Wednesday, January 23, 2013

Rumah sewa negative cashflow part 2

Posting ni aku tujukan khas kpd salah seorang peserta langkah 3 Hartawan Hartanah. Ceritanya lebih kurang begini. En Is beli sebuah apartment dan selamat disewakan kpd satu keluarga. Yg sedihnya, en Is berada dlm situasi negative cashflow, -rm224 tidak termasuk dgn maintenance.

Sedangkan harga market sewa kat sana sudah meningkat ke paras yg mana boleh menjanakan positive cashflow rm400 sebulan. Persoalan aku kpd En Is, kenapa tak naikkan kpd harga market?

Jwpn yang diberikan adalah salah sorang anak penyewa itu sakit, kena dialisis buah pinggang jika tak silap aku. Wayar berselirat kat badan si anak itu dan ini yg menyebabkan En Is tak sampai hati nak naikkan sewa dari rm600 kpd harga sewa yg terkini. Kita ambil contoh harga sewa terkini rm1200. Pernah satu ketika En Is beriathu penyewa utk menaikkan kadar sewa, penyewa itu membalas sms beserta gambar anaknya yang dlm keadaan sakit. Terus terbantut niat En Is utk menaikkan sewa.

Sekadar gambar hiasan

Kalau korang di situasi En Is, apa yg anda akan buat?
Halau penyewa?
Naikkan sewa?
Maintain negatif cashflow rm400 setiap bln?

I have a great idea to solve this problem. Cara yg aku fikirkan ini mungkin nampak kejam di mata sesetengah pihak. Tapi di mata aku, ianya merupakan cara win-win situation.

Idea aku adalah dengan memindahkan penyewa tersebut. Pindah ke mana? En Is KENA cari sebiji rumah sewa lain yang berdekatan situ, cari flat jer yang harga rm400-600, kita ambil contoh flat tu beharga rm500 sebulan. En Is bayarkan deposit dan sewa kepada owner. Pindahkan tenant sekarang dari rumah En Is ke flat yang baru disewa tadi.

Cakap dengan tenant lama tu yang dia tak perlu bayar apa-apa amount pun terhadap flat itu, semua sewa bulanan En Is yang akan bayar. Kira nya tenant tu duduk free jer, kan anak dia sakit, bantulah. Jika sebelum ini tenant tu terpaksa membayar sewa bulanan rm600 kepada En Is, sekarang tenant tu tak perlu bayar apa2 pun, cuma kena pindah jer ke rumah yang sedikit kecil.

Flat yang En Is sewa tadi ada 3 bilik, 1 bilik utama di diami oleh tenant lama, 2 bilik lagi En Is akan sewakan kepada orang lain. Setiap bilik disewakan pada kadar rm250. So 2 bilik rm500, jumlah ini dah boleh cover sewa satu rumah.

Dipermudahkan cerita, sewa flat 3 bilik rm500, 1 bilik utk tenant lama, free jer tak yah bayar apa2. 2 bilik lagi di sewakan pada harga rm250 setiap satu.

Apartment En Is yang tenant lama tinggal tu dah kosong dan boleh disewakan pada kadar semasa iaitu rm1200. Disini En Is akan dapat cashflow positif rm400 setiap bulan.

Kesimpulannya:
- Tenant lama yang anaknya kena dialisis dapat dikurangkan beban, daripada membayar sewa rm600 kepada rm0 sahaja.
- En Is mendapat cashflow positif rm400 daripada harga sewa baru apt dia.

4 comments:

  1. bagus idea bro. kemanusiaan kemanusian juga, tapi kita bayar bank pun bayar juga.

    ReplyDelete
  2. klu sy dapat cukup modal jer pon jd r..huhu...bgus idea ni

    ReplyDelete
  3. baik nye hati en shahril sidek..
    saya pun nak buat begitu juga...
    ade kprihatinan..semoga rezeki kita bertambah banyak.

    ReplyDelete
  4. klu tkde flat lain trpksalah bagi kongsi jer bilik umah skrg tu dgn yg lain penyewakn?

    ReplyDelete