Friday, December 7, 2012

Ops Pecah Rumah

Unit yang dimenangi pada Jumaat dan Isnin yang lepas, ari ni aku suruh kontraktor aku pegi mulakan operasi OPR. Semalam aku bagi copy POS pada dia, sebagai backup jika ada jiran tny kenapa pecahkan pintu rumah tu, at least ada la dokumen yang menyatakan unit tu sudah dibeli oleh seseorang.

Setiap progress yang dilakukan oleh kontraktor aku, mmg aku nak update. Pukul 1030 dia dah start melakukan OPR kat Apt D. Lepas amik gambar unit, gmbr kerosakan yang perlu dibaiki, dia call aku. Kerosakan yang seperti aku jangkakan dan telah pun di advice kepada buyer sebelum buyer membuat keputusan untuk membida. Antara kerosakan yang dialami adalah seperti bumbung bocor, wiring dicuri, DB tak ada, sedikit permasalah pada piping dan juga unit perlu di cat semula.




Selepas siap ambil gambar, kontraktor aku menukar tombol pintu depan. Pastikannya berkunci semula dan sekarang kita sudah ada kunci rumah itu. Quotation bagi kerja-kerja pembaik pulih akan disediakan oleh kontraktor aku dan akan di hantar kepada buyer. Bila buyer dah setuju dengan harga yang ditawarkan, barulah kontraktor aku menjalankan kerja-kerja.

Aku amat berharap yang unit ni dapat disiapkan sebelum Januari 2013, dan dapat disewakan pd bulan Januari nanti.

Dah selesai dengan Apt D, kontraktor aku menuju ke unit seterusnya, iaitu Apt R. Unit Apt R dipecah masuk, skill tahap tinggi digunakan oleh kontraktor aku agar dapat menyelamatkan pintu daripada pecah dan rosak. Hanya perlu menukar tombol sahaja.

Unit ni cantik, kerosakan yang minima sahaja. Unit ni masih dara, (term yang selalu diguna pakai oleh geng2 lelong jika rumah yang dibeli itu masih belum pernah berpenghuni). Lampu kipas belum ada lagi. Wiring dan DB nampaknya berkeadaan baik.

Di bahagian tandas, ada cermin tingkap pecah. Burung masuk ikut tingkap tu dan buat port dalam tandas tu. Penuh dengan tahi burung dalam tandas tu. Beretika betul la burung tu, berak dalam tandas. Hehe.




Sekarang aku menunggu quotation dari kontraktor aku (harap esok dia bole siapkan) dan aku akan forward pada client aku nanti. Dapatkan persetujuan dari client aku dan kerja-kerja pembaik pulih akan dapat dijalankan.

Semoga dengan siapnya ke dua-dua unit ni, diharapkan agar dapat menampung dua buah keluarga yang memerlukan tempat berteduh. Bila difikirkan kembali, amat mulia kerja sebagai seorang Pelabur Hartanah ni, sbbnya dia menyediakan tempat berteduh, tempat berlindung, tempat membesarkan anak-anak dan tempat untuk tinggal bersama keluarga kepada orang lain.


2 comments: