Thursday, January 3, 2013

Blog Aku Disenaraikan

Yes, akhirnya.. Akhirnya blog aku ter listed di dalam bloglist Aaron Aziz ini. Satu penghormatan yang besar bagi aku yang baru berjinak-jinak dlm dunia blogging. Terima kasih.

Aku ceritakan sedikit pasal mcm mana aku boleh terjerumus ke dalam kancah blogging ini. Serius, aku ni memang tak pandai IT. Sebab tu lah korang tengok blog aku ni simple, just pakai template yang basic yang di sediakan oleh pihak google.

Mulanya aku mmg tak terlintas nk ada blog sendri, apatah lagi nak ada follower. Semuanya bermula selepas aku kerap kali menerima soalan yang sama dari orang ramai mahupun dari kawan-kawan aku. Aku menjadi penat, penat untuk menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali. Setelah seorang kwn aku bertanya soalan yang sama itu, aku pon dgn spontan menjawab, "Ni dah masuk kali ke 172 aku dapat soalan yang sama mcm ni. Aku malas nak jawab soalan ko skrg ni. Malam ni aku akan buat blog, dan kalau ko nak tahu jawapan ko tu, ko tgk la blog aku, nanti aku bagi link blog aku pada ko". Malam tu jugak aku google cara-cara nak buat blog, dan akhirnya wujud lah www.shahrilsidek.blogspot.com. pada 19 Sept 2012.

Dengan lafaz Bismillah aku rasmikan blog aku yang tak seberapa itu. Sejurus selepas perasmian itu, aku di pm oleh Jurulatih Hartanah No1 Malaya utk membeli domain dan tidak lagi menggunakan blogspot. Atas bantuan beliau dan seorang lagi sahabat aku, maka domain berjaya di beli dan 4 hari kemudian, http://www.shahrilsidek.com/ muncul di persada IT sebagai underground property investor.

Banyak cerita-cerita pasal property aku kongsikan dalam blog aku ni. Kebanyakannya apa yang dah aku lalui sepanjang aku bergelumang dalam dunia hartanah ini semenjak tahun 2009. Sejak dari itu, bilangan pengunjung yang melawat blog aku semakin hari semakin bertambah. Dari hanya 5 orang sehari, naik ke 50 orang, naik ke 120 orang, naik lagi ke angka 400 orang, dan yang tertinggi setakat ini, ianya mencecah 1000++ orang dlm masa sehari. Sungguh aku tak sangka ramai jugak yang mengintai penulisan aku ni.

Apa yang aku dapat dari blog ini?

Banyak sangat.. Antaranya kenalan baru. Sejak aku menawarkan sservis lelong A-Z pada umum kira- kira sebulan yang lalu, setiap minggu ada sahaja orang yang aku tak kenal akan buat appoinment untuk berjumpa dgn aku face to face. Ada yang baru nak bljr hartanah, ada yang nak mintak aku tlg aju ajar bagaimana beli rumah lelong, ada yang dah ada cash ratusan ribu dan hanya menunggu signal dari aku utk beli rumah. Macam-macam. Secara tak langsung network aku semakin berkembang melalui blog aku ni.

Client. Majoriti client aku yang menggunakan servis rumah lelong A-Z yang aku sediakan dtg nya dari blog ni. Tak pernak aku sangka yang sambutan amat menggalakkan sehinggakan aku terpaksa memperlahankan sedikit operasi rumah lelong ini agar penyusunan fail-fail dan segala documentation dapat aku susun kembali.

Sebelum aku bergelar self employed, aku target main income aku adalah melalui kereta sewa dan income tambahan adalah melalui agent rumah lelong dan subsale. Tetapi, ianya terbalik sudah. Income sebagai agent lebih besar dari income kereta sewa. Rezeki Allah Taala. Semoga dengan rezeki yang Dia beri ini, dapatlah aku kongsikan gunakan ke arah jalan kebaikan, ingatan kepada diri aku sendiri.

5 comments:

  1. Itu gunanya ilmu yg dimanfaatkan. Dan klu tak keberatan buleh masukkan blog silverpadu dalam blog list tuan. Ha ha tq.

    ReplyDelete
  2. terbaek la boss... guk lak.. nak beli rumah lelong lagiii

    ReplyDelete