Wednesday, December 12, 2012

Subsale Pun Untung Tau..

Ari ni aku dapat job istemewa skit, job yang berlainan dari yang biasa aku dapat. Biasanya aku dapat job utk pegi lelong.. Ataupon job suruh carikan penyewa, atau pon job suruh jual rumah. Tu semua dah biasa aku buat.

Tapi kali ni, aku dpt job suruh aku BELI rumah subsale. Maksudnya aku menjadi wakil kepada client dari Kedah yang aku tak pernah kenal (as per usual) untuk membeli satu unit apartment di kawasan yang selalu aku main. Harga jual yang client aku tgk dalam internet adalah rm62k. So, dia target utk cuba dapatkan rm60k.

Client aku bagi no tel agent yang berkenaan dan aku set appoinment pukul 145 tghari tadi untuk view rumah itu. Seperti biasa, setiap kali aku pergi view unit untuk beli, aku akan bawa buku cek bersama utk aku terus decide dan letakkan cek untuk booking.

Semalam client aku dah masukkan rm3200 untuk kos booking. Sampai jer ke apt tersebut, aku masuk ke dalam unit. Ada 2 orang perempuan cina dalam unit tu, sorang agent dan sorang lagi owner. Unit dalam keadaan elok. Hanya perlu bersihkan shj dan jika nak cantik kena cat. Kalau tak cat pon dah ok tu, tak der la teruk sgt. Aku cek air dan elektrik, semua ok. Dan aku terus nego untuk rm55k. Dia tak bagi dan last price adalah rm60k, seperti yang dihajati oleh client aku.

Terus jer aku bukak cek rm3200 dan aku mendapat copy booking form. Esok diharapkan client aku dapat submit semua dokumen dan aku akan applykan loan bg pihak client aku ni.

Skang aku nak citerkan pasal unit ni. Unit ni Med cost Apt. MV skang adalah rm85-90k. Client aku berjaya beli dengan harga rm60k sahaja, subsale, bukannya lelong. Sewanya sekitar rm500-rm550.
Cuba korang kira skit berapa % below mv dan ROI nya?

Tak semestinya korang nak kena beli lelong baru untung. Subsale pon korang bole untung jugak. Janji teruskan mencari dan jangan berputus asa.

Rezeki untuk client ni, walaupon dia berada jauh di utara tanah air, tapi berminat untuk membeli unit di selangor. Dan aku menjadi orang tengah.

12 comments:

  1. yang nie ker http://www.mudah.my/Puchong+Ruvena+Villa+Corner+Unit-19280920.htm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pabila otai sudah bersuara.. Welcime bro..

      Delete
  2. nape rendah sgt hrganya tu bos? ada 'kes' ke unit tu? hehe..

    ReplyDelete
  3. untung kalu dapat jumpa macam nie..tp bro, keberangkalian tinggi x nak jumpa kes macam nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari la. keberangkalian tu agak rendah. sbb rata-rata seller nk jual pd harga tinggi.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete