Saturday, January 5, 2013

Doakan Agar Pakcik Sidek Cepat Sembuh

Aku tak sangka yang destinasi percutian aku ke Sabah bertukar ke Kelantan mempunyai hikmah yang cukup besar. Tak di sangka-sangka, ayah aku tiba-tiba menjalani pembedahan pada tghr tadi. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan utk ada di sisi ayah aku di kala dia memerlukan sokongan moral dari ahli keluarga yang lain.

Ayah aku mengalami kanser usus. Tapi biasalah orang tua, tak bak pegi hospital, hanya berubat secara kampung shj. Last2 usus pecah.
Pembedahan bermula dari jam 1230 tghr dan berakhir pada jam 420 ptg, hampir 4 jam. Doktor terpaksa buang kira-kira 1 kaki panjang usus yang pecah.

Alhamdulillah, reaksi positif diberikan oleh ayah aku apabila dia keluar dari bilik bedah. Lega.... Dia boleh bercakap dgn nada biasa, masih lg boleh senyum..

Aku amat berharap yang kawan2 sudi mendoakan agr pakcik sidek bin mamat cepat sembuh dan sihat seperti sebelum ini.


9 comments:

  1. Insyaallah bro.. Kemslm kt family ko

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh.....dan banyak bersabar atas ujian Nya....

    ReplyDelete
  3. insyaallah..semua akan baik2 sahaja..aminnn

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete