Sunday, December 16, 2012

QnA: Loan

Email yang diterima dari saudari L


1st of all, terima kasih kepada saudari L kerana sudi bertanya. Insyaallah aku akan cuba menjawab dgn sebaik yang mungkin. (Jgn jeles  BRO, gegirl yg bertanya kali ni).

Pasal personal loan rm40k tu dulu yer. Personally, aku pun ada jugak menggunakan kaedah ini. Tapi perlu diingatkan, interest untuk personal loan adalah dikira Flat Rate dan kadar interest nya agak tinggi, jika org gomen ok la, sesetengah bank mcm agro bank, mbsb dan ban rakyat menawarkan personal loan serendah 3.98%. Tak la tinggi mana berbanding dgn staff swasta, >8%.

Antara faktor yang kena ambil kira adalah bayaran bulanan PL mestilah lebih rendah dari sewa yang bakal dapat dgn pembelian rumah secara tunai. Cthnya PL rm45k, byrn bulanan rm400 (aku main hentam jer, sbg contoh ajer), dan bila ko beli rumah secara cash cthnya rm42k, dan lagi rm2-3k guna untuk lawyer dan lain-lain, ko kena make sure yang sewa rumah tu plg kurg pun rm400. Jadi byrn bulanan PL ko akan di cover oleh tenant yang menyewa rumah ko tu.

Slps 6-12 bulan, rumah yang dah di beli secara cash tu, ko boleh la refinance balik. Katakan mv unit tu rm70k, so ko akan dpt rm63k (90% mof). Dgn duit yg ko dpt tu, ko byr la balik PL tu, sbb interest HL rendah dari interest PL. So, rm63k - rm45k = rm18k, ada extra rm18k lg tu.

Soalan yg strsnya pulak, berkenaan dgn loan rumah lelong. Loan rumah lelong ni ko akan dpt 90% shj bg rumah pertama atau kedua. Bagi rumah ke tiga, loan hny 70% shj. Dan tiada istilah Mark Up loan bagi unit lelong ni.

Soalan ke tiga plak. Memang tepat skali, bank hny bagi 70% shj loan untuk rumah ke tiga. Tapi ko boleh apply di MBSB untuk mendapatkan 90% loan bagi unit ketiga. Tapi pakej yg di tawarkan oleh pihak MBSB kurang menarik, interest agak tinggi.

Aku harap aku dah menjawab persoalan ko. tq

13 comments:

  1. Setuju.. Sy pun guna kaedah y sama dgn tuan selain belian melalui JV.
    Rumah 1 & 2 sy guna loan bank, umah 3 loan gomen, then guna PL then guna kaedah JV, mcm tu lah seterusnya.

    Kaedah PL agak bagus tpi perlu ada persediaan dan perancangan y rapi. Klw x silap2 pelaburan tah kemana duit tah kemana.. At last PL merompak wang gaji dan menanggung keperitan dlm tempoh y panjang.. Apa2 pun ilmu hndaklah dtuntut sblm melabur. Dgn ilmu ia akn memandu dan membimbing kita..

    Terbaik bro, tq ats perkongsian.
    Wallahua'lam

    Jazakallah hu khair!

    #fb Papa Wie

    ReplyDelete
  2. Apasal gua nak jeles? Takde mention pun nama awak kat dalam tu melainkan saudari L yang lu taip sendiri.

    ReplyDelete
  3. saya nak tanya .Sewa (rm550).ok tak kalau lepas refinance guna HL(64k rm370) tapi tak bayar PL(50k rm409). duit yg dapat dr HL(rm64k) tu buat modal untuk next prop(64k cash).. jadi bulan2 kena byar 2 loan(rm779).

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer pusing2. janji kena tahu saper yg bayarkan PL tu.

      Delete
  4. slagi pusing tu bukan duit poket kita yg kluar or -ve cash flow, then xda masalah.

    ReplyDelete
  5. klu %PL rendah 4% perlu refinance jugak ker? pe tujuan refinance ni? selain dari tampung/hapus PL?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer x refinance pon. tapi tujuannya adalah utk kecikkan installmnt bulanan dan dpt lebihan cash..

      Delete
    2. dan wat modal beli hartanah lain...xgitu? bro biase HL bape %?

      Delete
    3. bijak2.. HL ni x der % yg tetap, setiap bank berbeza-beza.

      Delete
  6. SALAM BRO, REFINANCE BAGI RUMAH KETIGA DAN SETERUSNYA TAK TERIKAT DENGAN SYARAT2 70% TU KE? TUNJUK AJARKU SIFU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. spttnya terikat. sbb refinance fall under Housing Loan category.
      bank negara dah menetapkan yang hny 2 HL shj dpt 90%.
      tp kes aku sendri, aku home extra (produk cimb) salah satu unit aku, dan aku dpt 90%, waktu tu aku dh ada 2 biji rumah.

      Delete
  7. nak tny..kalau dpt bid rumah lelong <RM40K, tak leh ke wat housing loan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak boleh langsung, tapi agak susah, nak nak duk di kwsn lembah klang,
      kalau luar lembah klang ok skit.

      Delete