Friday, December 14, 2012

Kemenangan Bergaya

Semalam lelongan di Property Auction House, pukul 3 petang, aku seperti biasa mewakilkan kawan aku untuk pergi membida bagi pihak client aku. Client aku ni mencuba untuk kali ke dua. Cubaan kali pertama pada beberapa minggu yang lepas untuk satu unit apartment di Puchong akhirnya tewas di tangan 9 pembida yang lain, tewas pada harga rm128k.

Cubaan kali ini adalah unit apartment juga, di Subang. Lokasi suam-suam kuku, yang selalu menjadi pilihan aku kerana lokasi seperti ini biasanya tidak mengundang ramai pembida. Market value unit ini adalah rm135-140k, dan harga rp nya adalah rm73k shj. Sewanya boleh mencecah rm700 sebulan.

Ini merupakan gambar sebenar unit yang dimenangi.


Unit ni mengundang 5 pembida kesemuanya. Aku sudah advise max bajet yang berbaloi kpd client aku. Daripada harga yang aku advisekan tu, client aku up kan lagi rm4k. Tapi masih lagi di dlm range berbaloi.

Akhirnya unit ini dimenangi oleh client aku pada harga rm84k sahaja. 38% di bawah harga pasaran. Beli rumah jer, dah untung rm51k. Rezeki Allah nak bagi pada dia, dan dia berusaha mendapatkannya. Tahniah.

Selesai cerita pasal lelongan. Next aku nak ceritakan pasal bagaimana aku setkan bajet maksimum, iaitu harga paling tinggi yang boleh di bid. Ada beberapa faktor yang aku ambil kira dlm pengiraan bajet max ini. Antara faktor-faktornya akan aku kongsikan dlm post yang akan datang.

Untuk malam ni, kita tidur dulu.

3 comments:

  1. wow terbaik....aku pun ingat nak pergi PAH semlm tapi called off lah pulak apt kat sepakat indah tuuu

    ReplyDelete
  2. aim gak unit ni.. tp xd rejeki..

    ReplyDelete