun bini aku.

Jom kira DSR yang baru.

Income dah jadi rm3200. Manakala komitmen still lagi rm600 sebab rumah flat P aku bayar cash.
DSR= 600/3200 = 19%.

Sekarang korang dah nampak tak apa gunanya TA maya? dan kenapa aku gunakan TA maya pada flat P sedangkan flat P tu memang ada penyewa dan TA yang betul...

Apartment PP1 plak, aku beli dan gunakan nama wife aku, rm90k. Berjaya markup SnP kepada harga 113k shj walaupon mv boleh pergi ke rm130k. Owner gayat nak bagi markup byk2. Tak kisah la. Dapat la cash back beberapa ribu. Installment rm550.

Bank dengan hati yang riang ria jer luluskan loan wife aku ni. Mana tak nya, DSR hny 19%. Rumah ni disewakan pada kadar baru iaitu RM750.

Seperti biasa, TA maya sekali lagi aku prepare, sewa maya nya adalah rm1500 shj. Dan seperti biasa, aku lalu kan rm1500 setiap bulan dalam akaun bini aku.

Jom kira latest DSR.

Income dah jadi rm4700. Manakala komitmen still lagi rm600 + rm550 = rm1150.
DSR= 1150/4700 = 23%.

Seterusnya aku beli kereta plak. Harga rm52k, byr downpayment rm15k kot. Installment rm450. Mulanya tak nak bayar downpayment pon. Tapi bank ni tak pandang sgt yang side income tu. Aku rasa ni officer yang baru atau kena officer yang tak leh kawtim. Disebabkan di kelaskan sebagai high komitmen, terpaksa la letak downpayment rm15k.

Yang kete ni aku belum lagi buat TA maya. Pada aku boleh jer buat. Soal bank nak ambil kira sebagai pendapatan sampingan atau tak, itu soal lain. Kita kena buat apa yang kita mampu dulu.

Last, aku buat LASB, rm100k. installment rm600. Lulus bersyarat disebabkan high komitmen. Syaratnya aku kena letak 3bulan advance payment dlm akaun. Tak jadi hal. Asalkan lulus pon dah cukup baik. Hehe..

Jadi, semua income maya dan komitmen wife aku adalah:

Income maya = gaji kasar rm1.7k + TA maya Apt T rm1.5k + TA maya Flat P rm1k + TA maya Apt PP rm1.5k  = rm5.7k

Komitmen = Apt T rm600 + Apt PP rm550 + kereta rm450 + LASB rm600 = rm2.2k.

Hah, sekarang korang dah nampak tak jalan yang aku gunakan untuk mengaburi mata pihak lawan. Tapi ingat, teknik ni pun ada limitnya. Walaupon korang pusing-pusing TA maya ni, sampai satu limit loan korang tetap akan sangkut.

Bila mana sangkut jer teknik ni, ada lagi teknik lain plak. Hehe.. Sabar-sabar. Jangan gelojoh. Jangan nak tahu semua benda, tapi satu benda pun korang tak praktikkan. Tak guna. Jadi untuk yang mana tergolong dalam golongan susah nak buat loan disebabkan high komitmen, boleh la try gunakan teknik dulu.

Insyaallah aku plan nak beli kereta beberapa bijik lagi dengan menggunakan nama wife aku. Kereta tu sebagai tambahan kepada kereta sewa yang aku sedang usahakan sekarang ini. Permintaan terhadap kereta sewa tinggi, melebihi supply yang pihak klezcar ada. Jika ada yang berminat utk menjadi investor kpd kereta sewa ini, syarikat kami sedia utk menjadi rakan kongsi anda.

Selamat mencuba, salam hormat dari Shahril Sidek.


110 comments:

  1. Salam,

    Untuk TA maya bagi kesemua aparment tadi, guna nama yang sama ke? atau reg company lain setiap satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna nama lain2 la. std penyewa biasa. setiap rumah berbeza penyewanya.

      Delete
  2. penyewa2 maya ni mmg wujud ker? macaman nak dapatkan consent penyewa2 maya ni? Lagi satu rental income drpd TA maya ni declare tak sebagai pendapatan masa buat e-filling?

    ReplyDelete
  3. bank tak check ke background penyewa maya tu? nama, no ic, wujud ke tak org tu etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni, bank tak pernah cek pon. kalo rs takut sgt. buh jer nama, ic dan no tel aku. kawtim baik pny.

      Delete
    2. berapa harga utk stamping? RM 10 je, atau kena ikut nilai sewa?

      Delete
  4. bijak...bijak...tak tahu rupenya demo lebih bijak dari appearance. Ini macam org tua kata, dia2 ubi berisi. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. good strategi...tapi hati-hati bro...semua TA yang baru nk bt stamping di LHDN dah kena isi borang istihar...means yr TA will bcome an additional income yg lhdn akan tax...lhdn ad database semua TA ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk stamping TA ni kena kat LHDN shj ker? hehe. ada lg loop hole tu.

      Delete
    2. boleh buat selain kat lhdn ke? hari tu saya tny lhdn, dia kata x boleh buat kat tempat lain..

      Delete
    3. terbaek la..bijak2..selain LHDN kita boleh buat stamping kat mna lg tuan?

      Delete
    4. korg try la google. Lps tu kongsikan kat sini.

      Delete
    5. aku pnh matikn setem utk TA kt pesuruhjaya sumpah (commissioner of oath)..

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. Stamping mmg boleh buat kat LHDN sahaja tapi kalau income untuk sewa rumah tidak melebihi 4 biji rumah ia tidak akan di kira sebagai pendapatan bercukai lg. klau dah lebih 4 bujik baru kene tax... :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Aku pun nak tanya benda yg sama. Ko create TA maya, xkena tax ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lah minded org kita, belum buat lg dah dipikirkan pasal tax la, apa la.. buat la dl, kalau kena bayar tax, bayar jer lah, brp sgt jer yg kena byr tu compare dgn apa yg kita dpt.

      Delete
  8. Caya le Shahril...terbaik. Hang byk rumah boleh buat TA. Aku ni x ada rumah sewa tapi solutionnya tetap sama(x payah buat TA & mati stamp hehehe).

    Buat aje dummy income jadi tenaga pengajar kat home tuisyen, pusat tuisyen ke, kelab ke (KHH?)etc. Lepas tu cari le mana2 receipt & jgn lupa masukkan RM ke akaun setiap bulan...tiru macam hang jugak!!!!

    ReplyDelete
  9. Berapa lama pihak bank nak tengok duit sewa atau extra income dalam acc bank kita ??

    thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. Impressive!! Nice idea untuk Gomen servant yang income limited.. Tapi setiap income dari sewaan tak declare untuk LHDN ka?

    ReplyDelete
  11. PL tu apa tuan? :P maaf den bukan keje gomen :P

    ReplyDelete
  12. salam

    Selain tenancy agreement apa lg ye bank tengok? Selain slip gaji, ada dokumen tambahan ke ye? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. TA ni hnylah dokumen tambhan. Dokumen wajib yg lain mcm ic, payslip, epf, bank statement.

      Delete
  13. sesuai untuk yang berani..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani?
      I am risk taker. Sy akan mengambil risiko pd umur muda skrg (bwh 40 kira muda la yer). Bila atas 40 sy tak nak ambil risiko lg. Masa tu just nak menikmati apa yg masa muda sy lakukan.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. terbaik tuan..rasa nak lepak sembang sekali menuntut ilmu sikit..sy ada buat JV car rental jugak..semua pakai nama wife..igat nak ikut teknik tn nie..tapi kena sembang2 dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok cantik tn..sy di oversea lg nie nanti sy balik sy hallow2 tn..tn pakai no mane satu skrg ya?

      Delete
    2. ok terima kasih tuan..iAllah nanti sy balik sy hellow2..

      Delete
  16. salam bos... asb loan pe yg terbaik skrg ni ek? lg 1, klau wife academic trainee, ada r income 2000 sbln, bleh beli rumah ke? sbb pnah tnye bank, ktanya takleh... minta pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm. Psl asb tu ko gi survey sendri jer. Rsnya x der mslh selagi ada payslip.

      Delete
  17. As salam. setahu saya bila TA ada stamping owner kene bayar tax disebabkan stamping tu. so macam mana u buat? mohon pencerahan di fb.firdauz.ibrahim. stylezz.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku cakap stamping tu pon aku tipu camner?

      Delete
  18. Cun..macam boleh praktikkan untuk isteri juga ni....

    ReplyDelete
  19. Tuan bank apa yang senang nak lakukan TNA kite..saya cuba dkt maybank..susah sangat tak lepas jgk dekat 5 biji rumah lebih kurang rm4500 (tenancy agreement penyata bank pon ada )tapi macam tak laku...nak refinance rumah sedia ada pon tak lepas huhuhu..bank bagi tau risiko saya tinggi (7) yang mudah..

    ReplyDelete
  20. satu strategi yg sangat bagus ni tuan..blh copy n paste..hehe

    ReplyDelete
  21. bro.. perkongsian yg ikhlas.. jarang jumpa org mcm bro tulis dlm blog.. tq for sharing bro.. ada masa nk jumpa kaut ilmu lg byk2 boleh x bro

    ReplyDelete
  22. duit yg dh masuk dlm bank tu boleh keluarkan ke x?

