Friday, February 1, 2013

Tips Menguruskan Pembayaran Hutang Bulanan

Keje malam ini adalah update Schedule Transactions utk semua loan aku bagi tahun 2013/14. Di sebabkan oleh teknikal error oleh pihak cimbclicks, transactions kpd loan CIMB tak dapat diteruskan. Ada lagi 3 akaun hutang yang kena update lagi. Tak setel jugak keje aku malam ni nampaknya.
Tak apa, esok lusa aku update balik utk beberapa loan CIMB ni.

Gambar kat bawah ni aku tunjukkan cara nak dptkan/gunakan servis ini. Klik kat Settings, bawah tu ada Schedule Transactions. Lps tu korang pilih la sama ada nak transfer ke akaun loan CIMB jugak atau ke akaun loan mana-mana bank, kire Interbank la. Ada cas rm4 utk interbank.







Ini adalah cara bagaimana aku membayar hutang2 bulanan aku, hanya hutang yang jumlahnya tetap sahaja, cth loan rumah dan kereta. Jika hutang yang berubah macam kad kredit, tak sesuai.

Apa kelebihan jika menggunakan kaedah ini?
1. Korang tak perlu risau korang miss payment. Kadang2 disebabkan oleh faktor kesibukan bekerja, korang akan lupa yang korang sepatutnya bayar kereta rm550 pada 3hb. Jadi CCRIS korang tentunya akan cantik jer, semua angka kosong jer.
2. Tak perlu buang masa pegi bank. Duit parking lagi, minyak lagi, masa lagi.
3. Tak perlu buang masa nak transfer online tetiap bulan. Aku buat schedule transaction ni utk minimum 1 tahun.

Apa keburukan kaedah ini?
1. Setiap bulan korang kena pastikan yang jumlah RM yang ada dalam akaun utama ini adalah cukup untuk menampung kesemua hutang bulanan anda. Cthnya jika kesemua hutang bulanan korang adalah rm4760, so setiap bulan baki dalam akaun utama mestilah melebihi dari rm4760. Jika tidaka, akan ada transactions yg failed, dan korang akan miss payment bulan tu.
2. Setiap transactions, bank akan caj rm4. So jika ada 10 transactions setiap bulan, anda dah rugi rm40.

1 comment:

  1. Sama la dengan aku bro, duit semua pool kat account CIMB, pastu schedule transfer ke semua account-account loan lain. Senang cerita. Tak kisah pun bayar RM4 setiap bulan tu.

    ReplyDelete