Tuesday, February 12, 2013

Penangan Chinese New Year

Minggu lepas ramai yang bercuti sempena cuti tahun baru cina. Bukan shj org cina yang bercuti, orang melayu dan india pon turut nak bercuti. Sekolah plak tutup selama seminggu, jadi ramai la parent yang ambil peluang ni untuk pulang ke kampung halaman dan juga pergi bercuti.

Seperti yang korang tahu, aku ada mengusahakan Homestay Tiara Beach Resort, PD. Maka ramai la yang mahu menempah bilik ini di saat terakhir, last minute. Jawabnya tak dapat la, sbb 7-11Feb ni dah ada orang booking dari bulan lps lagi. Ada  1 hari tu, aku menerima lebih dari 50 panggilan bertanyakan TBR cuti raya cina ni. Handphone aku terpaksa caj 3 kali dalam hari tu.

Tu bab citer pasal homestay. Sekarang ni aku nak citer pasal kereta sewa plak. Yang ni pon dapat penangan tahun baru cina jugak. Semua kereta di beberapa cawangan KLezCar rented out utk beberapa hari. Permintaan terhadap kereta sewa pada musim cuti ini teramat menggalakkan. Sehinggakan aku terpaksa menyewakan kereta personal aku pada sebuah keluarga yang merayu-rayu utk menyewa mpv.

Dalam masa 1 hari, terpaksa deliver smp 8 kali, dari jam 8 am sehingga lah ke pukul 2am br lah sampai semula ke rumah. Pendapat aku, jika ada jer cuti yang jatuh pada hari jumaat atau isnin, memang permintaan terhadap kereta sewa ini akan tinggi.

Semalam, pada jam 12 tgh mlm aku dapat call dari klezcar.com cawangan Cheras mengatakan Myvi yang baru keluar showroom 2 minggu lps eksiden. Aku tiba di tempat kejadian dlm pkl 1 pagi. Kereta tu tak ada la teruk sgt, kete naik keatas divider jalan dan mengakibatkan tangki minyak gear pecah. Kereta terpaksa ditinggalkan disitu, pagi ni baru lah pergi mencari bengkel yang berdekatan untuk repair. Dan semua kos haruslah ditanggung oleh penyewa.




10 comments:

  1. Replies
    1. jika kos lebih dari rm2k, baru claim insurans. lg pon, jika claim insurans akan effect pada ncd. lagi baik claim pada penyewa.

      Delete
  2. nape la penyewa boleh cuai sampai camtu? kalu kereta sendri..agak2 akan jadi macam tu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila di istilah kan sbg kereta sewa, mesti diorg lenjan punya, sbb tu la tak sesuai jika buat kereta sewa menggunakan kereta secondhand.

      Delete
  3. Bro, lepas ni kalau tulis posting pasal prosedur nak claim insurance as tokei kereta sewa ok gak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. callman / bengkel yg claim. kita just sediakan potostat IC, lesen, geran dan cover note insurans shj.

      Delete
  4. Mcm mana kalau penyewa lari tak nak bayar kos accident tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 60% tidak akan bertanggjawab utk membayar kos repair. so, kita la yg bayar. Ini dinamakan loses in this biz.

      Delete