    ReplyDelete
  23. Anon 4:50pm..'lalu' tu maksudnya transit kejap jer duit dalam akaun biar ada rekod dalam bank statement..lepas tu tak kisah laa nak simpan terus atau nak keluarkan. Bro shahril..kalo ada isteri-isteri-isteri lg best kan apply kaedah ini hehehe..

    ReplyDelete
  24. terima kasih bro, sangat membantu dan sangat faham!!!

    ReplyDelete
  25. Sangat membantu semoga dirahmati allah atas keikhlasan tuan

    ReplyDelete
  26. As salam tuan. mohon share di blog saya. tq

    ReplyDelete
  27. memang superb shahril sidek... akan praktikkan mudahkan pihak lawan setuju...

    ReplyDelete
  28. Ya Allah,bagus sungguh info ni..
    otai2 hhartanah mungkin share benda ni dalam seminar dia org jer kot..hmmm
    x terfikir plak cuma buat 1 TA jer..
    sebab skang aku sewakan bilik..
    satu rumah ada 3 bilik dan gigih buat 3 TA...
    penah skali apply loan utk refinance rumah guna TA tp x lepas sebab bank cakap bnyak komitmen..
    adehh!!cane ek??bro Shahril apply dgn bank mana??
    harap boleh jumpa bro Shahril utk tuntut ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DSR = hutang / pendapatan.
      ramai org fokus kpd nk kurangkan hutang. Silap besar tu. Kita kena fokus kpd besarkan pendapatan.

      secara logiknya, mn senang nk settlekan hutang rumah yg byr bank rm500 sbulan dgn tambah pendapatan rm500 sebulan?

      Delete
  29. Salam..TQ for sharing...superbbb!!! Klu nama ada CTOS, blh x bt cara TA nie utk beli umah...nama CTOS tp x der komitment mana2...gaji 3k....

    ReplyDelete
  30. salam bro... leh jumpa dgn bro tak... nak sembang2

    ReplyDelete
  31. sya pon pernah bt mcm nie..utk loan ASB 50k,beli keta 56k,PL 5k,moto 6k...sedangkan sya fulltime housewife..skng sya nk mula brjinak2 tntg hartanah rumah pulak...hrap2 tuan bleh tunjuk ajar lgi mcm mna nk beli hartanah...tq

    ReplyDelete
  32. bukan bank ada minta EA / annual tax receipt kah? macam mana kalau dalam tax tu tak include pun jumlah pendapatan maya dalam TA maya tu.. mcm bank tak caya je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat ke blom? ke dgr2 jer khabar angin..
      tak semua bank mintak. ada bank yg x mintak. so apply la kat bank yg x mintak tu.

      Delete
  33. Idea yg bagus ni... Boleh aku cuba praktikkan ni... He3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. praktik dan ajarkan kpd org lain pulak.

      Delete
  34. perlukan bantuan tuan bagaimana nak draft TA tu?! terima kasih..

    ReplyDelete
  35. ada kawan buat mcm ni juga tapi masalahnya datang bila lembaga hasil dalam negeri datang untuk mengaudit pendapatan sebab milikan harta dan cukai pendapatan tidak selaras dengan apa yang diisytihar dalam borang BE....tidak dinyatakan pendapatan lain lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. LHDN amik secara rawak jer. bukannya semua org dia akan pergi. Dah nasib badan terkena kat kawan tu, rezeki dia la.
      Isu utama orang kita adalah takut LHDN kejar. Kalau dia kejar, apa mslhnya, byr jer la. Dan knp dia kejar, sbb dia tahu yg kita dah ada harta/duit. Byr jer la. Plg kuat kalau tak bayar, tak leh keluar negara je. Dlm 10 tahun yg lalu, brp kali la kita keluar negara?

      Delete
  36. perghh... aku dahteruja nih weh... tolom tolom,..

    ReplyDelete
  37. Br drop je kt cni..btw TA tu apa ye? Tq

    ReplyDelete
  38. As salam bro shahril..dri apa yg di coretkan dlm blog ,mmg taknik ni sungguh luar biase ,so ingin saya mencuba taknik ni tp x berapa lancar ,kalu x keberatan bleh ajar x pada saya cara2nya dr A to z saya ni mmg berminat al maklum la kami berpendapatan yg sederhana saya dan wife keje pn masih ade kekurangan kira high komitment la..kalu sudi emal la saya....

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. wslm. dtg jumpa jer la sng bro. aku malas nak emel2 ni. teknik yg kat atas tu dah details. x der apa yg perlu aku emelkan lg.
    dtg jumpa trs sng, dtg opis klezcar. free jer tak yah byr.
    kalau nk suh aku gi sana, maaf la.

    ReplyDelete
  41. sharing terbaek pernah sy baca! berhati2 bab perkataan 'menipu' blog ni agak umum bro.. kalu pro dia pakai term 'tax planning'.. hehe .. masa sembang okay.. ada masa TT skali.. sy savehp abg atas..tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kang kalo guna bahasa kiasan org x paham plk apa yg aku cuba sampaikan. anyway thanks for the reminder.

      Delete
  42. assalam...
    kalau nk buat TA tapi tumah still nama mak ayah akandatang mgkin mak ayah nk bagi kat sy...skrg ni sewa masuk akaun bank sy...bolh ke buat TA guna nama sy sbgai tuan umah walhal belum tukar nama lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni lebih kpd try n error. Kalau kita dah buat dan bank x terima, so nak buat camner.
      tapi kalau kita buat dan pihak bank terima, alhamdulillah.

      Delete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Benda ni undang2 rekacipra manusia je. Asik bank je tipu kita. Lps ni kita tipu bank tp cara yh smart. Cuba dptkn simpanan asb 1 juta. Brapa div dpt? Lg kayo dpd hartanah. X yah fees loyer, cukai majlis, cukai tanah,maintenance lg.
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan kamurul bg hint jer..
      bagi la skil dan teknik dia sekali agar org tak tertanya-tanya.

      Delete
  45. bagus idea nih thorbaekk (y).. kalau TA tu buatkan terbalik macam mana? maksud aku, beli rumah atas nama syarikat tapi penyewanya kita sendiri lah.. guane tu?

    ReplyDelete
  46. Replies
    1. ilmu yg baik elok kita panjang-panjangkan.. ada jugak saham kubur nanti

      Delete
  47. BRO..nk mintak pandangan. kwn ade rumah yg dibeli cash rm67k. rumah kos sederhana murah.buat personal loan. skrg nie ingat nk janakan duit kat ASB.. ingat nk jual rumah tu & msukan dalm ASB. tp syg plak nk jual rumah. agak kalo kwn cagarkn kat bank, dan duit tu msuk kan dlm ASB.. ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Personal loan brp internet?
      2. Interest refinance plk brp?
      3. Posing ASB brp plk dpt untung?

      Adalah untung no 3 bole cover no 1 & 2?
      Ada x possibilitities yg duit refinance tu di salah guna? Utk esok, utk tukar sport rim, beli sewa baru, pasang cabinet rumah dll.
      Kalau terslah guna, hancus.

      Delete
  48. Suka baca anak muda dr negeri yg sama dgn saya..tahniah....

    ReplyDelete
  49. Bro anonymous October 9, 2014....
    interest yg bank kenakan ke atas PL saudara tu x tinggi ke?
    ASB dividend boleh cover x interest PL tersebut?
    saya nk tau juga sebab pernah buat kira2....macam x boleh cover la..

    ReplyDelete
  50. Apa yg kakwan tengok shahril boleh buat mcm tu wlpun gj wife 1.7k dan commitment 2.2k ..commitment melebihi gaji....tapi sbb shahril ada backup..biz sewa kereta tu.....bagi ygxde backup susah jugak......so kena calculate jugak bg yg brkira2 utk buat.......biar mampu bayar wlpun komitmen melebihi gaji...😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak wan, utk rumah sewa saya, saya tak gunakan duit dari sumber lain (bisnes kereta sewa atau pun gaji) utk bayarkan installment rumah sewa tersebut. Semua duit pembayaran ke bank setiap bulan adalah dari duit sewa rumah unit2 tersebut.
      Setiap unit saya menghasilkan positive cashflow serendah rm50 sebulan. cukup la nak byr bank.
      jadi kat sini tak timbul isu saya ada bisnes lain.

      Delete
    2. hebat2..bleh ikut teknik ni...baru mula keje n masih tcari2 cara nk dapatkn asset...harap dpt bkongs rahsia..hehe

      Delete
  51. salam. maaf encik. nk btnya .konsep encik ni mesti ada nya dua org ka? ( bini and encik ) .kalo sorang saja, boleh ka? means xdak aliran duit dari yg lain, kcuali sewa and gaji tetap ja..
    terima kasih

    ReplyDelete
  52. Salam tuan.ada cara x saya nk buat personal loan guna nama Isteri yg xbkerja?saya x clear ccris, so ingt nk buat personal loan untuk settlekn hutang ttunggak dengan nama Isteri.

    ReplyDelete
  53. cayalah tuan...memang bergaya cara ni..system adalah system...dan tuan mmg lebih bijak dari system..hehehheheh

    ReplyDelete
  54. Stamping skng kne buat kt lhdn. Sbb hr tu buat buku bank hilg pon pegawai bank suh pg sndri pejabat lhdn.katanya bnyk kes penipuan... Tu yg semua kne g lhdn je. Bank pon dh xleh nk cop benda alah tu

    ReplyDelete
  55. yg penting boleh bayar la hutang2 bank tu....

    ReplyDelete