Thursday, December 27, 2012

Menang & Menang Lagi Pada Harga Reserve

Antara benda yg best dlm investment hartanah melalui auction ini adalah menang dgn harga reserve. Semua orang yang masuk lelong pastinya mengimpikan benda ni. Tapi dalam dunia sebenar, kita tak boleh mengagak yang unit yang kita masuk ni mengundang berapa ramai pembida, kecuali kalo kerani kat situ dah kamceng ngn korang.

Jumaat lepas aku masuk 1 unit medium kos apartment, Apt A. Keadaan unt ni agak teruk, kos repair dianggarkan mencecah rm8k. Harga reserve rm45k shj, market value sekitar rm90k, kadar sewa pula sekitar rm500. Selepas menghantar report bersama gambar kepada client aku yang berada di pantai timur, dia bersetuju dan melatakkan had maximum rm52k. Pada aku, harga max rm52k adalah reasonable.

Nasib menyebelahi client aku, unit ni dimenangi pada harga reserve. senyum panjang client aku, beli rumah 50% di bawah market value. Unit ni berhadapan dgn sekolah rendah agama, bab lokasi cukup bgs bg aku.

Unit kedua pulak, aku masuk bid sendiri. Dah lama aku tak turun ke gelanggang, dah lama tak jumpa dengan ulat-ulat. Heheh. Unit ni harga RP nya RM32,600. mv rm75-80k, sewa rm400-450. Lokasi suam2 kuku juga, tapi ada McD jarak tak sampai 1km.

Aku seperti biasa, sampai awal 1 jam sebelum lelongan bermula. Aku tak suka lambat pegi bidding, dan pada runner aku pon, aku slalu igtkan jgn lambat pegi bidding. Sbb jika lambat, pelelong ada hak untuk tidak bagi kita register walaupon kita ni bajet tinggi. Tak pasal-pasal rugi jer ari tu, sebab lambat. Macam mana aku nak bagi alasan kat client, takkan aku nk bgtau rumah ni x dpt register sbb aku smp lambat. Tak boleh camtu, servis kena jaga.

Kali ni, aku bawak 2 orang rakan yang nak bljr untuk menjadi agent lelong. Aku bawak turun padang, praktikal punya, tgk mcm mana keadaan sebenar bilik lelongan. Boleh jugak tgk gelagat ulat-ulat, boleh jugak tgk gelagat agent2 nak kawtim.. Ni semua real show, bukannya lakonan semata-mata.

Masa tengah tunggu lelongan bermula, aku duduk 2 row dari blkg. Row last ada 2 orang budak melayu, baya2 aku jugak. Aku pandang dan senyum kat dia sbg salam perkenalan. Sekejap lepas tu, ada 3-4 orang agent datang nak kawtim ngn mamat ni. Dan ada jugak diantara mereka tu adalah ulat, ulat sejati punya. Aku hanya mampu melihat dan curi-curi dengar perbualan mereka. Sempat jugak aku bg isyarat kat 2 org kawan aku ni supaya ambil perhatian kes kawtim2 ni.

Mamat tu buat2 muka toya jer, buat2 tak reti dan x nak kawtim. Aku senyum jer tgk sandiwara ni berlaku. Lepas agent2 dan ulat2 ni blah dari mamat ni, mamat ni tegur aku. Mamat tu tny "kenapa agent2 tu tak dtg approach ko sebagai mana diaorang approach aku?". Aku jawab yang aku ni masuk unit lain, unit yang tak hot mcm unit ko masuk tu. Lagi pon, agent2 ni dah biasa tengok muka aku kat bilik lelong. Start dari tu lah, barulah mamat tu berborak-borak ngn aku, bertukar tukar pendapat psl property investment.

Lelongan bermula, ada 30 unit yang dilelong pd hari tu. Dan unit yang hot adalah unit no 1, aku dgr ada 13 pembida. So aku bajet, unit ni yang akan dilelong dulu. Unit aku no 28, lambat lagi la nampak gayanya. Lelongan bermula dgn unit no 24, single bidder. Unit seterusnya adalah unit no 28, unit aku la tu. Single bidder jugak. Alhamdulillah, rezeki client aku.

Unit ni kat Apt H, Rm32600, mv rm75-80k, sewa rm400-450. Untung hampir rm40k tu. Alangkah bestnya kalau client tu bagi kat aku 10%.. hehe.. unit ni Tak teruk sgt keadaanya pada aku. Insyaallah jumaat ni boleh mulakan Ops Pecah Rumah.

3 comments:

  1. Bila ko free nih... PM aku kat fb tauu..

    ReplyDelete
  2. sungguh menakjubkan.. takleh gtau ke rumah katne ni bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah rahsia.. hehe.. nak tahu kena tt beb, aku x leh bgtau kat public..

      Delete