Tuesday, February 26, 2013

Kawalan Keselamatan Di Apartment

Antara faktor yang dititik beratkan semasa membuat keputusan untuk membeli sesebuah unit adalah faktor kawalan keselamatan. Jika tempat tersebut mempunyai pengawal/guard 24 jam dan setiap kenderaan yang keluar dan masuk di pantau dengan menggunakan kaedah sticker/pass card, itu menjadikan apartment itu lagi 'bernilai'.

Jika hendah disewakan, penyewa akan melihat faktor ini dan kita selaku tuan tanah boleh menggunakan faktor ini bagi menarik penyewa dan seterusnya dapat menjadikan modal utk menaikkan harga sewa rumah. Ini terjadi pada salah satu apartment yang aku JV, dan apartment ni jugak ada aku belikan bg pihak client aku, 2 unit.

Masa aku beli 2 bulan yg lalu, pagar nya biasa jer. Semua kete boleh masuk jer. Guard pon tak ada. Masa tu harga sewa sekitar rm450 jer. Dan aku cadangnya akan sewakan unit aku dan unit client aku pada harga min rm550.

Bila petang tadi aku pegi sana untuk bayar maintenance unit client aku, aku tgk JMB dah pasang autogate. Berita baik untuk owner2 kat sana. Ada can aku naikkan harga sewa manjadikan min rm600. Hehe. Mana tak nya,  banyak2 apartment di taman tu, hanya apartment ni lah satu-satunya yg ada autogate. Apartment lain tak der autogate, guard pon x der.

AutoGate yang baru di pasang.


Salah satu unit client aku menang dah siap repair. Tunggu nak masukkan meter air jer. Nak masukkan meter air kena bayar dulu tunggakan maintenance. Bila aku pegi pukul 4ptg td, maintenance office plk tutup. Bukanya pada belah malam. Penduduk2 kat sana sukarela jadi staf JMB kat sana. Tu sebab la diorang bukak mlm. Pagi diorang pegi keje. Bab nak pegi belah malam ni yang aku lemah skit.

3 comments:

  1. bagusnya penduduk sana sedia sukarela bekerja malam-malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi menjaga kesejahtraan kawasan perumahan mereka juga.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete