Friday, December 28, 2012

Kereta Sewa - Alphard, Myvi & Viva

Atas permintaan dari beberapa kenalan FB, aku share sedikit sebanyak apa yang aku buat, apa yg aku dapat, apa yg aku tahu, apa yang aku dah lalui sepanjang 2 bulan lebih aku mengusahakan kereta sewa.

Kereta sewa pertama aku adalah Toyota Alphard. Aku letakkan harga sewa rm450 sehari. Jika ambil 2 hari rm850, sebulan rm6000. Security deposit aku ambil rm500 dan aku pegang selama 5 hari bekerja, maksudnya aku hny pulangkan duit rm500 ni selepas 5 hari dia pulangkan kereta. Ini bertujuan untuk semakan saman. Jika ada saman, potong la dari deposit rm500 tadi tu.

Biasanya customer aku akan suruh dia dtg ke lokasi aku, iaitu di depan rumah aku. Jika customer demand untuk suruh pegi hantar, aku akan hantar tapi ada caj penghantaran rm50 sehala.Itu pon aku limitkan dlm 30-40km radius shj dari rumah aku. Pernah ada customer suruh hantar kereta kat KLIA, aku cakap bole tapi caj rm100 sehala.

TIPS: Biasanya customer akan datang dengan kwn dia, berkereta juga. Aku akan ambil no plat dan jenis kereta yang di gunakan tanpa pengetahuan diorang sebagai rekod. Mana la tahu ada kejadian yang tidak di ingini berlaku seperti customer buat lari kereta, at least aku ada rekod kereta yang di gunakan sblm ni.




Tentang pemilihan customer plak. Jika aku rasa ragu-ragu dengan customer tersebut, maka aku tak bagi sewa kereta aku pada dia. Aku lebih menggunakan 6 sense bagi tujuan ini. Dari segi gaya percakapan, dressing dan penampilan semua tu aku kaji. Aku cuba kecilkan risiko sekecil yang mungkin.

Bagi aku personally, aku cukup berpuas hati dengan sales yang aku dapat sepanjang 2-3 bulan ini. Mulanya aku hanya target untuk mendapatkan sales rm1-2k sahaja sebagai permulaan. Yer la, aku tak ada network, aku hny mampu menggunakan medium internet sebagai medium pengiklanan aku. Lepas bayar bank dan maintenance sudah cukup bagus bagi aku untuk yg baru berjinak-jinak. Aku kongsikan sedikit sales yang aku dapat dengan korang semua, bukannya tujuan aku nak menunjuk-nunjuk, tapi lebih kepada perkongsian sebenar. Customer pertama sewa Alphard pada 26Oct2012. Kira-kira 2 bulan 2 hari yang lepas. Sales dari 26Oct sampai ke hari ini adalah berjumah RM14,420.

Maintenance stakat ni aku dah 2 kali tukar minyak hitam, spark plug, oil & air filter, 1 kali tukar tayar 4 biji dan minyak gear box. Total kos maintenance lbh kurang dlm rm2.5k. Bayar bank 2 bulan rm3k.

Tentang eksiden yang melanda Alphard, korang boleh baca kat SINI dan juga SINI part 2.

Masuk bab kereta sewa Myvi plak.  Myvi punya modus operandi lebih kurang sama jer ngan Alphard tu. Cumanya security deposit skit jer, rm100. Sewa Myvi 1 hari rm 130. Jika 2 hari rm250. Sales Myvi bulan pertama rm1,260.

Pasal Viva plak, aku panggil baby alphard. Moga-moga dari baby dia akan bertukar ke dewasa dan bertukar menjadi alphard yang betul. Aku baru keluar kan 5 biji Viva, masih panas dari ladang. Viva ni aku sewakan rm110 sehari. Alhamdulillah, pagi jumaat yang indah ni, dah ada seorang customer sewa sebiji viva. Pembuka rezeki aku di pagi hari jumaat, semoga membawa keberkatan.

Deretan short term investment.

Aku target besar, aku target sebelum berakhirnya 2013, aku ada sekurang-kurangnya 20 biji kereta sewa. Agak mustahil jika aku nak beli 20 biji kereta menggunakan nama aku sorang. So, apa yang akan buat adalah memajak kereta dari orang. Cthnya, Si A beli kereta Myvi dan pajak pada aku, aku akan bagi RM900 (contoh shj) pada Si A utk bayar monthly rm600 kat bank dan lebihan rm300 sebagai keuntungan yang dia dapat. Aku masih lagi di peringkat disscussion dengan partner-partner yang lain dlm soal pembahagian dividen kepada sistem pajak ini. Win-win situation mesti menjadi keutamaan. Jika ada berminat nak pajak kan kereta, boleh la hubungi aku.






24 comments:

  1. org dah dtg umah ko..ko sense sumting..ko taknak bg sewa..ko cakap apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf bang, sy rasa tak sedap hati utk teruskan deal ni.

      Delete
    2. hehehe.. direct.. baik punyer.. macam mana pulak kalau ko rasa org nak sewa kreta tu tak sesuai..? camne ko tolak secara baik..?

      Delete
  2. tips yg berguna. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Kete ke 70 wagon bole pajak bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta baru shaja. kurangkan risiko repair, maintenance.

      Delete
  4. Abang shahril...saya mahu!!!tunjuk ajarku sifuuuu!!!

    ReplyDelete
  5. Respect demo buat car rental macam ni. Semoga dipermudahkan dan berjaya..Teruskan cerita...

    ReplyDelete
  6. Aku nak pajak kereta persona aku la.....dok parking je kat rumah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu bulan 2 baru bole amik, skng ni aku tgh mencari staff.

      Delete
  7. dasyat.. dasyat.. nk join.. ambo pn nk bui pajak r kete ko demo... cri alphard jgk r klau loan lpas.. tq boh... inspiring..

    ReplyDelete
  8. moga impian 20 bijik kete tu tercapai...bminat jugak pajak kete

    ReplyDelete
  9. terbaek lah.. masyuk tuh..guk lak broo

    ReplyDelete
  10. Camner dengan saman?... sapa yang bayar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman kita akan kejar org sewa tu balik..
      Kalo dia x dpt dihubungi, bayar sendri jer la.. Tu la risiko..

      Delete
  11. Slm..selain saman..risiko lain apa..cam orng bawak lari kete..or bawak benda terlarang...etc.dadah...psstu tuan letak kete ni mesti bawah company kn...

    ReplyDelete
  12. Salam...Kalau saya nak pajakkan kereta saya persona tahun 2009, layak ke?

    ReplyDelete
  13. salam,klu pajak kereta kia forte 2.0, bapa bleh tuan bagi utk 1 bulan?

    ReplyDelete
  14. Nak sewa alphard..Mcm mn caranya?

    ReplyDelete
  15. salam.. bro,
    nak tanya kalau buat sewa ni ada permit tak?
    takut kalau2 ada isu customer bawak lari kereta kita
    boleh ker claim insuran.

    ReplyDelete
  16. salam bleh bagi email saya nak comunicate saya nak usahakan kereta exora saya masih baru

    ReplyDelete