Monday, February 18, 2013

Berbaloi ke kita beli rumah lelong yang unit tu utk bumiputra?

Itu lah soalan yang muncul dalam kotak PM kat facebook aku. Dan jawapan yang aku?



Tu la jawapan yang aku berikan, tu adalah pendapat aku dan mungkin ada sesetengah pihak kurang bersetuju dgn pendapat aku.

Bagi aku, pertama skali kena tgk objektif apa yang kita letak semasa membeli unit tersebut, adakah untuk sewa @ untuk flip.

Jika untuk sewa, tak ada masalah langsung. Sebabnya sepanjang penglibatan aku di dalam pelaburan hartanah ini, penyewa tak pernah tanya sama ada unit ni unit bumi atau unit non bumi. Tak ada beza dari segi harga sewa bagi unit bumi mahupun unit non bumi, harga sewanya sama sahaja.

Tapi jika untuk flip, LEBIH sesuai untuk beli unit yang berstatus non bumi. Tapi ini tak bermaksud tak boleh beli unit bumiputra. Ini kerana jika masa nak jual nanti, potential buyer yang ada bagi unit non bumi adalah lagi ramai bilangannya dari unit bumi. Dan juga harga bagi sesebuah unit non bumi ini kebiasaannya boleh dijual dgn harga sedikit tinggi dari unit bumi (bergantung kpd lokasi dan demand).

No comments:

Post a Comment