Tuesday, January 15, 2013

Part II: JV

Ramai yg menyatakan hasrat mereka utk ber JV dgn aku setelah aku post mengenai JV. Ini merupakan salah satu cara bagaimana aku mengatasi MoF (Margin of Finance) 70% yang dikenakan oleh pihak Bank Negara.

Tapi cara ini memerlukan modal yang agak tebal. Mana tak nya, cth 1 rumah yang beharga rm100k, so busuk2 sorang kena kluar rm10K. Tukar nama, repair rumah, carikan buyer, payment plg cepat rumah tu akan dpt dlm masa 1 tahun. Tu dah di kira cepat sgt la tu. Katakan dpt untung bersih sorang dpt rm10k. Ok la tu, modal rm10K, setahun dpt untung bersih lagi rm10k.

Dan jadi rm20k, boleh JV utk 2 bijik rumah plak. Repeat the same process jer la.
Dan di sebabkan oleh faktor ini lah aku hny boleh JV untuk 1 biji shj buat masa ini. Aku harap rakan JV yang aku pilih ini dpt bersama-sama aku untuk mengorak langkah lebih jauh lagi di kemudian hari. Untuk projek ini, aku dah ada target unit utk di bid.

Alhamdulillah jugak pada sorang client paling jauh aku kerana offer untuk JV dgn aku, dgn menggunakan kaedah atau cara kira-kira yang berbeza dari apa yg aku ceritakan sblm ini. Aku akan buat yang terbaik agar kita mendpt keuntungan yang diberkati. Aku masih lagi mencari unit yang sesuai untuk projek ini.



4 comments:

  1. BRO, ADA ORANG TAWARKAN JV DAN KATA "PROSES BELI JUAL BELI PALING LAMBAT 1 TAHUN"..HEBAT BETUL, KO TAHU TAK RAHSIA MEMPERCEPATKAN PROSES? SELAIN DARI MEMPUNYAI NETWORK YANG SANGAT KUAT DENGAN LAWYER & BANKER?

    KALAU PALING CEPAT 1 TAHUN TU AKU PERCAYA LA JUGAK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish aku tak tahu la plk. terus terang aku cakap, aku sendiri pon belum pernah jual unit yang aku ada. belum tiba waktunya lagi kot.

      aku setuju dgn ayat terakhir ko.

      Delete
  2. Bro. Since ramai ajak JV. Why dont kau pasang2kan diaorg ni. Yet u still charges utk kerja2 yg kau buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak. aku tak nak mengambil risiko. sbb benda ni makan masa tahun, mungkin 3 tahun. dlm ms ni ada yg akan berubah. jika apa2 perubahan yg berlaku diantara partner jv yg aku pasangkan, diorg akan dtg pd aku dan itu adalah satu masalah.

      Delete