Saturday, March 23, 2013

RAHSIA Untuk Meningkatkan Pendapatan Di Mata Pihak Bank

Post kali ni aku share real case study. Yang mana benda ni aku applied pada aku dan wife aku. Tak malu, tak segan, untuk aku dedahkan financial aku sekeluarga bagi tatapan umum demi untuk memberi sedikit ilmu yang mana aku rasakan berguna untuk semua. Bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk dengan apa yang aku ada. Aku tahu ramai lagi orang yang hebat dan lagi kaya dan berjaya kat luar sana. Tapi tak guna jugak jika tak nak share ilmu dengan orang. Intro jer dah kena basuh ni.. hahah..

Macam mana isteri aku yang bergaji sekitar RM1700 boleh membeli:

1) Apartment T RM132k.
    Installment RM600.  (aku round up jumlah utk senang kira)

2) Apartment PP RM113k.
     Installment RM550.  (aku round up jumlah utk senang kira)

3) Kereta RM52k.
    Installment RM450.

4) ASB loan RM100k.
    Installment RM600. (aku round up jumlah utk senang kira)

Cuba kita kira berapa installment bulanan yang harus di tanggung oleh isteri aku. 

600 + 550 + 450 + 600 = RM2200.

Gaji kasar RM1700 dan total komitmen RM2200.. Biar betul. Aku pon tak perasan. ingat kan tak sampai rm2k.

Korang nak tahu tak aku buat camner? Ke korang dah tahu? Takper la, aku citer jugak. Mungkin jalan yang aku guna tak sama dengan ko. Dan diharapkan jika jalan nya tak sama, tolong share jalan mana yang anda gunakan.

Berbalik kepada topik asal. Seperti kebanyakan pekerja gomen yang lain, wife aku ada jugak PL berjumlah RM12k. Aku kumpulkan cash dengan berbagai cara dan akhirnya aku dapat menutup PL tu, 2 tahun lps rsnya. Dengan tertutupnya PL itu, maka tiada sebarang komitmen yang ada pada diri bini aku. Tiada hutang kereta, tiada rumah dan tiada juga Card credit. Tenang dan tenteram tanpa hutang.. Hehe..

Disebabkan terlalu tenteram, maka aku mengambil keputusan utk keluar dari zon tenteram ni. Omputih cakap out of comfort zone. Nak kena ada hutang jugak br best. Maka bermulah kisah utk menambah hutang. Cerita nya bermula dari sini.

Apartment T beharga RM132k. Unit ni aku tinggal sendri, tak buat sewa. Aku beli unit ni menggunakan nama wife aku. Owner tak bagi mark up SnP, Aku bayar 10% dan selebihnya menggunakan pinjaman bank. Installment rm600.

Yang syoknya pasal Apt T ni adalah, jarak di antara tempat kerja bini aku dgn Apt T ni hanyalah sekangkang kera, less than 200 mtr. Kalau bawak motor, belum sempat masuk gear 3 dah smp. Kat sini aku dah jimat dari segi kos pengangkutan utk ke pejabat. Tidak perlu kenderaan, secara otomatik tidak perlu menanggung kos installment bank, maintenance dan insurans kete, minyak dan tol.

Sebelum ke kisah seterusnya, kita kira DSR terkini dulu. Gaji rm1.7k, hutang dah rm600. tinggal lagi rm1100. DSR jadi 35%.

Camner aku kira DSR?
DSR = (komitmen / pendapatan) x 100%

Apa itu DSR? Debt Service Ratio. Korang tanyalah pakcik Google kalo korang nak tahu lebih details.

Hah, ni dah smp bab yang PENTING, dah sampai ke topik RAHSIAnya. So, trick dia aku wat camni. Walaupon rumah ni aku duduk sendri dan tidak disewakan bilik atau mana-mana bahagian rumah ni kepada orang lain, tetapi aku buat satu tenancy agreement maya. Kenapa aku panggil sebagai TA maya? sebabnya nama penyewa dan details dalam aggreement tu adalah maya, maya semata-mata.

Nama penyewa dalam TA maya tu aku main petik jer, aku buh jer nama sesapa. Tapi untuk unit ni, aku buh spesel skit.. Aku buh nama company sebagai penyewa aku. Dan jumlah sewa nya adalah RM1500 sebulan. Untuk menjadikan ianya lebih real, aku siap stamping lagi, matikan setem. Dan untuk menjadikan ianya lebih real lagi, setiap bulan aku lalu kan duit rm1500 dalam akaun bini aku. Aku anggap korang dah paham maksud lalu kan duit itu.

Sekarang cuba kira balik DSR yang terbaru:
Income  = Gaji rm1700 + sewa rumah rm1500
             = rm2200.

komitmen = rm600 (Apt T)

DSR = 600/2200
         = 27%.

DSR dari 35% turun kepada 27%.

Macam mana DSR boleh menurun dgn adanya pertambahan hutang? Sepatutnya DSR dan pertambahan hutang adalah selari. Jika tambah hutang, maka DSR akan naik. Lagi tinggi DSR, lagi susah utk dptkan hutang.
Ini disebabkan oleh adanya pertambahan pendapatan. Pertambahan pendapatan yang dimaksudkan adalah pendapatan sewa rumah.

Next aku belikan satu rumah flat P melalui auction. Unit ni aku bayar cash dan unit ni gunakan nama wife aku jugak. Unit ni aku sewakan pada kadar rm330 shj. Satu TA maya aku buat lagi, sewanya aku letak rm1000 shj. Dan seperti biasa, aku lalu kan rm1000 setiap bulan dalam akaun bini aku.

Jom kira DSR yang baru.

Income dah jadi rm3200. Manakala komitmen still lagi rm600 sebab rumah flat P aku bayar cash.
DSR= 600/3200 = 19%.

Sekarang korang dah nampak tak apa gunanya TA maya? dan kenapa aku gunakan TA maya pada flat P sedangkan flat P tu memang ada penyewa dan TA yang betul...

Apartment PP1 plak, aku beli dan gunakan nama wife aku, rm90k. Berjaya markup SnP kepada harga 113k shj walaupon mv boleh pergi ke rm130k. Owner gayat nak bagi markup byk2. Tak kisah la. Dapat la cash back beberapa ribu. Installment rm550.

Bank dengan hati yang riang ria jer luluskan loan wife aku ni. Mana tak nya, DSR hny 19%. Rumah ni disewakan pada kadar baru iaitu RM750.

Seperti biasa, TA maya sekali lagi aku prepare, sewa maya nya adalah rm1500 shj. Dan seperti biasa, aku lalu kan rm1500 setiap bulan dalam akaun bini aku.

Jom kira latest DSR.

Income dah jadi rm4700. Manakala komitmen still lagi rm600 + rm550 = rm1150.
DSR= 1150/4700 = 23%.

Seterusnya aku beli kereta plak. Harga rm52k, byr downpayment rm15k kot. Installment rm450. Mulanya tak nak bayar downpayment pon. Tapi bank ni tak pandang sgt yang side income tu. Aku rasa ni officer yang baru atau kena officer yang tak leh kawtim. Disebabkan di kelaskan sebagai high komitmen, terpaksa la letak downpayment rm15k.

Yang kete ni aku belum lagi buat TA maya. Pada aku boleh jer buat. Soal bank nak ambil kira sebagai pendapatan sampingan atau tak, itu soal lain. Kita kena buat apa yang kita mampu dulu.

Last, aku buat LASB, rm100k. installment rm600. Lulus bersyarat disebabkan high komitmen. Syaratnya aku kena letak 3bulan advance payment dlm akaun. Tak jadi hal. Asalkan lulus pon dah cukup baik. Hehe..

Jadi, semua income maya dan komitmen wife aku adalah:

Income maya = gaji kasar rm1.7k + TA maya Apt T rm1.5k + TA maya Flat P rm1k + TA maya Apt PP rm1.5k  = rm5.7k

Komitmen = Apt T rm600 + Apt PP rm550 + kereta rm450 + LASB rm600 = rm2.2k.

Hah, sekarang korang dah nampak tak jalan yang aku gunakan untuk mengaburi mata pihak lawan. Tapi ingat, teknik ni pun ada limitnya. Walaupon korang pusing-pusing TA maya ni, sampai satu limit loan korang tetap akan sangkut.

