Thursday, March 7, 2013

Kami Sudah Bersedia Untuk Mengambil Kereta Pajak

Lama aku rasa aku tak update blog aku ni. Bukannya tak ada cerita yang aku nak kongsikan, tetapi kekangan masa yang menjadikan aku kurang berkesempatan untuk mengupdate blog aku ni. Boleh dikatakan sepanjang 2 -3 minggu ni, pukul 3-4 pagi aku baru balik ke rumah, dan keluar semula pada jam 10pagi. Banyak masa aku di habiskan pada bisnes kereta sewa.

Aku mempunyai impian yang besar dalam dunia perniagaan, tak kira dalam bidang hartanah mahupun kereta sewa. We must aim for the sky, if we fall down, at least we fall at the mountain.

Dalam bidang hartanah lelong terutamanya, aku sedang meng rekrut beberapa sahabat utk menjadi partner aku dlm hartanah lelong, dari segi mencari listing yang menarik, mencari kwsn yg berpotensi, dan juga yang mampu menawarkan servis A to Z. Aku pernah cakap yang aku aim 100 unit dlm ms sebulan. Ianya bukan mustahil bagi aku, kawasan jajahan perlu diperluaskan sehingga ke kwsn rawang dan seremban, partner harus di rekrut lebih ramai lagi.

Dalam bidang kereta sewa pulak. Aku sedang mencari 2 orang staff full time.
Kalayakannya senang shj:
  - jujur dan amanah.
  - mempunyai lesen motor dan kereta.
  - mempunyai komitmen kerja yang tinggi.
  - boleh kerja lebih masa.
  - keutamaan pada yang bujang dan mempunyai motorsikal.
  - asrama disediakan.
  - gaji rm1000.

Aku target akan ada 50 biji kereta sewa untuk menampung permintaan di kawasan Puchong, Petaling Jaya, Subang dan Seri Kembangan dalam masa yang terdekat. Sebelum ni dah ramai yang berminat nak pajak kereta mereka pada KLezCar, tapi masa tu kami masih di peringkat untuk push marketing. Sekarang permintaan terhadap kereta sewa melebihi apa yang kami ada. Jadi, sudah tiba masanya untuk kami mengmbil kereta pajak.

Aku terang kan sikit mengenai konsep pajak yang KLezCar tawarkan. KlezCar menawarkan sistem pajakan yang berlandaskan kepada konsep Mudharabah. Selepas berbincang panjang lebar dengan partner2 yang lain, kami sebulat suara bersetuju untuk menawarkan konsep ini. Ini kerana konsep ini bagi kami adil untuk kedua-dua belah pihak, pihak investor dan juga pihak syarikat. Jika untung, dua dua pihak untung, jika rugi, dua dua pihak rugi.

Syarat-syarat:

1) kereta baru
2) apa-apa jenis model, bergantung kepada market demand
3) urusan loan KLezCar boleh uruskan
4) kos gps ditanggung Investor
5) kos downpayment ditanggung Investor

contoh kos bulanan: myvi

Bayaran bulanan: 600

Mantainence: rm200 (minyak engine, oil filter (rm80), brekpad(rm60), minyak gear(rm30), basuh keta(rm20). kos ni boleh di kurangkan lagi kalau beli barang dalam kuantiti yg banyak.

Kerosakan major (contoh-drive shaft, absorber, mounting absorber, engine mounting, timing belt, lower arm, bearing, cluth plate, knuckle, gearbox),wear n tear (contoh-tayar, spark plug, mentol lampu, power window,kusyen) akan berlaku dalam bulan2 tertentu bukannya setiap bulan dan pada kebiasaannya selepas setahun perniagaan, ada juga 2 tahun,so kalau terjadi kos ini akan di masukkan kedalam jumlah kos bulanan di atas dan diambil dari lebihan bulan-bulan yang sebelumnya.

Insuran n roadtax: Rm100.

Pembahagian Profit:

Apabila jumlah sales di tolak dengan kos bulanan di atas, lebihan (profit) akan dibahagikan secara 60 (sykt) : 40(investor).
Kos bulanan sebuah Viva adalah rm800, myvi rm900 dan alza rm1000.

Kalau sales > kos, pembahagian keuntungan dikira mengikut nisbah persetujuan di atas.

Kalau sales = kos, KLezCar menanggung rugi masa dan kos operasi, kos pengiklanan, kos pejabat dan Investor tak dapat apa2 kecuali kos modal tadi.

Kalau sales < kos, KLezCar menanggung rugi masa dan kos operasi, kos pengiklanan, kos pejabat  dan Investor menanggung rugi bayar lebihan kos

kalau sales = 0, KLezCar menanggung rugi masa dan kos operasi, kos pengiklanan, kos pejabat  dan Investor menanggung semua kos modal.

Exit plan:
Contract bersama KLezCar adalah selama 2 tahun (diperbaharui setiap tahun sehingga 3 @ 4 thn bergantung kpd keadaan kereta). Selepas tamat contract,kalau nak renew contract, Investor kena dapatkan kereta baru yg lain sama ada trade in kereta sedia ada, jual atau sebagainya. Contract juga boleh di tamatkan bergantung kepada jangka hayat kereta, kalau tidak lagi dapat memberikan keuntungan sebaliknya memberi kerugian, kereta itu boleh dilupuskan.
Penambahan atau lebihan duit hasil dari hasil penamatan contract, Investor sahaja akan terlibat.

Risiko;
Risiko ditanggung sepenuhnya oleh pemilik kenderaan.
Risiko seperti kereta sewa digunakan untuk jenayah, samun, dadah, hilang, dicuri, saman dll.
Walaubagaimana pun, dengan pengalaman yang Klezcar ada, kami berjaya mengurangkan risiko-risiko ini dengan pendekatan yang telah kami guna pakai.
Akan tetapi, tidak dinafikan ada juga kes-kes yang terlepas dan menghadapi insiden seperti diatas.


Jika ada di kalangan pembaca yang berminat untuk memajak kereta, boleh menghubungi pihak Klezcar di talian 013 7256 777 untuk berbincang dgn lebih lanjut.

Ni plak gambar opis baru, terletak di kawasan taman medan, pj. Masih banyak yang kena buat dgn opis ni, akan di buat secara berperingkat. Semangat tu lain macam skit rasanya bila dah ada opis, walaupun tak beroperasi lagi. Excited tu lain macam jer, hehe.


Ruangan belakang
Ruangan belakang


Ruangan hadapan






74 comments:

  1. wah..dah mula nak berlari... tahniah..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. boleh jer. mmg kami memerlukan kereta pajak.

      Delete
    2. Boleh emailkan kat adyshah_alia@yahoo.com cmne prosuder nak bt pajakan kereta kat pihak tuan?bt pengetahuan tuan,kereta sy ada 3 buah akan keluar pd hujung bln nie.

      Delete
    3. Tlg call 0179391161 utk prompt reply. Dan mengenai cara pajakan, kena explain face to face.

      Delete
  3. lot ni nampak besar. berapa sqft?

    ReplyDelete
    Replies
    1. disebabkan terlalu teruja, sampaikan lupa nk tny brp luas opis ni. hehe

      Delete
  4. Bro..member2 yang ko kenal aje ke, ko akan terima untuk rekrut jadi partner rumah lelong ko..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesiapa yg berminat bro. x kisah aku kenal atau tak. kalo x kenal, maka kita berkenal kenalan la.

      Delete
  5. bro pajak kereta valid lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..nanti saya call bro, nak dapatkan info lebih lanjut.

      Delete
  6. ada myvi auto EZi 1.3 tahun 2012 bulan 9.colour putih.fully serviced by perodua.sy tolong orang sambung bayar,tapi rasa macam beban pulak.kalau deal okay.sy nak pajak kan.sampai maksimum tahun yg boleh.
    terima kasih.

    o126651667

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer deal. contact sy utk discuss lg lanjut, 0179391161.
      nak suh saya sambung byr pon boleh.

      Delete
  7. Assalamualaikum...

    Saya agak berminat utk pajak'n kreta Viva isteri saya..model tahun 2012...sebab lepas bulan 5 nie igt nk maintain 1 kreta sj..nk jual rugi..itu yg plan nk pajak'n sj..duk area Ampang...

    0132273688-Jaferi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. call jer 0178772280. nanti kita discuss

      Delete
    2. okay..thanks bro..nnt sy call...

      Delete
  8. Slan...area mana kete tu leh pajak? Kami penang..
    .tapi nk tny ktterangan lanjut....0134097204

    ReplyDelete
  9. salam bro. saya ada naza ria. boleh buat pajak x bro??

    ReplyDelete
  10. salam encik shahril waja 1.6 auto 2004 boleh tak di pajakan

    ReplyDelete
  11. salam encik shahril waja 1.6 auto 2004 boleh tak di pajakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm. Maaf kami hny ambil kereta baru shj utk dipajakkan.

      Delete
  12. Salam tuan, saya ada Proton Saga FL Auto April 2011. Milleage baru 32 k + layak ke kalau nak dipajakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami hny amik kete brand new shj utk pajak. Kalau kete lama kami boleh offer sambung byr je.

      Delete
  13. salam... kete persona tahun 2010 boleh dipajakkan lagi ke bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat nak pajak lg ke?

      Delete
    2. Yg sy perlukan skrg ni adalah:
      - vellfire
      - alphard
      - van hiace
      - alza

      Delete
  14. salam. kereta honda stream rn5 2005 boleh dipajak lagi x?? kereta jarang pakai just seminggu sekali kuar je.. mileage 90k++

    thaufan-0106273749

    ReplyDelete
  15. Tpt sy lg mudah..cmpany rental byr 1 kali ganda ikut ansuran bnk.investor tggung rtx ins je..maintnce sume cmpany

    ReplyDelete
  16. salam boss ... boleh bg list kereta yg senang utk dipajak x? atau yg hangat dipasaran?
    ingat nk pajak kereta baru

    ReplyDelete
  17. Salam. Buat ns ni sy mencari kereta exora dan van hiace. Tp ianya nestilah brand new.

    ReplyDelete
  18. bro,saya ada proton waja , saya beli cash ,
    saya nk buat refinance x boleh sbb sy bru abis study ,
    tp kalau pajak sy x de kenderaan ...
    call sy dulu ,sbb sy mmg nk ckp pasal bnde ni.. : 0196213500

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. syarikat kami menyediakan perkhidmatan pajak kereta untuk sewa dan jual kereta untuk sambung bayar. call :- 010-2251522

    ReplyDelete
  21. Salam...saya ade honda civic tahun 2010...boleh tak klau nk pajak..?

    ReplyDelete
  22. Salam...saya ade honda civic tahun 2010...boleh tak klau nk pajak..?

    ReplyDelete
  23. Salam...nissan sylphy 2011 nak pajak boleh ke?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta lebih dari 1 tahun, kami hny offer sambung byr shj.

      Delete
  24. Salam. Saya ada exora baru 2 biji akan kluar bln 5 ni. Berapa anggaran bulanan investor akn dapat utk satu kereta exora? Sekiranya berbaloi saya ingin pajak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      1. Kami menggunakan konsep mudharabah. Cara pembahagian profit boleh rujuk spt post diatas.
      Kami tidak menjanjikan fixed income utk setiap kereta.
      2. Permintaan terhadap kereta proton ini agak kurang berbanding dgn kereta perodua.
      Penggunaan petrol yg agak tinggi, kualiti produk yg agak rendah, maintenance yg agak tinggi.. ini semua menjadi faktor kenapa kami kurang suggest kpd investor utk memilih proton.
      Pd pandangan sy, baik beli alza dari exora.
      3. Apa plan asal sblm membuat keputusan utk membeli 2 exora?

      Delete
  25. Salam. Saya ada exora baru 2 biji akan kluar bln 5 ni. Berapa anggaran bulanan investor akn dapat utk satu kereta exora? Sekiranya berbaloi saya ingin pajak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm, mana berbaloi jika pajak. lg berbaloi jika buat sendiri.
      kami punya sistem pajakan adalah spt diatas. tak ada nilai/amount yg tetap.

      Delete
  26. salam... kalau kereta HONDA INSIGHT HIBRIT boleh tak?

    ReplyDelete
  27. Salam, kalau forte 2012 masih kira baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2014 - 2012 = 2 tahun, dah kira tak baru tu.
      lg pun kami x amik Kia, hyundai, chery. kami hny amik perodua, proton, honda, nissan, toyota.

      Delete
  28. As Salam,

    Saya ada myvi 1.3 manual 2009, tuan berminat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya kereta baru sahaja utk pajak ni. kereta lama kami offer sambung byr tapi smp tahun 2011 jer. bawah pada 2011 kami tak amik.

      Delete
  29. As salam

    Saya ada Serena Hi-brid (Baru) untuk dipajakkan. Harap dapat bekerjasama dengan tuan dal masa terdekat ini.

    ReplyDelete
  30. sy nak pajak kereta saga flx 1.3(2013) sy kerana ade masalah kewangan ...boleh whtsapp sy sbb nak tahu lbih lnjut ..sy di mlaka tq 0123643324

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  31. Salam tuan Shahril.. saya berminat nak pajakkan Myvi 1.5 se auto 2012 bermula bulan julai 2015 nanti.. harap masih ada ruang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kete 2012 kami offer sambung bayar sahaja.

      Delete
  32. Salam Tuan,

    Tuan cuma ambil kereta baru sahaja ke utk pajak? Kalau kereta persona auto 2012 tuan tak ambil ke.

    Kalau sambung bayar macam mana yer?

    Mohon pencerahan Tuan

    ReplyDelete
  33. Saya ada kereta Nissan xtrial 2.0 untuk dipajak

    ReplyDelete
  34. Salam tuan...

    utk pajakan kereta...katakn saye ada kreta axia 2015...bayaran bln RM500 sbln...apa yg KLezCar tanggung?

    adakah kos ini ditanggung ?
    1. Bayaran bln RM500 ditanggung syarikat?
    2. Maintanance RM200 juga ditanggung?

    Pengiraan keuntungan bagaimana? Maaf, saye kurang paham. Apakah yg dimaksudkn dgn kos modal? T.kasih

    ReplyDelete
  35. Salam tuan,

    Nissan Grand Livina Auto 1.6 L tahun 2013 boleh pajak x? T/kasih.

    ReplyDelete
  36. assalam tuan,

    saya ada kereta viva 1.0 auto tahun 2012.

    boleh di pajak ke - 0129444762

    ReplyDelete
  37. Maaf tuan, buat masa ni kami hny mengambil kereta baru shj. maksud kereta baru adalah betul betul baru keluar kedai.

    ReplyDelete
  38. biasanya pajak kereta baru berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk kereta baru keluar kedai, kontrak selama 2+1+1. maksimum 4 tahun bergantung kpd keadaan kereta.

      Untuk kereta yang berusia 1-2 tahun, kontrak selama 1+1+1, maksimum 3 tahun bergantung kepada keadaan kereta.

      terima kasih.
      Hubungi 013 7256 777 jika berminat.

      Delete
  39. berapa profit sebulan kalau nak pajak kereta alza baru?

    ReplyDelete