Tuesday, February 26, 2013

Kawalan Keselamatan Di Apartment

Antara faktor yang dititik beratkan semasa membuat keputusan untuk membeli sesebuah unit adalah faktor kawalan keselamatan. Jika tempat tersebut mempunyai pengawal/guard 24 jam dan setiap kenderaan yang keluar dan masuk di pantau dengan menggunakan kaedah sticker/pass card, itu menjadikan apartment itu lagi 'bernilai'.

Jika hendah disewakan, penyewa akan melihat faktor ini dan kita selaku tuan tanah boleh menggunakan faktor ini bagi menarik penyewa dan seterusnya dapat menjadikan modal utk menaikkan harga sewa rumah. Ini terjadi pada salah satu apartment yang aku JV, dan apartment ni jugak ada aku belikan bg pihak client aku, 2 unit.

Masa aku beli 2 bulan yg lalu, pagar nya biasa jer. Semua kete boleh masuk jer. Guard pon tak ada. Masa tu harga sewa sekitar rm450 jer. Dan aku cadangnya akan sewakan unit aku dan unit client aku pada harga min rm550.

Bila petang tadi aku pegi sana untuk bayar maintenance unit client aku, aku tgk JMB dah pasang autogate. Berita baik untuk owner2 kat sana. Ada can aku naikkan harga sewa manjadikan min rm600. Hehe. Mana tak nya,  banyak2 apartment di taman tu, hanya apartment ni lah satu-satunya yg ada autogate. Apartment lain tak der autogate, guard pon x der.

AutoGate yang baru di pasang.


Salah satu unit client aku menang dah siap repair. Tunggu nak masukkan meter air jer. Nak masukkan meter air kena bayar dulu tunggakan maintenance. Bila aku pegi pukul 4ptg td, maintenance office plk tutup. Bukanya pada belah malam. Penduduk2 kat sana sukarela jadi staf JMB kat sana. Tu sebab la diorang bukak mlm. Pagi diorang pegi keje. Bab nak pegi belah malam ni yang aku lemah skit.

Friday, February 22, 2013

Kereta Sewa KL

Aku cerita pasal kereta sewa la plak. ramai yang duk sms/pm aku tanya pasal kereta sewa ni. Dah ramai yang berminat dan bukak mata utk buat bisnes kereta sewa ni. Makin ramai la competitor aku lps ni. Heheh. Sebut pasal competitor ni, aku tak menganggap yang diorang ni sbg competitor aku, tapi aku lebih menganggap diorang ni sebagai partner aku. Jika aku menganggap diorg sbg competitor, dah tentu aku tak cerita psl bisnes ni.

Sepanjang hampir 5 bulan aku bergelumang dalam bisnes kereta sewa di KL ni, beberapa tips yang aku nk kongsikan pada pembaca semua.

1. Marketing.
Semua produk yang di jual memerlukan marketing. Tanpa marketing yang kuat dan betul, produk anda takkan terjual. So dalam produk kereta sewa ini, marketing secara online dan offline adalah sesuai. Byk laman web yang free boleh digunakan untuk mempromote kereta sewa ini.

2. Produk.
Produk nya adalah kereta itu sendiri. Kena pastikan yang produk kita dalam keadaan bagus dan elok. Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan syarikat kami, iaitu KLezCar. Kebanyakan kereta yang kami sediakan adalah kereta baru. Ingat, pelanggan yang berpuas hati akan datang lagi, menjadi repeat customer.

3. Response.
Response ni besar skopnya. Bermula dari client call lagi. bagaimana kita response kpd panggilan itu. Jika semua kereta sewa kita dah di sewa, dan ada call dari nombor yang tak dikenali, jangan la tak jawab. Call mesti jawab, tak kisah sama ada kereta sewa dah habis atau tak.

4. Client Feedback.
Bila client dah pulangkan kereta, kita mesti tanya client mengenai produk tersebut. Adakah kereta sewa itu bagus atau ada sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang spt bila bawak 100kmj, stereng akan bergegar. Feedback sebegini harus diambil berat untuk memastikan kualiti produk kita berada di paras yang tinggi.

Promosi: Viva sewa rm500 utk 7 hari.


Inginkan perkhidamatan kereta sewa murah di sekitar KL? Hubungi Shahril 017.877.2280.


Monday, February 18, 2013

Berbaloi ke kita beli rumah lelong yang unit tu utk bumiputra?

Itu lah soalan yang muncul dalam kotak PM kat facebook aku. Dan jawapan yang aku?



Tu la jawapan yang aku berikan, tu adalah pendapat aku dan mungkin ada sesetengah pihak kurang bersetuju dgn pendapat aku.

Bagi aku, pertama skali kena tgk objektif apa yang kita letak semasa membeli unit tersebut, adakah untuk sewa @ untuk flip.

Jika untuk sewa, tak ada masalah langsung. Sebabnya sepanjang penglibatan aku di dalam pelaburan hartanah ini, penyewa tak pernah tanya sama ada unit ni unit bumi atau unit non bumi. Tak ada beza dari segi harga sewa bagi unit bumi mahupun unit non bumi, harga sewanya sama sahaja.

Tapi jika untuk flip, LEBIH sesuai untuk beli unit yang berstatus non bumi. Tapi ini tak bermaksud tak boleh beli unit bumiputra. Ini kerana jika masa nak jual nanti, potential buyer yang ada bagi unit non bumi adalah lagi ramai bilangannya dari unit bumi. Dan juga harga bagi sesebuah unit non bumi ini kebiasaannya boleh dijual dgn harga sedikit tinggi dari unit bumi (bergantung kpd lokasi dan demand).

Tuesday, February 12, 2013

Penangan Chinese New Year

Minggu lepas ramai yang bercuti sempena cuti tahun baru cina. Bukan shj org cina yang bercuti, orang melayu dan india pon turut nak bercuti. Sekolah plak tutup selama seminggu, jadi ramai la parent yang ambil peluang ni untuk pulang ke kampung halaman dan juga pergi bercuti.

Seperti yang korang tahu, aku ada mengusahakan Homestay Tiara Beach Resort, PD. Maka ramai la yang mahu menempah bilik ini di saat terakhir, last minute. Jawabnya tak dapat la, sbb 7-11Feb ni dah ada orang booking dari bulan lps lagi. Ada  1 hari tu, aku menerima lebih dari 50 panggilan bertanyakan TBR cuti raya cina ni. Handphone aku terpaksa caj 3 kali dalam hari tu.

Tu bab citer pasal homestay. Sekarang ni aku nak citer pasal kereta sewa plak. Yang ni pon dapat penangan tahun baru cina jugak. Semua kereta di beberapa cawangan KLezCar rented out utk beberapa hari. Permintaan terhadap kereta sewa pada musim cuti ini teramat menggalakkan. Sehinggakan aku terpaksa menyewakan kereta personal aku pada sebuah keluarga yang merayu-rayu utk menyewa mpv.

Dalam masa 1 hari, terpaksa deliver smp 8 kali, dari jam 8 am sehingga lah ke pukul 2am br lah sampai semula ke rumah. Pendapat aku, jika ada jer cuti yang jatuh pada hari jumaat atau isnin, memang permintaan terhadap kereta sewa ini akan tinggi.

Semalam, pada jam 12 tgh mlm aku dapat call dari klezcar.com cawangan Cheras mengatakan Myvi yang baru keluar showroom 2 minggu lps eksiden. Aku tiba di tempat kejadian dlm pkl 1 pagi. Kereta tu tak ada la teruk sgt, kete naik keatas divider jalan dan mengakibatkan tangki minyak gear pecah. Kereta terpaksa ditinggalkan disitu, pagi ni baru lah pergi mencari bengkel yang berdekatan untuk repair. Dan semua kos haruslah ditanggung oleh penyewa.




Friday, February 8, 2013

Proses Gegar Tenant Yang Tak Bayar Sewa

Semalam aku bersama dgn beberapa ahli Gerila Tenant Management yang lain pegi berjumpa dgn tenant yang sudah 4 bulan tak bayar sewa. Unit ni sebuah kondominium di kwsn yang dihunu oleh org-orang yang agak berada. Sewa pon dah rm1k keatas.

Unit ni disewa oleh 2 pemuda bujang, diorang setup company sendiri. Kirenya diorang ni businessman jugak la. Bgs2, berjiwa business, sama dgn aku. Hehe.

Owner unit ni ada skali, lagi memudahkan proses sbb tenant alan percaya yg kami ni merupakan pihak yang dipertanggungjwbkan oleh owner utk menguruskan hal ini. Kdg2 tu tenant ni boleh
pertikaikan smada kita ni adakah pihak yang betul2 diamanahkan oleh owner atau tidak.

Pkl 945 kami berjumapa owner di tempat parking pelawat kondo tersebut. Sedikit pervincangan mengenai modus operandi dan apa yg owner harapkan hasil dari perjumpaan mlm ni di bincangkan.
Owner mengambil kata putus utk tidak lagi menyewakan unit ini kpd mereka. Ok, now we know what we want.

Smp jer depan unit, salam diberi. Tenant jawab salam dan buka pintu. Kami di pelawa masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah biasa shj, tak der la kemas sgt sbb yang duduk tu lelaki bujang. Tgk sekali imbas, tiada kerosakan major terhadapt unit ini.

Perbincangan dimulakan oleh pihak tenant. Alasan yang diberikan kenapa mereka tidak membayar sewa selama 4 bulan adalah kerana mereka masih lagi menunggu payment oleh client mereka. Mereka merayu supaya diberikan sedikit lagi tempoh masa dan mereka masih lagi mahu untuk menyewa unit tersebut. Tapi owner dah nekad untuk tidak lagi menyewakan unit tersebut kpd mereka. Mereka di beri notis supaya berpindah selewatnya pada 15Feb2013.

Pebincangan kami berjalan lancar, cuma ada beberapa ketika tenant mengeluarkan ayat-ayat kerek. Small matter jer bagi aku. Satu surat rela keluar pada selewat-lewat 15Feb13 di tulis oleh penyewa itu sendiri dan disimpan oleh owner sbg rekod.




Friday, February 1, 2013

Tips Menguruskan Pembayaran Hutang Bulanan

Keje malam ini adalah update Schedule Transactions utk semua loan aku bagi tahun 2013/14. Di sebabkan oleh teknikal error oleh pihak cimbclicks, transactions kpd loan CIMB tak dapat diteruskan. Ada lagi 3 akaun hutang yang kena update lagi. Tak setel jugak keje aku malam ni nampaknya.
Tak apa, esok lusa aku update balik utk beberapa loan CIMB ni.

Gambar kat bawah ni aku tunjukkan cara nak dptkan/gunakan servis ini. Klik kat Settings, bawah tu ada Schedule Transactions. Lps tu korang pilih la sama ada nak transfer ke akaun loan CIMB jugak atau ke akaun loan mana-mana bank, kire Interbank la. Ada cas rm4 utk interbank.







Ini adalah cara bagaimana aku membayar hutang2 bulanan aku, hanya hutang yang jumlahnya tetap sahaja, cth loan rumah dan kereta. Jika hutang yang berubah macam kad kredit, tak sesuai.

Apa kelebihan jika menggunakan kaedah ini?
1. Korang tak perlu risau korang miss payment. Kadang2 disebabkan oleh faktor kesibukan bekerja, korang akan lupa yang korang sepatutnya bayar kereta rm550 pada 3hb. Jadi CCRIS korang tentunya akan cantik jer, semua angka kosong jer.
2. Tak perlu buang masa pegi bank. Duit parking lagi, minyak lagi, masa lagi.
3. Tak perlu buang masa nak transfer online tetiap bulan. Aku buat schedule transaction ni utk minimum 1 tahun.

Apa keburukan kaedah ini?
1. Setiap bulan korang kena pastikan yang jumlah RM yang ada dalam akaun utama ini adalah cukup untuk menampung kesemua hutang bulanan anda. Cthnya jika kesemua hutang bulanan korang adalah rm4760, so setiap bulan baki dalam akaun utama mestilah melebihi dari rm4760. Jika tidaka, akan ada transactions yg failed, dan korang akan miss payment bulan tu.
2. Setiap transactions, bank akan caj rm4. So jika ada 10 transactions setiap bulan, anda dah rugi rm40.