Bila mana sangkut jer teknik ni, ada lagi teknik lain plak. Hehe.. Sabar-sabar. Jangan gelojoh. Jangan nak tahu semua benda, tapi satu benda pun korang tak praktikkan. Tak guna. Jadi untuk yang mana tergolong dalam golongan susah nak buat loan disebabkan high komitmen, boleh la try gunakan teknik dulu.

Insyaallah aku plan nak beli kereta beberapa bijik lagi dengan menggunakan nama wife aku. Kereta tu sebagai tambahan kepada kereta sewa yang aku sedang usahakan sekarang ini. Permintaan terhadap kereta sewa tinggi, melebihi supply yang pihak klezcar ada. Jika ada yang berminat utk menjadi investor kpd kereta sewa ini, syarikat kami sedia utk menjadi rakan kongsi anda.

Selamat mencuba, salam hormat dari Shahril Sidek.


Saturday, March 16, 2013

Lelongan oleh Mystique Bay Sdn Bhd

Khamis lepas aku pegi ke lelongan rumah oleh Mystique Bay sdn bhd bertempat Ehsan Auctioners,  Megan Avenue 2. Kebanyakan unit yang dilelong pd hari itu menarik dan murah. Disebabkan oleh itu, maka ianya mengundang ramai pembida.




7 unit yang pertama dilelong dgn pembidanya melebih 10 org. Sengit dan menyengit. Ramai yang mengeluh dgn kadar harga mng yg agak tinggi.

aku masuk 3 unit, kawasan yg aku anggap suam2 kuku, tetapi mengundang pembida lebih dari 5 org. Daripada 3 unit, hny 1 unit shj yang sangkut, dah hampir rapat dgn harga max yg aku tetapkan, berbaki rm2k shj lg. Apa pun, aku tetap bersyukur.



Di tempat lelongan tu, aku di sapa oleh sifu aku, pie2020. Dia masuk 1 unit apt, unit yg dia masuk tu sbnrnya aku pon nak masuk jugak, tp disebabkan oleh ada unit lain yg harga rp nya lg rendah, maka aku membatalkan hasrat aku tu. Kalau tak, bertembung dgn sifu la.



Thursday, March 7, 2013

Kami Sudah Bersedia Untuk Mengambil Kereta Pajak

Lama aku rasa aku tak update blog aku ni. Bukannya tak ada cerita yang aku nak kongsikan, tetapi kekangan masa yang menjadikan aku kurang berkesempatan untuk mengupdate blog aku ni. Boleh dikatakan sepanjang 2 -3 minggu ni, pukul 3-4 pagi aku baru balik ke rumah, dan keluar semula pada jam 10pagi. Banyak masa aku di habiskan pada bisnes kereta sewa.

Aku mempunyai impian yang besar dalam dunia perniagaan, tak kira dalam bidang hartanah mahupun kereta sewa. We must aim for the sky, if we fall down, at least we fall at the mountain.

Dalam bidang hartanah lelong terutamanya, aku sedang meng rekrut beberapa sahabat utk menjadi partner aku dlm hartanah lelong, dari segi mencari listing yang menarik, mencari kwsn yg berpotensi, dan juga yang mampu menawarkan servis A to Z. Aku pernah cakap yang aku aim 100 unit dlm ms sebulan. Ianya bukan mustahil bagi aku, kawasan jajahan perlu diperluaskan sehingga ke kwsn rawang dan seremban, partner harus di rekrut lebih ramai lagi.

Dalam bidang kereta sewa pulak. Aku sedang mencari 2 orang staff full time.
Kalayakannya senang shj:
  - jujur dan amanah.
  - mempunyai lesen motor dan kereta.
  - mempunyai komitmen kerja yang tinggi.
  - boleh kerja lebih masa.
  - keutamaan pada yang bujang dan mempunyai motorsikal.
  - asrama disediakan.
  - gaji rm1000.

Aku target akan ada 50 biji kereta sewa untuk menampung permintaan di kawasan Puchong, Petaling Jaya, Subang dan Seri Kembangan dalam masa yang terdekat. Sebelum ni dah ramai yang berminat nak pajak kereta mereka pada KLezCar, tapi masa tu kami masih di peringkat untuk push marketing. Sekarang permintaan terhadap kereta sewa melebihi apa yang kami ada. Jadi, sudah tiba masanya untuk kami mengmbil kereta pajak.

Aku terang kan sikit mengenai konsep pajak yang KLezCar tawarkan. KlezCar menawarkan sistem pajakan yang berlandaskan kepada konsep Mudharabah. Selepas berbincang panjang lebar dengan partner2 yang lain, kami sebulat suara bersetuju untuk menawarkan konsep ini. Ini kerana konsep ini bagi kami adil untuk kedua-dua belah pihak, pihak investor dan juga pihak syarikat. Jika untung, dua dua pihak untung, jika rugi, dua dua pihak rugi.

Syarat-syarat:

1) kereta baru
2) apa-apa jenis model, bergantung kepada market demand
3) urusan loan KLezCar boleh uruskan
4) kos gps ditanggung Investor
5) kos downpayment ditanggung Investor

contoh kos bulanan: myvi

Bayaran bulanan: 600

Mantainence: rm200 (minyak engine, oil filter (rm80), brekpad(rm60), minyak gear(rm30), basuh keta(rm20). kos ni boleh di kurangkan lagi kalau beli barang dalam kuantiti yg banyak.

Kerosakan major (contoh-drive shaft, absorber, mounting absorber, engine mounting, timing belt, lower arm, bearing, cluth plate, knuckle, gearbox),wear n tear (contoh-tayar, spark plug, mentol lampu, power window,kusyen) akan berlaku dalam bulan2 tertentu bukannya setiap bulan dan pada kebiasaannya selepas setahun perniagaan, ada juga 2 tahun,so kalau terjadi kos ini akan di masukkan kedalam jumlah kos bulanan di atas dan diambil dari lebihan bulan-bulan yang sebelumnya.

Insuran n roadtax: Rm100.

Pembahagian Profit:

Apabila jumlah sales di tolak dengan kos bulanan di atas, lebihan (profit) akan dibahagikan secara 60 (sykt) : 40(investor).
Kos bulanan sebuah Viva adalah rm800, myvi rm900 dan alza rm1000.

Kalau sales > kos, pembahagian keuntungan dikira mengikut nisbah persetujuan di atas.

Kalau sales = kos, KLezCar menanggung rugi masa dan kos operasi, kos pengiklanan, kos pejabat dan Investor tak dapat apa2 kecuali kos modal tadi.

Kalau sales < kos, KLezCar menanggung rugi masa dan kos operasi, kos pengiklanan, kos pejabat  dan Investor menanggung rugi bayar lebihan kos

kalau sales = 0, KLezCar menanggung rugi masa dan kos operasi, kos pengiklanan, kos pejabat  dan Investor menanggung semua kos modal.

Exit plan:
Contract bersama KLezCar adalah selama 2 tahun (diperbaharui setiap tahun sehingga 3 @ 4 thn bergantung kpd keadaan kereta). Selepas tamat contract,kalau nak renew contract, Investor kena dapatkan kereta baru yg lain sama ada trade in kereta sedia ada, jual atau sebagainya. Contract juga boleh di tamatkan bergantung kepada jangka hayat kereta, kalau tidak lagi dapat memberikan keuntungan sebaliknya memberi kerugian, kereta itu boleh dilupuskan.
Penambahan atau lebihan duit hasil dari hasil penamatan contract, Investor sahaja akan terlibat.

Risiko;
Risiko ditanggung sepenuhnya oleh pemilik kenderaan.
Risiko seperti kereta sewa digunakan untuk jenayah, samun, dadah, hilang, dicuri, saman dll.
Walaubagaimana pun, dengan pengalaman yang Klezcar ada, kami berjaya mengurangkan risiko-risiko ini dengan pendekatan yang telah kami guna pakai.
Akan tetapi, tidak dinafikan ada juga kes-kes yang terlepas dan menghadapi insiden seperti diatas.


Jika ada di kalangan pembaca yang berminat untuk memajak kereta, boleh menghubungi pihak Klezcar di talian 013 7256 777 untuk berbincang dgn lebih lanjut.

Ni plak gambar opis baru, terletak di kawasan taman medan, pj. Masih banyak yang kena buat dgn opis ni, akan di buat secara berperingkat. Semangat tu lain macam skit rasanya bila dah ada opis, walaupun tak beroperasi lagi. Excited tu lain macam jer, hehe.


Ruangan belakang
Ruangan belakang


Ruangan hadapan