Wednesday, January 9, 2013

Beli rumah melalui cara Joint Venture

Kenapa nak kena beli rumah dgn cara JV? Ada beberapa sebab musabab yang jv ni mengambil tempat. Dah ramai yg menggunakan kaedah ini utk pergi lebih jauh dlm game property investment ini. Apa pro n kon kaedah jv ini?

Biasanya kaedah ini adalah melibatkan 2 belah pihak. 1 pihak yang mn namanya digunakan utk apply loan dan secara automatik rumah itu adalah di bawah nama pihak ini. Mnkala 1 pihak lagi adalah pihak yg mengeluarkan modal, tenaga dan kepakaran dia.

mcm mn kaedah ini berfungsi? aku terangkan dgn lebih lanjut setakat mana aku tahu. Cthnya si A berkerja dan boleh buat loan rumah sebanyak rm200k dan dia baru sahaja memiliki satu biji rumah, so ianya akan melayakkannya utk mendapatkan loan sebanyak 90% sebab loan yg kedua. Dan si B pula ada kepakaran, dah ada byk pengalaman dalam dunia hartanah ini. So, si A dan si B berpakat utk JV. Biasanya semua kos yang terlibat adalah dikira 50-50. Jika modal semua skali adalah rm18k, so sorang kena kluarkan rm9k.



Nama rumah tu atas nama si A dan loan pon atas nama si A. Jadi utk protect interest si B, lawyer akan buat satu agreement sampingan yg menyatakan unit tu sbnrnya adalah perkongsian di antara si A dan si B.

Semua untung rugi akan dikira 50-50. Jika installment bank rm500 dan sewa hanyalah rm450, maka rm-50 tu haruslah di bahagi sama rata antara si A dan si B. Bila jual katakan untung bersih rm32k, so sorang dpt rm16k la. Jgn igt time untung jer, time rugi tu kena pikir jugak yer.

Kenapa si A nak kena JV dgn si B? kerana risiko dibahagi 2. Jika unit tersebut mengalami negative cashflow, so 2 org yg akan menanggung kerugian itu. Sebab yang kedua, pengalaman dan kepakaran si B dalam membuat penilaian terhadap satu-satu property.

Secara individu, setakat hari ini aku tidak pernah JV dgn mana-mana pihak. Tetapi hari ini aku ada offer untuk JV dgn seorang sahabat aku. Apa yang aku offer adalah 60-40. Dari segi modal, aku akan kluarkan 40% dan sahabat aku kluarkan 60%. Manakala untung rugi sebelum dan selepas jual, 50-50.

Kenapa aku sikit jer, hny 40%? Aku buat semua kerja. Dari segi carikan listing, tengok unit, cek mv, cek sewa, pegi bid, apply loan, hire lawyer, hire kontraktor, cari penyewa. Dan yang plg mahal adalah kepakaran aku untuk mencari permata yang akan digilap.
Kenapa sahabat aku kena 60%? Sebab dia hny sediakan dokumen utk pegi bid dan dokumen utk apply loan shj. Tu jer keje dia. Ianya di ibaratkan sleeping partner.

Apa kriteria aku dalam mencari sahabat JV?
1) Jujur dan Amanah
2) Mestilah boleh apply loan rumah lagi.
3) MoF mestilah 90%.
4) Tak kalut dan tak fussy
5) Amat di galakkan utk staff gomen, jika loan tak lulus, bole apply Personal loan utk byr rumah lelong.

Biasanya projek JV ini adalah bertujuan untuk flipping. Unit yang di JV akan dijual secepat yang mungkin, kalau 3 tahun tu dah consider cukup lama. Kenapa tak sesuai ke kalau hold lama2? Masalah di sini adalah ianya melibatkan 2 individu. Berbagai-bagai mslh atau hal mungkin akan timbul sepanjang JV ini berlangsung. Ada yang tak sabar2 nak jual rumah tu sbb nak pakai duit utk beli kereta baru. Ada yang tak nak jual rumah tu sebab nak simpan utk duduk sendri. Macam2 hal yang dah aku dgr dari kaedah JV ini.


15 comments:

  1. bro saya ada kreteria di atas...dgr kate xpenah amek loan pon masalah jugak kan? sbb sy masih suci dari loan

    ReplyDelete
  2. kalau saya berminat utk JV, macam mana nak hubungi anda??

    ReplyDelete
  3. Wow...maju setapak lagi..tahniah...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Gua br2 bertatih bro,. Nak kejar lu ni, lu lari banyak kencang.. Gua enjin kancil 660, lu sudah upgrade wira turbo..

      Delete
  5. terbaek lah bro..ko ada limit sahabat JV tak? aku berminat ni, aritu try JV dengan pie & ben, tapi xde rejeki (kalah)..nak try ngan ko plak..nanti pape hal aku call ko bleh tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku modal ciput jer.. nk jv pon x leh jv byk2 sbb fund x brp kuat. bole jer call sembang2..

      Delete
  6. yep, jv mmg solution utk ltv 70%. tq for sharing.

    ReplyDelete
  7. ada contoh standard aggrement JV tak? supaya mudah nak deal with lawyer ...

    ReplyDelete
  8. Ada bukak korum lagi ke partner JV dgn bro ni? Saya berminat jadi yg 60% tuh...ahaks

    ReplyDelete