Monday, December 24, 2012

Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem’s Blog

Aku rasa dah ramai di antara korang yang mengenali property investor gatai malaya, yang mana perutnya berketak-ketak, yang wajahnya dua mirip dgn Aaron, tak lain tak bukan Abang Ensem.

Aku hanya mengikuti perkembangan AE melalui blog dia sahaja. Aku rasa senang bila membaca gaya penulisan AE yang santai, yang aku rasakan tak terlalu berat bagi diri aku yang mana merupakan orang yang kurang minat membaca. Aku hanya pernah berjumpa face to face 2-3 kali shj dgn AE. Banyak tips2 dan info2 pelaburan hartanah dia kongsikan dlm blog. Ianya sesuai dgn situasi aku yang dahagakan ilmu pelaburan hartanah.

Boleh aku katakan yang aku kagum dgn AE. Aku teramat kagum jika seseorang tu mampu berhenti kerja, meninggalkan comfort zone demi mengejar impian mereka. Sejak dari AE keluar dari comfort zone nya, jeles aku bertambah-tambah, tak boleh jadi ni, dah ramai kawan-kawan aku resign ni. Berbekalkan kejelesan yang menebal, akhirnya aku pon mengikut jejak langkah AE jugak. Alhamdulillah, semoga selepas ini aku akan lebih enjoy dengan apa yang aku buat.

Gaya santai AE bukan shj ditunjukkan melalui gaya penulisannya.

Aku sebenarnya bukanlah seorang blogger. Aku tiada kepakaran dalam bidang IT, sebab tu lah korang tgk blog aku ni terlalu simple, sbbnya aku tak reti nak buat ganas2. Mengenai kisah-kisah yang aku ceritakan dlm blog aku ni, kebanyakkannya berkait rapat dengan kehidupan aku, pengalaman yang aku alami.

Sebelum ni aku tak pernah tahu yang betapa bergunanya jika blog kita diletakkan di bloglist blogger yang femes, ianya mampu mengundang trafik yang tinggi masuk ke blog kita. Byk trafik aku masuk melalui blog si kacaksi puterisi ratusi tampan. Aku rasa jika blog aku pon termasuk di dlm bloglist blog AE, maka jumlah trafik ke blog aku akan lagi meningkat.



6 comments: