Monday, December 31, 2012

Rumah Lelong - Real Case Study

Unit ni aku mewakili client aku dari pantai timur. Sebuah unit medium apartment di lokasi suam-suam kuku. Harga reserve adalah rm45k. Sementara harga mv adalah rm90-95k. Sewanya pula sekitar rm550. Unit ni teruk keadaannya. Melihat pada keadaan unit, aku rasa unit ni boleh dibeli pada harga reserve, sbb unit ni teruk, orang pasti tak nak. Tapi aku nak, aku suka.

Berdasarkan anggaran aku. kos baik pulih adalah sekitar rm8k, itu anggaran aku dan aku ni bukannya seorang kontraktor, jumlah kos yang sebenar kena tny pada kontraktor la. Setelah di advise pada client, client aku bersetuju untuk masuk membida unit ini dan harga max yang di set kan adalah rm52k. kenaikan rm7k dari harga reserve. Pada aku, harga yang disetkan tu adalah bersesuaian.

Rezeki dan nasib berpihak kepada client aku. Unit ini dimenangi pada harga reserve shj. Terbaik.. lebih kurang 45% below mv bila campur kos repair. Keuntungan yang bernilai rm40k tu.

Nasib baik wiring masih ada lagi.


Rumah masih dara

Diorang curi tingkap, ambik bingkai aluminium dan jual.

Free mesin basuh lagi.

Ada yang sanggup ke beli rumah camni?

Last week, client aku bersama dgn rakan jv nya berhasrat untuk site visit unit yang dimenanginya. Elok sgt la tu, biar diorang tgk keadaan sebenar unit yang diorang beli, betapa teruk nya unit tu. hehe. Aku risau akan reaksi rakan jv client aku disebabkan ini adalah unit yang pertama di belinya. Aku risau akan emosinya bila mana tgk keadaan unit yang teruk nanti. Siapa yang nak beli rumah teruk kan, aku percaya semua org nak beli rumah yang cantik dan berseri-seri.

Aku berpesan pada client aku supaya menerangkan dgn lebih detail lg psl proses baik pulih yg akan dibuat nanti pada rakan jv nya. At least dia bersedia untuk tgk keadaan yang agak teruk nanti.

Sesampainya kami bertiga ke unit tersebut, tiada reaksi yang negatif, fuhhh lega aku. Mereka berdua berpuas hati dgn unit yang teruk itu. Jangan bimbang, rumah ni akan berkilat dan berseri-seri bila proses pembedahan plastik dijalankan nanti, tengok jer la.

10 comments:

  1. Nampaknya tak la teruk sangat..

    ReplyDelete
  2. Teruk sebab banyak kerja nak keja buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. di mata aku ianya bagai permata yg belum di gilap..

      Delete
  3. pergh.. macam teruk jerk aku tgk... ni rumah ke ape.. haha.. waah.. dh jadik pakar dekorasi plak.. tak sabo nk tengok update bile rumah dh chantek ..

    ReplyDelete
  4. Macam rumah ketiga yang saya beli...takde tingkap juge...dapat 36% under market... kire ok la untuk saya yang cume dapat mof 70% je... bile laa nak ade modal beli lagi ni.. geram plak tengok..hehe

    ReplyDelete
  5. saya pnh ada yg offer lg baik dr yg ni..x mau..xde modal byk nk repair...

    ReplyDelete
  6. Bro kalau takde kontraktor yg berpatutan gua blh purpose lu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ mohd azizy - awk kontraktor ke..? bak mai no tel..?

      namasayalah@gmail.com

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete