Saturday, December 1, 2012

Penjawat awam boleh daftar syarikat?

Atas faktor komitmen yang tinggi, maka sesetngah orang akan mula daftar syarikat. Sebabnya dengan backup bank satement yang korang dah rolling slps 6 bulan tu, dah melayakkan korang untuk mengambil loan baru yang lagi besar jumlahnya bergantung kps aliran wang keluar masuk dalam akaun td.

Tapi adakah penjawat awam dibolehkan utk daftar sykt? Buat Sdn Bhd la tu..

Setelah bertanyakan pakcik google, akhirnya aku ditemukan dgn Pekeliling ini. Dalam pekeliling ni, dinyatakan yang penjawat awam memerlukan kebenaran bertulis dari ketua jabatan untuk membenarkan si penjawat awam untuk mengambil bahagian dalam sykt itu.

Di antara penyataan yang dalam Pekeliling2 plak adalah:


Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa :-

(a)  kakitangan Kerajaan yang menjadi ahli Koperasi / Tabung / Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam tidak boleh menganggotai lembaga pengarah syarikat yang ditubuhkan oleh badan-badan itu, sama ada secara persendirian ataupun usahasama (joint-venture);

 (b)  kakitangan Kerajaan tidak dibenarkan dilantik atas nama persendirian (private capacity) dalam lembaga pengarah bagi mana-mana syarikat.

5.1 Berhubung dengan keputusan di atas, Kerajaan telah menentukan garis panduan bagi Koperasi, Tabung dan Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam, seperti berikut :

(a)  bahawa lembaga pengarah Koperasi / Tabung / Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam hendaklah menanam modal dalam syarikat-syarikat yang besar dan kukuh sahaja;


 (b)  bahawa ahli lembaga pengarah tersebut hendaklah menumpu perhatian kepada pengawasan dan pelaksanaan dasar-dasar mengikut objektif perlembagaan masing-masing;


 (c)  bahawa lembaga pengarah boleh melantik "nominee" yang bukan pegawai / kakitangan Kerajaan dalam syarikat-syarikat yang ditubuhkan secara bersendirian ataupun secara usahasama;


 (d)  bahawa ahli-ahli lembaga pengarah boleh menerima bayaran seperti elaun dan pampasan mengikut kadar seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/78.




12 comments:

  1. Replies
    1. Yup.. Sehingga ke hari ni.. Tak tahu smp bila.. Smp pencen?? Tak mungkin....

      Delete
    2. bkn, aku jd 'polis' trafik udara.

      Delete
  2. ape pasal gambo orang tua tu pulak ko letak. uhu

    ReplyDelete
  3. boleh aje register company walaupun xde bisnes kan..?
    ko tahu tak pasal IHC tak..?kalau tahu, ce citer

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam.. nk tanye pendapat, ape beza kalo reg. enterprise je? sbb Sdn Bhd ni byk kosnye nk kne nanggung walaupon separate liability, tetap duit kite kat dlm tu.. ^^
    thx..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf x leh nk komen sbb sy pon kurg arif bab2 sdn bhd.

      Delete
  6. nak tanya sebenanrnya boleh ke tak boleh bukak business penjawat awam ni. tak pasal-pasal haritu aku kene panggil lembaga tatatertib sebab ade org komplain.. susah jugak mcm ni

    ReplyDelete
  7. nak tanya sebenanrnya boleh ke tak boleh bukak business penjawat awam ni. tak pasal-pasal haritu aku kene panggil lembaga tatatertib sebab ade org komplain.. susah jugak mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. "penjawat awam memerlukan kebenaran bertulis dari ketua jabatan untuk membenarkan si penjawat awam untuk mengambil bahagian dalam sykt itu."

      dah kena tatatertib tu mesti la jwpnnya tak boleh. Hehe.
      Tu semua berlaku pun sebab org report kan, mungkin sbb dengki.

      Delete