Thursday, January 31, 2013

Kekalahan di hujung bulan Jan13

Pagi tadi aku mewakilkan client aku untuk membida sebuah unit apt di kawasan yang aku selalu main. Kebanyakan client aku meletakkan tanggungjawab 100% kepada aku utk rekemenkan unit yang terbaik dan harga yang terbaik mengikut kepakaran yang miliki. Dan sebab ini lah servis aku berbayar pada kadar yang amat berpatutan.

RP rumah ini adalah rm43k. MV rm75k-80k. Kebiasaannya unit area sini boleh dimenangi pada harga rm50k shj. Mungkin juga di sebabkan unit ini di tingkat 1, ianya mengundang 9 pembida, setiap kenaikan rm2k dan harga last adalah rm65k.

Aku hanya mampu tersenyum shj. Nak buat mcm mana, dah bukan rezeki aku dan rezeki client aku. Terpaksa aku akui yang market sekarang ini, agak sukar utk mendapatkan rumah lelong yang 30-50% below mv. Jika dapat 20% below mv pon dah cukup bgs.

Tapi kesabaran diperlukan jika nak main rumah lelong ni. Jangan hanya baru kalah 2 kali, dah putus asa. Untuk listing yang seterusnya, sesiapa yg berminat dan benar-bernar bersedia untuk membeli, boleh lah pm aku di facebook.

4 comments:

  1. insyaalah ada hikamhnya tu, area mana ni bang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. area suam2 kuku jer.. area yg hot aku dah tak masuk sgt dah.

      Delete
  2. kiranya 65k tu below 10% mv kan...huhu

    ReplyDelete
  3. Facebook aper ek..nak cari rumah lelong gak nie..pm sy fauzi mohdfauzi0211@gmail.com

    ReplyDelete