Sunday, January 27, 2013

Pulangnya En Sidek ke Rahmatullah

Lama aku tak update blog. Agak sibuk dgn marketing kereta sewa, agak sibuk dgn training menjadi seorg trainer, agak sibuk menguruskan rumah-rumah yg dimenangi pd bln2 lps. Rabu yg lps aku ada masuk 4 unit lelong pd jam 230ptg. Semua dokumen dh aku sediakan beberapa hari sblmnya. Cadangnya aku sendiri yg akan turun membida, nak lpskan gian skit dh lama tak turun bidding.

Pd jam 4pagi, hari rabu, aku mendapat panggilan dari nombor abah aku. Tergamam, terkejut, kaget, itu la perasaan aku ms aku tgk nama yg muncul kat skrin handphone aku. Ni mesti ada benda tg kurang baik, getus hati kecik aku. Aku jawab panggilan tersebut dgn ucapan Assalamualaikum. Ucapan salam aku disahut dgn tangisan, dia cakap yang abah aku dlm keadaan tenat, minta aku pulang dgn kadar segera. Aku cakap, ok aku akan pulang pagi nanti.

Aku minta isteri aku siapkan baju dan barang2 nak balik kampung. Aku call partner runner aku utk mewakilkan pegi membida. Tak berjawab, tgh tido lagi, mana tak nya jam baru pukul 430 pagi.
Pukul 7 pagi aku call lagi dan dia jawab panggilan aku. Aku suruh dia dtg dgn kadar segera utk collect dokumen dan bank draft kat rumah aku. Pkl 8 dia sampai rumah aku, aku bagi semua dokumen termasuk kunci viva dan juga kunci alphard. Mintak tlg dia utk handle 2 biji kete sewa aku.

Pkl 830 aku bergegas bergerak pulang ke kota bharu. Dlm perjalanan pulang, aku terima byk call dari customer, customer kereta sewa dan juga customer tiara beach resort. Rezeki datang tanpa di duga. Aku handle semua urusan dgn cara yg terbaik yg aku bole handle.

Sampai kat kampung dah pukul 6.40ptg. Abah aku dlm keadaan tak sedarkan diri lagi. Bila aku smp dan cakap kat telinga abah aku, aku dpt melihat titisan airmata abah aku mengalir. Hny tangisan abah aku jer yg aku mampu ligat respon dari avah aku, tiada kata-kata yg dikeluarkan oleh abah aku. Kakak aku sampai pukul 9.30pm. Pukul 1010pm abah aku mengghembuskan nafas yang terakhir.
Seolah-olah abah aku menunggu kesemua anak dia sampai, barulah dia pergi.

Apa pun aku bersyukur yang abah aku tak 'sakit' lama. Arwah tenat tak sampai 24jam. Sempat jugak aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Aku, adik lelaki dan abg ipar aku membantu dlm proses memandikan si arwah. Kami bertiga juga mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Dan kami bertiga juga yang 'menyimpan' si arwah ke dlm liang lahad.

Malamnya majlis tahlil dijalankan. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu dan tak lupa yang mengucapkan salam takziah dan doa.


5 comments: